MyMetro
CHOON Jern (tengah) keluar dari Kompleks Mahkamah selepas pihak mahkamah menolak permohonan 204 pekebun Musang King Raub. FOTO Farizul Hafiz Awang
BERNAMA
Kuantan: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terlibat dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan sosial dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat.
Siew berkata, mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.
"Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh (di tanah berkenaan). Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini," katanya.
Siew berkata mahkamah juga memutuskan supaya plaintif menjelaskan kos sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara.
Ditanya jika plaintif akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah atau membuat rayuan kepada pentadbir tanah yang mengeluarkan notis pengosongan itu, Siew berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pekebun terlibat.
"Kita akan berbincang apakah tindakan yang efisien dan lebih baik supaya penyelesaian terbaik dapat diambil supaya kepentingan pekebun tidak terjejas. Rayuan adalah satu cadangan yang akan dibincangkan.
"Bagaimanapun, saya berpendapat memandangkan kami sudah sampai ke tahap ini, jika kami membuat rayuan, ia adalah terhadap keputusan mahkamah hari ini berbanding merayu terhadap notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965," katanya.
Pekebun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 170 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.
Sebanyak 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos lepas manakala bakinya membuat permohonan serupa pada 9 Sept dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.
Pada prosiding itu, semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak.
Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 2:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oktober 22, 2024 @ 8:34am MALAM sebelum Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan, beliau diliha...
-
harakahdaily.net October 20, 2024 Tuan Guru Abdul Hadi Awang “BAGAIMANA dengan perkembangan Hamas sekarang Ayah Chik, mengapa Yahya Sinwar, ...
-
bharian.com.my Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my - Oktober 21, 2024 JOHOR BAHRU: Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan ta...
-
harakahdaily.net October 24, 2024 Mohd Misbahul Munir Masduki KUALA LUMPUR: Kebimbangan rakyat berkenaan isu beras tempatan yang didakwa hil...
-
bharian.com.my Oleh Alzahrin Alias zahrin@mediaprima.com.my Oktober 21, 2024 @ 11:43am Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli - NSTP/ASWADI ALIAS. K...
-
harakahdaily.net October 25, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng tidak sepatutnya memalukan pihak Umno...
-
bharian.com.my Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my Oktober 26, 2024 Mohd Puad Zarkashi (kiri) dan RSN Rayer. KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ...
-
freemalaysiatoday.com Nora Mahpar 26 Oct 2024 Lau Zhe Wei dari UIAM berkata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook juga dijangka ambil pendekat...
-
malaysiakini.com Ili Aqilah & Alyaa Alhadjri & N Faizal Ghazali Diterbitkan: Oct 23, 2024 8:40 PM Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer,...
-
bharian.com.my Oleh Amir Mamat bhnews@bh.com.my - Oktober 25, 2024 Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. - Foto fail NSTP MELAKA: ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.