Monday, March 8, 2021

Ahmad Zahid: Umno diserang pelbagai arah, pemimpin ‘kluster mahkamah’ juga kekal setia

Bernama
Isnin, 08 Mac 2021 
07:52 AM MYT

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha memusnahkan Umno tetap gagal walau diserang sejak pilihan raya lalu. 
Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Usaha untuk memulihkan semula Umno selepas parti itu mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas bukan satu tugas yang mudah, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi catatan di Facebooknya pada Ahad, Ahmad Zahid mengakui parti yang diterajuinya sejak 2018 itu diserang musuh yang nyata dan tidak nyata dari semua arah.

Bagaimanapun, usaha musuh untuk menjatuhkan Umno yang disifatkannya secara ’once and for all’ sejak dua tahun lepas itu tidak pernah berjaya.

“Usaha itu (menjatuhkan Umno) tidak pernah berjaya kerana ’kedegilan’ pemimpin (Umno) dan ahlinya. Untuk itu Umno mahu dalam kawalan mereka (musuh) pula selepas riwayatnya (parti) tidak mampu ditamatkan.

“Menggunakan broker bertaraf jurucakap dan ‘claim’ merekalah penyatuan ummah. Ironinya dasar penyatuan ummah perlu berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan.

“Bukan untuk menguasai supaya terus berkuasa. Bukan juga untuk kepentingan si polan dan si polan. Andai berjaya, jenama Umno boleh dipergunakan,” katanya.

Tegas Ahmad Zahid, tanpa cabaran pemimpin dan ahli Umno, kedudukan dan kekuasaan musuh lebih selesa dan terjamin.

“Adakah harus kita menyerah? Adakah perlu pasrah dan relakan sahaja cubaan ‘acquisition’ ini?. Kerana enggan menggadaikan Umno, pemimpinnya dipropagandakan mahu menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah.

“Sedangkan pemimpin Umno ‘kluster mahkamah’ inilah yang berani dan setia memperjuangkan Umno walau apa menimpa mereka,” katanya. 

Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-