Thursday, December 10, 2020

Perak selesaikan perancangan hebat Muhyiddin “Bersatu ganti Umno”

Oleh MALAYSIA DATELINE
December 10, 2020 6:48 am 

Perbuatan Umno ini adalah contoh klasik baling najis sembunyi tangan. Tapi tangan bernajis tetap berbau busuk, kata Kadir Jasin menempelak Muhyiddin.

Dengan apa yang berlaku di Perak, maka selesailah sudah penyerahan semua negeri Bersatu yang dimenangi melalui Pakatan Harapan (PH) kepada Umno dan Pas, kata bekas pemimpin parti itu, Datuk A Kadir Jasin.

Menurut tokoh wartawan negara itu, ia berlaku dengan memperlihatkan hebatnya perancangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Bersatu ganti Umno.

“Jika cadangan Umno, Bersatu dan Pas itu mendapat perkenan Sultan Perak maka selesailah penyerahan semua negeri Bersatu, yang dimenangi melalui PH, kepada Umno dan Pas.

“Demikianlah hebatnya perancangan Muhyiddin Mohd Yassin, Hamzah Zainuddin dan konco-konco mereka memperkuhkan Bersatu supaya menjadi pengganti Umno,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.

Bagi bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP itu, apa yang berlaku di Perak adalah tindakan baling najis sembunyi tangan yang dibuat oleh Umno.

“Kalau ini bukan politik najis apa lagi? Atau apakah pemimpin Umno pusat, secara tidak langsung, mengaku mereka sudah hilang kawalan ke atas Ahli-ahli Dewan Undangan mereka di negeri-negeri?

“Adakah pemimpin Umno negeri-negeri tidak lagi hormat kepada bos-bos mereka di Kuala Lumpur sehingga bertindak sesuka hati seperti yang mereka lakukan di Perak Jumaat lalu?” tulis beliau melalui facebooknya.

Bagi Kadir, susah hendak percaya bahawa ini adalah kesilapan kerana rasa tidak puas hati Umno dengan bekas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, bukan perkara baru.

“Juga bukan satu rahsia bahawa Umno amat kemaruk jawatan tersebut,” katanya.

Katanya, daripada kandungan dan nada kenyataan bersama Barisan Nasional (Umno), Bersatu dan Pas, jelaslah bahawa ini adalah kes baling najis sembunyi tangan oleh Umno.

“Bersatu dan Pas menjadi pak turut saja demi mengemis sokongan Umno kerana tanpa Umno mereka tidak boleh kembali berkuasa di Perak.

“Dengan menggunakan alasan kesilapan dan memohon maaf, mereka berharap orang Melayu yang taasub kepada label Melayu-Islam boleh terus diperbodohkan.

“Perbuatan mereka ini adalah contoh klasik baling najis sembunyi tangan. Tapi tangan bernajis tetap berbau busuk,” katanya lagi.

Bagi Kadir, Bersatu pula sah menjadi kembiri politik apabila menerima Adun Umno sebagai calon Menteri Besar menggantikan wakilnya yang dihumban keluar dengan begitu hina sekali.

“Dengan ini juga bertambah kukuhlah bukti bahawa tindakan menarik Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dan menubuhkan kerajaan pintu belakang dengan Umno dan Pas telah menjadi senjata karat yang menikam tuan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-