Tuesday, February 16, 2021

Rakus kuasa, wang, dan kedudukan halang sistem politik dua parti, kata Daim

freemalaysiatoday.com
K. Parkaran
-February 16, 2021 8:30 AM
(Gambar Pejabat Daim Zainuddin)

PETALING JAYA: Sistem dua parti tidak mungkin menjadi realiti selagi pemimpin terus bersaing untuk membolot kuasa, wang, dan kedudukan, kata Daim Zainuddin.

“Pemimpin (sudah) tidak lagi mempedulikan rakyat. Dahulu, politik adalah wadah untuk membuat apa yang terdaya bagi membantu rakyat. Sekarang politik adalah untuk mendapatkan kuasa, wang, dan status,” kata Daim.

“Ini amalan tidak berprinsip dan akibat amalan ini, idea dan dasar (untuk membantu rakyat) dibelakangkan.

“Selagi ini tidak diperbetulkan supaya negara kembali mempunyai pemimpin yang mengutamakan rakyat, sistem dua parti tidak mungkin berlaku,” katanya.

Daim berkata pemimpin negara ini juga tidak mempamerkan iltizam untuk menghindari politik perkauman, malah sebilangan besar parti masih berasaskan kaum.

“Jadi saya tidak nampak sistem dua parti bertapak dalam keadaan sekarang, kerana…pemimpin tidak mempunyai iltizam politik untuk mengorak langkah ke arah itu,” Daim memberitahu FMT.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyarankan sistem dua parti sebagai pendekatan terbaik untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

Daim berkata perbalahan terbuka dalam Perikatan Nasional dan pembangkang menyebabkan rakyat mempunyai pandangan amat negatif terhadap politik.

“Persepsi rakyat adalah pemimpin yang ada sekarang hanya mementingkan diri sendiri dan lebih taksub dengan kerjaya politik mereka, bukannya mengambil berat kebajikan rakyat dan negara,” kata Daim.

Justeru, Daim kata dalam persekitaran ‘politik tidak berpinsip’ ini, kerajaan senang dijatuhkan apabila wakil rakyat bertukar parti sesuka hati, kerana lebih cenderong kepada kedudukan dan kuasa, “bukannya mengambil pendirian berprinsip.”

“Anda boleh melihat bahawa baru-baru ini DAP dan Umno mengadakan perbincangan. Kerjasama untuk keuntungan politik diri tidak memanfaatkan rakyat. Ia hanya menguntungkan mereka yang mahukan kuasa,” kata Daim.

Pimpinan DAP sebelum ini mengesahkan parti itu terlibat dalam perbincangan dengan Umno bersabit isu jawatan menteri besar Perak dan pembentukan kerajaan negeri Disember lalu.

Selain itu, Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa, mendakwa kalangan pemimpin Umno mengatur rancangan untuk parti itu bekerjasama dengan DAP, namun tuduhan itu disangkal oleh pemimpin kedua-dua parti itu.

Daim berkata kesedaran politik di Malaysia masih belum matang, justeru, polemik atau perbincangan sering terbatas kepada isu kaum dan agama, bukannya soal dasar dan ideologi yang diperlukan negara.

4 comments:

  1. Replies
    1. Tgk. BANGKAI PEROMPAK ni, mcm. mana dia boleh jadi begitu KAYA sampai dpt. tubuhkan pelbagai BANK di merata dunia? Dgn. MEROMPAK Wang UMNO (inilah sbb. dia & geng PEROMPAK Diktator mahathir PARIAH kerala dia, mengHARAMkan UMNO pd. 1988) & BANK NEGARA!!

      Di - http://www.kinibiz.com/story/issues/72701/daim%E2%80%99s-global-financial-services-empire.html

      Delete
  2. Lepas tu si BANGKAI PEROMPAK daim ni nak MENIPU psl. kerjasama DAP-UMNO kononnya - utk. terus mengHANCURkan UMNO tak habis2!! Pi MAMPOS lu!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-