Tuesday, February 23, 2021

ZAHID DAN KUMPULANNYA TOLONG HENTIKAN SERANG “MENTERI UMNO”

By Sabah News 
- February 23, 2021


KUALA LUMPUR – Umum mengetahui Parti UMNO adalah sebuah parti yang sarat dengan pengalaman di dalam menguruskan pentadbiran negara.

Menurut Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini, berkata; “Oleh kerana mengambil kira pengalaman tersebut, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik beberapa Ahli Parlimen UMNO ke jawatan tertinggi negara.”

Kebanyakan jawatan penting dalam pengurusan COVID-19 di Malaysia juga telah digalas oleh pemimpin UMNO kerana yakin masalah besar yang dihadapi oleh negara ketika sebelum ini akan mampu ditangani dengan baik.

Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin@CheguBard yang juga bekas pemimpin tertinggi PKR berkata lagi, contoh mudah apabila Dato’ Sri Ismail Sabri telah dilantik sebagai Menteri Kanan Pertahanan dan Keselamatan bertindak menyelaras Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri…
.
“Umum mengetahui peranan MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar, mengatur serta mengarahkan hal yang berkaitan keselamatan negara secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan.”

“Dato’ Dr Adham Baba, MKT UMNO pula dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan merupakan menteri penting yang mengendalikan secara langsung kes kesihatan bersama Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).” 
Datuk Seri Dr Adham Baba…

“KHAIRY JAMALUDDIN PULA DILANTIK MENTERI MOSTI MENJAGA PERIHAL VAKSIN”.
Khairy Jamaluddin (KJ)…
“BEGITU PENTINGNYA UMNO DALAM KERAJAAN HARI INI, NAMUN MALANGNYA KELIHATAN BEBERAPA PEMIMPIN KANAN UMNO TERMASUK PRESIDEN UMNO TANPA HENTI-HENTI MENYERANG PEMIMPIN UMNO SENDIRI.”

Bard turut berkata; “Saya tidak ingin mencampuri urusan UMNO tetapi atas dasar kestabilan negara saya merayu tolong hentikanlah. Saya cadang UMNO adakan mesyuarat Pra Kabinet mingguan.

“Biro UMNO wajar duduk dengan Menteri-Menteri UMNO sampaikan cadangan apa saja kepada kerajaan melalui Menteri-Menteri UMNO agar proses penambahbaikan berlaku dan akhirnya keuntungannya kembali kepada rakyat,” Bard berkata lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-