peraktoday.com.my
NOVEMBER 29, 2020
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan sebaik pandemik COVID-19 berakhir, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mahu PRU diadakan ketika pandemik wabak ini masih menular.
“Jika diizinkan, apabila pandemik berakhir, kita akan adakan pilihan raya umum. Kita kembalikan mandat pada rakyat dan biarlah rakyat pilih kerajaan yang mereka mahu. Insya-Allah Perikatan Nasional (PN) akan dipilih semula.
“Ada yang berpendapat Bajet 2021 perlu ditolak untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan. Tak perlulah buat begitu. Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya sudah nasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan,” katanya.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden BERSATU pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2020 di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, sebaiknya dalam PRU nanti, tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) menentang parti lawan yang lain.
“Untuk itu, program bersama akan diatur di peringkat pusat, negeri dan akar umbi untuk mewujudkan hubungan kerjasama lebih erat antara parti-parti dalam kerajaan PN,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan pada masa ini sedang menumpukan kepada usaha mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk usaha menandatangani perjanjian pembelian awal yang dibuat kerajaan dengan syarikat farmaseutikal Pfizer bagi mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.
“Sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia. Insya-Allah, kita akan menerima bekalan vaksin secara berperingkat mulai suku pertama tahun hadapan,” katanya.
Selain perjanjian dengan Pfizer, katanya kerajaan juga sudah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat.
“Kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin COVID-19 untuk 30 peratus rakyat tahun depan. Dengan akses kepada vaksin ini dan usaha dilakukan secara berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan, kita akan berjaya mengawal sepenuhnya kes jangkitan COVID-19 di negara kita.
“Pada masa itu, insya-Allah, ekonomi negara kita akan pulih sepenuhnya dan rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat dan sejahtera,” katanya.
Di peringkat serantau, beliau sudah menegaskan supaya semua negara mesti memastikan wujudnya akses saksama kepada vaksin COVID-19 di samping terus menyumbang kepada peningkatan aktiviti perdagangan dan pelaburan untuk memulihkan ekonomi pasca COVID-19 dan mewujudkan Kemakmuran Bersama.
–Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 5:58 pm Dikemaskini Hari ini 6:03 pm Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzah...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -May 8, 2022 9:45 PM Presiden Umno Zahid Hamidi perlu membaca dan menghayati semula apa yang disepakati...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -September 29, 2022 11:00 PM Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man parti itu bekerjasama dengan B...
-
Bernama - September 27, 2018 8:01 AM Anwar berkata, baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, semua berpakat dalam p...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my Januari 8, 2023 Gambar fail, Perhimpunan Agung UMNO. - Foto Arkib NSTP M...
-
UMNO dan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tidak meletakkan calon bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK...
-
Anne Muhammad Diterbitkan 27 Sep 2018, 4:03 petang Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tida...
-
Diterbitkan 26 Sep 2018, 10:18 malam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu bersetuju untuk bertanding d...
-
Bernama May 6, 2017 Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini. ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.