Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, January 18, 2021

Mahkamah tiada kuasa dengar permohonan cabar Proklamasi Darurat

MyMetro
Mutakhir

- Foto hiasan

BERNAMA

Kuala Lumpur: Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, kata peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata, ini adalah berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 150 (8)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150(8)(b) memperuntukkan bahawa, 'tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan proklamasi darurat'.

Haniff Khatri berkata, permohonan cabaran itu sepatutnya ditumpukan kepada 'nasihat' Perdana Menteri dan bukan terhadap Proklamasi Darurat.

"Bagi saya, secara jujur, peruntukan sedemikian (Perkara 150 (8)) akan menjadikan permohonan itu amat sukar dilayan oleh mahkamah, meskipun jika anda mencabar nasihat yang diberikan (Perdana Menteri), kerana mahkamah akan memutuskan bahawa jika kami mendengar permohonan ini, secara tidak langsung kami melayan permohonan bagi mencabar Proklamasi Darurat.

"Situasi mengenai perkara ini tidak jelas kerana belum terdapat kes dari segi undang-undang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, proklamasi itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, oleh itu tidak ada alasan yang membenarkan sebarang permohonan dibuat kepada mahkamah berhubung kesahannya.

"Sesetengah peguam mungkin berhujah bahawa terdapat niat tidak baik, saya tidak rasa ini adalah alasan yang kukuh kerana peruntukan (perlembagaan) menyebut bahawa apa pun sebabnya, tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan proklamasi darurat," katanya.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengisytiharkan darurat yang akan dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif bagi membendung pandemik Covid-19 yang semakin memburuk di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 8:39 PM

5 comments:


  1. PELIK - walaupun PEGUAM2 ni MENGAKU, yg. UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3) telah diCABUL oleh rejim DIKTATOR Muhyiddin/PN utk. membuat ORDINAN DARURAT HARAM yg. mengGANTUNG Parlimen & memberi IMUNITI (perlindungan), serta KUASA MUTLAK kpd rejim PN & mana2 PENJAWAT AWAM dlm. apa2 SALAH LAKU @ JENAYAH sekiranya "berniat baik" kononnya - TAK DAK sekoq pun PEGUAM2/NGO2 yg. berani MENCABAR pencabulan UNDG2 PERLEMBAGAAN oleh rejim PN DIKTATOR PARASIT ni!! Sementara RAKUAT terus MENDERITA dgn. PKP & DARURAT POLITIK jahanam ni yg. telah MENIPU akan DYMM SPB YDPA kita!!

    Dan tiba2 ANGKA Pesakit naik sampai 4000 - mcm. mana kita nak tahu samada ini BENAQ, sbb. VAKSIN boleh pula diTANGGUHkan utk. RAKYAT selama 8 BULAN!!

    GILA betul KEZALIMAN ni!!

    Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/16/with-emergency-ordinance-law-experts-say-democracy-suspended-unlimited-power-lies-with-cabinet/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, takkanlah MAHKAMAH yg. boleh dengar kes PEBJENAYAH2/PENCEROBOH2 TANAH HARAM Durian Musang King di BANJARAN TITIWANGSA di RAUB - tak boleh pula dengar kes PENIPUAN & PENCABULAN pd. UNDG2 PERLEMBAGAAN, serta PENIPUAN pd. DYMM SPB YDPA oleh rejim DIKTATOR Muhyiddin- BERSATU liberal/PN ni, melalui DARURAT POLITIK jijik ni?!!

      Ingat RAKYAT yg. BUKAN Peguam2 @ hakim2 BODOHkah?!!

      Delete
  2. Lihat PENDERHAKA2 sebenarnya pd. KESULTANAN Islam/Melayu kita SEKARANG, iaitu si DIKTATOR muhyiddin & rejim BERSATU liberal-PN dia!!

    Maka, DYMM SPB YDPA mesti MEMECAT si PENDERHAKA2 Muhyiddin sbg. PM yg. telah hilang MAJORITI sokongan di DEWAN RAKYAT, serta PEGUAM NEGARA paling TAK GUNA tu!!

    Di -
    http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/kesilapan-institusi-raja-raja-melayu.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal, melalui ORDINAN DARURAT HARAM, yg. mana ORDINAN2 DARURAT kena BENTANG dulu di PARLIMEN sblm. dpt. diLULUSkan- sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!

    Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!

    Lihat di -
    https://ismaweb.net/2021/01/17/gantung-perlembagaan-tak-bantu-pulihkan-pandemik-covid-19-tok-mat/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat PEPATAH MELAYU pusaka NENEK MOYANG Tanah Melayu KERAMAT kami ni:

      RAJA ADIL, RAJA diSEMBAH

      RAJA ZALIM, RAJA diSANGGAH!!

      Jadi PAS yg. dah jadi si KULI Melayu2 LIBERAL Bersatu amat HINA - JANGAN nak mengGERTAK Rakyat utk. berSUARA menentang KETIDAKADILAN & KEZALIMAN - berdasarkan KEADILAN & KEBENARAN berASASkan ISLAM adalah AGAMA NEGARA!!

      Kononnya PEJUANG ISLAM, si PAS PENIPU ni!! TEMBERANG kamu dah PECAH selamanya!!

      Delete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-