Friday, January 15, 2021

Ketua Pemuda Umno Pontian minta Zahid berundur

malaysiakini.com
Diterbitkan 15 Jan 2021, 12:09 pm

“Dengan rasa hormat”, Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian Mohd Helmi Buang menyarankan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti itu

Mohd Helmi Buang berkata, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman, lapor Utusan Malaysia.

Katanya, pemimpin Umno lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan tertinggi juga harus berundur untuk memberi ruang kepada generasi baru.

“Tindakan ini amat pen­ting agar generasi baharu terus sa­yang dan menghormati parti keramat ini.

“Berundur tidak bermakna mengalah. Beliau (Ahmad Zahid) boleh membantu parti dari luar bagi memastikan sema­ngat juang generasi baharu tidak pudar,” dia dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia di Putrajaya semalam.

Akhbar itu mengaitkan gesaan itu dengan dakwaan dia menyokong Anwar Ibrahim dan isu berkaitan kes mahkamah.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada Helmi dan maklum balas pemimpin lain Umno Pontian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-