Diterbitkan 21 Feb 2021, 3:10 pm
Umno membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) sebaik proklamasi darurat berakhir, kata sumber daripada parti itu.
Menurut sumber, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.
"Umno membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik saja 'darurat kesihatan' tamat. Presiden mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat MT Umno.
"Umno juga tidak akan menerima sebarang pelawaan berkait dengan jawatan timbalan perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini.
Hubungan Umno dengan Bersatu sememangnya diketahui umum bermasalah dan umpama retak menanti belah.
Ia selepas mesyuarat MT Umno pada Jan lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun Umno masih gagal mengabsahkan keputusan berkenaan selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan hujung bulan lalu dibatalkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).
Umno juga sebelum ini turut dikaitkan dengan spekulasi yang parti itu menjalinkan kerjasama dengan PKR bagi menjatuhkan kerajaan PN.
'Zahid guna kuasa tolak kerjasama'
Sementara itu, seorang lagi sumber yang enggan namanya disiarkan mendakwa Ahmad Zahid telah "menggunakan kuasanya" bagi menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN.
Dakwa ahli MT berkenaan, majoriti ahli MT bersetuju penyertaan parti itu dalam PN seperti formula yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.
Bagaimanapun katanya, Ahmad Zahid menolak cadangan itu.
Malah katanya, Ahmad Zahid juga turut menolak tawaran jawatan timbalan perdana menteri untuk Umno.
"Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN, seperti dilakukan semasa PRN Sabah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru.
"Begitu juga dengan jawatan timbalan perdana menteri, (namun) presiden menggunakan kuasanya menolak cadangan itu," katanya lagi.
ALHAMDULILLAH!! PAS pula dah jadi semakin GILA KUASA - sbb. tu sanggup jadi KULI BISU, PEKAK & BUTA pd. rejim DIKTATOR NAZI muhyiddin/parti BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal ni!!
ReplyDeletePECAT juga Annuar KULI HINA si Melayu2 LIBERAL Bersatu ni - dr. UMNO segera!!
Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal, melalui ORDINAN DARURAT HARAM, yg. mana ORDINAN2 DARURAT kena BENTANG dulu di PARLIMEN sblm. dpt. diLULUSkan berdasrkan UBDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3)- sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!
Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!
Lihat di -
https://ismaweb.net/2021/01/17/gantung-perlembagaan-tak-bantu-pulihkan-pandemik-covid-19-tok-mat/
Dan DIAMlah lu PAS yg. sanggup GADAIkan HAK2 ISLAM/UMATnya - demi KUASA bangsat, walau hanya dilayan sbg. KULI hina bawah rejim DIKTATOR muhyiddin/parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal NAZI!
DeleteKononnya PAS nilah satu2nya PEJUANG ISLAM tulen - pala HOTAK lu!! Patutlah dulu, sanggup MENJILAT HANYIR jijik DAP BANGKAI - hanya kerana begitu benci pd. UMNO!!