Tuesday, January 12, 2021

PM jamin darurat bukan rampasan kuasa, tapi Parlimen, DUN digantung

freemalaysiatoday.com
Adam Abu Bakar
-January 12, 2021 11:24 AM


PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beri jaminan pengisytiharan darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa, namun sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung sehingga tempoh kecemasan tamat.

Katanya, kerajaan awam, Jemaah Menteri, dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan terus berfungsi, dan jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam tidak akan terganggu dengan pengisytiharan ini.

Namun, dalam tempoh darurat ini, katanya, “kuasa eksekutif persekutuan akan meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan negeri” kecuali bagi apa-apa perkara hukum syarak, adat Melayu, adat anak negeri, agama, kewarganegaraan, dan bahasa.

“Selain itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Agong,” katanya dalam ucapan, menyusuli pengisytiharan darurat pagi tadi.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh darurat ini, jika Agong “berpuas hati ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Seri Paduka Baginda boleh memasyhurkan apa-apa ordinan yang perlu mengikut hal keadaan semasa”.

“Dalam konteks ini, beberapa Ordinan Darurat boleh dimasyhurkan oleh Agong bagi tujuan membendung wabak Covid-19,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-