Saturday, December 5, 2020

'Kemelut politik Perak patut selesai secara rundingan terlebih dahulu' - Tuan Ibrahim

Oleh Hazira Ahmad Zaidi 
- Disember 5, 2020 @ 2:25pm
bhnews@bh.com.my

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir serta petugas di Pusat Pemindahan Banjir di SK Tiong, Kota Bharu

KOTA BHARU: PAS menyifatkan, kemelut politik yang berlaku di Perak sepatutnya diselesaikan menerusi meja rundingan terlebih dahulu, sebelum mengusulkan undi percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS akan melihat dan memantau perkembangan politik di negeri itu dalam tempoh sehari dua ini.

"Saya rasa banyak faktor yang menyumbang kepada usul undi percaya, selain jawatan Menteri Besar dan mungkin disebabkan faktor dalaman serta sebagainya.

"Tapi bagi kita sebenarnya, apa masalah itu kena tengok penyelesaian secara menyeluruh bukan sahaja di satu negeri kerana ia juga membabitkan negeri-negeri lain, Kerajaan Pusat dan sebagainya

"Bagi pihak PAS, pendirian PAS, kita tidak akan bersama kerajaan baharu. Kita mempunyai EXCO (sekarang) dan apabila kerajaan baharu dibentuk, kita tidak ada EXCO," katanya ketika ditemui di Taman Desa Wangi, di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menegaskan wakil parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan Perak yang baharu susulan keputusan penolakan usul undi percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, semalam.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, semua ADUN PAS akan terus berperanan seperti dalam masyarakat di peringkat negeri dan nasional.

Media semalam melaporkan, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-