Saturday, March 13, 2021

Kalau bukan pelacur, beranikah PAS pilih hanya satu antara UMNO atau BERSATU?

puteradaily.com

March 13, 2021 7:12 am

Ramai penyokong Pas, sama ada daripada mereka yang menjadi ahlinya atau tidak, terlihat cukup kurang senang dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan parti tersebut seperti pelacur.

Beliau yang lebih mesra dengan Ku Li melabelkan demikian khususnya berdasarkan pengalamannya bersama dengan Pas ketika memimpin Parti Semangat 46 pada tahun 80-an sebelum ini.

Kata beliau, isu PAS mengganggu UMNO bukanlah suatu perkara baru.

“Dah lama kita lawan PAS. Bukan baru semalam, tapi sejak 1951, PAS mengacau UMNO sejak itu sampailah sekarang.

“Dalam PRK Tanjung Piai, ketika mereka dah bersama dengan kita dalam MN, PAS tidak mengundi kita. Mereka ada 3,000 ahli di situ, tapi tidak sampai 1,000 yang undi kita.

“Mereka bukan rakan kongsi yang jujur. Begitu juga di Semenyih.

“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” hurainya dengan panjang lebar antara pengalaman dulunya bersama Pas dan realiti parti itu sekarang ini.

Sehubungan itu, tegas Ku Li, Pas bukanlah parti yang boleh dipercayai dan UMNO mesti melawan parti tersebut dalam PRU15 akan datang nanti.

Sejujurnya, apa yang diperkatakan Ku Li mengenai watak Pas ini bukanlah sesuatu yang baru atau pelik kerana sejak dulu itulah tingkah laku yang dipamerkannya kepada kita semua.

Dengan parti-parti utama di negara ini, hampir semuanya Pas pernah ‘berkahwin’ dengan kemudian ‘bercerai’ dengan mereka.

Setiap kali mahu ‘bersama’ dan ‘berpisah’ selepas itu dengan kesemua parti tersebut, Pas sentiasa ada dalil-dalil agama yang dipetik daripada pelbagai sejarah Islam untuk menghalalkan tindakannya.

Disertai dengan sikap penyokongnya yang memang ditarbiah untuk wala’ kepada parti dan pemimpin dalam semua perkara sehingga kadang-kadang akal fikiran rasional diletak ke tepi, ke mana pun hala tuju pilihan Pas, ia sentiasa disambut, disokong serta diterima dengan baik.

Dalam hubungannya dengan UMNO yang terjalin melalui Muafakat Nasional sejak kedua-duanya tewas pada PRU14 2018 lalu, hubungan mereka mula bermasalah bila Pas memilih untuk menyertai PN sebagai anggota rasmi.

Sejak itu, Pas sering ditanggapi sebagai parti ‘main dua kolam’ oleh pemimpin dan penyokong UMNO.

Demi manfaat dunia yang sayang dilepaskannya, tindakan Pas berkubang di kolam UMNO dan Bersatu dalam waktu yang sama amat tidak disenangi oleh UMNO lantaran ia nyata merugikan parti tersebut berbanding Bersatu.

Meski sudah ‘bertunang’ dengan UMNO dalam MN, lantaran mahu mengambil hati Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana memberi banyak kedudukan serta jawatan dalam kerajaan dan ingin mengekalkan nikmat duniawi, Pas sanggup ‘berkahwin’ dengan menjadi anggota rasmi gabungan PN tanpa memutuskan pertunangannya dengan UMNO.

Mungkin Pas banyak terpengaruh dengan sistem perkahwinan dalam Islam yang membenarkan poligami sehingga empat isteri, maka itulah barangkali sebabnya Pas memilih mahu bersama UMNO dan Bersatu pada waktu yang sama.

Tetapi, Pas mesti sedar, poligami tidak pernah dibenarkan dalam dunia politik dan sesebuah parti mesti berani membuat pilihan yang satu antara dua yang dicintai.

Kalau mahu bersama UMNO, pilihlah hanya bersama UMNO dan MN, manakala jika mahu bersama Bersatu, maka pilihan hanyalah bersama parti tersebut serta PN saja.

Tidak boleh dan tidak beretika, jika Pas memilih mahu bersama UMNO dan MN serta diwaktu yang sama ingin pula bersama Bersatu dan PN, walhal sudah jelas UMNO telah membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Selagi Pas tidak berani membuat pilihan yang satu antara UMNO dan Bersatu, label seperti main dua kolam, pelacur dan sebagainya akan terus menghinggapi mereka.

Maka, janganlah Pas marah kepada sesiapa yang melabel apa pun gelaran kepada mereka kerana dalam poligami, bohong sikit-sikit dengan semua isteri mungkin amalan biasa, tetapi kejujuran adalah teras hakiki dalam perkongsian untuk politik dan kuasa.

Soalnya, beranikah Pas? 

SDC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-