Friday, December 18, 2020

Ahmad Zahid bersedia beri sepenuh kerjasama kepada PAC

Oleh Muhammad Yusri Muzamir
- Disember 18, 2020 @ 7:11am
yusri.muzamir@bh.com.my

(Gambar fail) Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- Arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).

Presiden UMNO itu berkata, beliau bersedia menjadi saksi apabila dipanggil PAC berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua LCS bernilai RM9 bilion terbabit.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau sepenuh hati menyokong pendedahan PAC, sekali gus berharap ketelusan siasatan itu akan diketahui umum.

"Ingin diperjelaskan bahawa LCS dibina oleh anak syarikat Boustead Holdings Berhad, iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) yang mana pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi Boustead Holdings Berhad.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Boustead peroleh kontrak RM1.17 bilion
PAC mula prosiding berkaitan 3 kementerian mulai 30 November
Boustead serah kapal LMS pertama kepada TLDM
Kontrak bekal 6 kapal tempur mungkin dibatal

"Saya akan memberi sepenuh kerjasama kepada PAC berhubung apa-apa maklumat mengenainya.

"Mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberi penjelasan kepada PAC," katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook beliau, tengah malam tadi.

Semalam, PAC dilaporkan akan memanggil Ahmad Zahid pada awal bulan depan bagi melengkapkan prosiding berkenaan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, dipetik sebagai berkata bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, serta kontraktor utama projek kapal LCS, BNS, akan turut dipanggil pada prosiding itu.

Ia susulan kegagalan pembekalan enam kapal LCS oleh Kementerian Pertahanan, bukan saja isu kelemahan atau kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan dan kewangan, malah memberikan impak terhadap aspek keselamatan serta pertahanan negara.

Isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan) serta Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), diterbitkan pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-