Diterbitkan 13 Mar 2021, 10:33 am
Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti yang disertainya sejak tahun 1998, berkuat kuasa serta merta.
Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga mengumumkan akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Saya akan terus terus berkhidmat di kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai ahli parlimen bebas dan saya akan penuhi janji-janji pilihan raya kepada rakyat di Kuala Langat," katanya dalam satu kenyataan.
Langkah itu diambil selepas dua ahli parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) meninggalkan parti itu pada penghujung Feb lalu.
Perkembangan terbaru ini juga menyaksikan PKR kini hanya memiliki 35 anggota parlimen berbanding 47 kerusi yang dimenananginya pada pilihan raya umum lalu.
Sebelum ini PKR mendakwa wujud usaha untuk 'mengumpan' dan menawarkan habuan kepada ahli-ahli parlimennya agar menukar sokongan.
Pada 17 Feb lalu, Xavier menafikan dakwaan dirinya merestui amalan rasuah, susulan penangkapan SPRM terhadap Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Thinagaran - yang akrab dengannya.
Kecewa dengan PKR
Dalam kenyataannya hari ini, Xavier berkata dia "sangat kecewa" dengan parti itu sejak setahun lalu, yang mendorongnya membuat keputusan meninggalkan PKR.
Katanya, keutamaan sekarang adalah untuk menyokong usaha kerajaan membendung wabak Covid-19, menciptakan peluang pekerjaan dan membangunkan semula ekonomi.
Katanya lagi, sekurang-kurangnya 18 bulan diperlukan untuk melaksanakan program vaksinasi dan lebih dua tahun untuk ekonomi pulih sepenuhnya.
"Ini memerlukan sokongan bipartisan untuk memastikan usaha kerajaan dipenuhi.
"Orang ramai mahukan kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sakit. Ke arah ini, kita perlu bekerjasama, bukan saling menentang," katanya.
Xavier menjadi anggota PKR sejak 1998 ketika parti itu dinamakan Parti Keadilan Nasional.
Sejak itu politiknya bersinar dan dia terpilih sebagai naib presiden semasa pemilihan PKR dengan menyokong kem timbalannya ketika itu, Azmin Ali.
Azmin bersama sebilangan besar penyokongnya meninggalkan PKR pada Februari tahun lalu sebelum menyertai Bersatu.
Sementara itu, Azmin menerusi Twitter hanya memberikan komen ringkas namun penuh bermakna:
"1+1+1+1..... dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang," katanya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePEMBETULAN:
DeleteSi KLUSTER2 Mahkamah/bawah siasatan SPRM & MUSUH2 Islam/Umatnya dr. puak PENJAJAH Zionis PKR homo/DAP BANGKAI - termsk. Suspek PEROGOL DAP - sdg. MENJILAT hanyir JIJIK si Diktator muhyiddin/parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal NAZI!!
Patutlah PARLIMEN diGANTUNG secara HARAM - beri MASA utk. BERSATU-si ULAR IBLIS ni, terutamanya utk. menggunakan Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN amat BANGSAT DAP-BERSATU ni, utk. cuba memenangi PRU15 dgn. cara paling LICIK & JAHAT ni - sampai ISLAM/UMATnya pun terus diKORBANkan dgn. RAKUS pd. MUSUH2 Islam/Umatnya, termsk. sampai MENGORBANkan penggunaan bahasa ISLAM utk. Kalimah ALLAH yg. SUCI , SOLAT, KAABAH dsbnya kpd. MUSUH2 ISLAM/MELAYU ni, serta budaya HOMO amat JIJIK skrg. dah diHALALkan - sampai sanggup menggantikan nama UNIVERSAL utk. tuhan puak Kristian, JESUS CHRIST - demi nak terus MEROSAKkan Aqidah lebih ramai jenerasi muda ISLAM/Melayu, serta MEMIJAK2 Islam/Umatnya di NEGARA ISLAM/TANAH MELAYU pusaka Nenek Moyang berzaman kita sendiri!!