Wednesday, November 4, 2020

Vaksin Covid-19 Dah Ada.

 Berikut Adalah Harga Siling Yang Ditawarkan Oleh Vaccine Global Access

November 4, 2020 jirancakap


PETALING JAYA- Harga siling untuk vaksin Covid-19 ditawarkan oleh Vaccine Global Acces (Covax) kepada Malaysia ialah AS$21 (RM87).

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin memaklumkan perkara itu pada sesi Dewan Rakyat pagi tadi.

“Dari segi harga indikatif maksimumnya ialah AS$21 (RM87) untuk satu vaksin dan kita masih lagi melihat beberapa klausa dengan Covax itu yang masih diperhalusi , dan kita harap dapat menandatangani penyertaan Covax dalam masa terdekat.

“Namun ingin saya jelaskan bahawa Covax ini hanya sebahgaian sahaja keperluan ktia untuk mendapatkan vaksin Covid-19. Sebahagian besar akan kita perolehi menerusi rundingan dua hala dengan negara dan syarikat-syarikat lain.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd. Edris (BERSATU-Libaran) pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, Malaysia dijangka akan mendapat bekalan awal vaksin pada suku pertama 2021 untuk wajaran pertama tiga peratus populasi negara meliputi petugas barisan hadapan sektor kesihatan dan keselamatan.

“Saya telah beritahu Kementerian Kewangan, sekurang-kurangnya kita perlu mengimunisasi 70 peratus rakyat Malaysia dan saya telah minta RM3 bilion untuk disediakan bagi tahun depan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang meminta penjelasan dan harapan agar jumlah vaksin Covid-19 ditambah.

Sumber-K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-