mykmu.net
December 12, 2020
Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata terdapat usaha untuk mengubah pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.
Annuar, yang juga ahli parlimen Ketereh berkata pendirian ini juga telah diterima oleh sekutu-sekutu Umno tetapi ada pihak yang perlahan-lahan cuba menghakis pendirian tersebut.
“Konspirasi menggagalkan dasar ‘tolak Anwar dan DAP’ (No Anwar, no DAP) sedang berjalan.
“Akuan berkanun (SD) cuba dikutip, pujuk rayu berterusan, punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka, nama istana dan kerabat turut diguna,” katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar tidak menamakan individu dimaksudkannya itu tetapi menyebut “liciknya pihak yang kempunan kuasa, yang berharap mengambil alih kuasa amat bijak mengatur strategi.”
“Mereka pura pura letak DAP di saf belakang agar mereka mudah mempedaya kelompok ‘No DAP No Anwar’,” katanya.
Menurut Annuar lagi, tindak-tanduk pihak berkenaan sedang diperhatikan.
“Watak ini telah sekian lama menghantui politik negara. Tetapi mereka mungkin tidak sedar, gerakan mereka sudah di baca,” katanya.
Kenyataan Annuar ini, kurang dari seminggu selepas Umno berunding dengan PH, termasuk DAP, mengenai kemungkinan membentuk kerajaan Perak.
Walaupun perundingan tersebut tidak membuahkan hasil, namun ia menimbulkan persoalan bahawa dua parti yang sekian lama berseteru itu sanggup duduk semeja.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed hari ini memberi amaran Umno mungkin tidak akan teragak-agak menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Ini, katanya jika Bersatu terus ghairah mahu menjadi parti dominan dalam kerajaan.
Nur Jazlan dipetik FMT berkata ahli Umno perlu memikirkan pilihan kerjasama dengan PH pada PRU15 dengan mengambil kira realiti politik semasa.
Katanya, cadangan jalinan kerjasama antara Umno dengan PKR dan DAP “mungkin bukan idea buruk” kerana Malaysia memerlukan kerajaan inklusif untuk maju dan diterima di peringkat global sebagai negara progresif.
“Memiliki kerajaan yang lebih daripada 90 peratus Melayu (seperti sekarang) tidak sihat atau baik untuk negara.
“Kita tidak boleh menyisih orang bukan Melayu dalam soal jawatan dalam kerajaan,” katanya.
Walaupun Umno dan DAP berseteru dalam banyak hal melibatkan soal dasar dan urus tadbir tetapi di dalam politik pilihan raya kedua parti itu tidak bertembung di kebanyakan kawasan.
Ini disebabkan kedua-dua parti tersebut mempunyai profil pengundi yang sangat berbeza.
Sebaliknya, Umno mempunyai banyak pertindihan kerusi pilihan raya yang ingin ditandingi dengan Bersatu dan PAS kerana ketiga-tiga parti merebut undi masyarakat Melayu dan Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my Oktober 17, 2024 Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. BERSATU keti...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - Oktober 16, 2024 @ 10:39am Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk S...
-
sinarharian.com.my 17 Oktober 2024 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan 202...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 19, 2024 Ahli Parlimen PKR Hassan Karim menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 oleh Perda...
-
kosmo online.com Oleh AZMI NORDIN 18 Oktober 2024, 12:48 pm Azam pada sidang akhbar di Menara Perkeso, Kuala Lumpur, hari ini. KUALA LUMPUR ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -17 Oct 2024, 04:44 PM Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan memastikan proses pembaharuan bandar tidak me...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: Bajet 2025 dijangka akan menjadi bajet yang paling besar di dalam sejara...
-
bharian.com.my Oktober 22, 2024 @ 8:34am MALAM sebelum Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan, beliau diliha...
-
kosmo.com.my Oleh KOSMO! 19 Oktober 2024 Anwar tiba di Jakarta petang tadi bagi menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik I...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli dan Mohd Puad KUALA LUMPUR: Tiada pihak dari PAS yang menyebut Umno ‘berkudis’ apabila adik P...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.