Wednesday, December 23, 2020

Saarani umum portfolio EXCO Perak

Disember 23, 2020 @ 3:12pm

MENTERI Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad (tengah) pada sidang media di Ipoh, hari ini. 
- Foto SHARUL HAFIZ ZAM.
Oleh Balqis Jazimah Zahari
bhnews@bh.com.my

IPOH: Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO), kira-kira dua minggu selepas beliau dilantik menerajui kerajaan negeri menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

ADUN Semanggol merangkap Pesuruhajaya PAS Perak, Razman Zakaria pula bertanggungjawab bagi portfolio Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, manakala ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau).

ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil) .

Portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia dipegang ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud, manakala ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan).

ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya (Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor) dan ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO)

ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam) dan ADUN BOTA, Khairul Shahril Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia).

Senarai portfolio itu diumumkan Saarani pada majlis secara ringkas yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Empat daripada EXCO adalah daripada UMNO, iaitu Mohd Zolkafly, Shahrul Zaman, Wan Norashikin dan Khairul Shahril, manakala ADUN PAS ialah Razman dan Mohd Akmal, manakala Abdul Yunus, Nolee Ashilin dan Zainal Pahzi daripada BERSATU.

Keempat-empat ADUN UMNO itu bersama Saarani adalah EXCO ketika kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Faizal Azumu, manakala Zainol Fadzi adalah penasihat Menteri Besar ketika itu.

EXCO lain yang kekal di bawah kepemimpinan Saarani adalah Razman, Mohd Akmal dan Abdul Yunus.

Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perak meletak jawatan Menteri Besar Perak pada 5 Disember selepas hilang majoriti sokongan ADUN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-