Wednesday, March 31, 2021

Pengukuhan kerjasama Bersatu dan PAS dalam PN

March 31, 2021


KENYATAAN media bersama Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PAS.

Setelah mengikuti senario politik negara, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS, diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah mengadakan suatu pertemuan pada 30 Mac 2021 bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam Perikatan Nasional.

Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan kerajaan Perikatan Nasional dalam membela kebajikan rakyat dan terutama buat masa ini bagi menangani wabak Covid-19, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS telah bersetuju dengan ketetapan seperti berikut:

1. Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2. Bersatu dan PAS, selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan Nasional, akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khususnya bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen.

3. Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.

4. Bersatu dan PAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep tersebut, sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang dibina secara bersama.

Bersatu dan PAS menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung Bersatu
DATO’ SERI TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 31 Mac 2021 
HARAKAHDAILY
   31/3/2021

3 comments:

  1. PAS terus mahu jadi KULI BISU, PEKAK & BUTA - pd. segala KEZALIMAN, KETAMAKAN, KEBONGKAKAN, RASISMA, FASISMA & PENIPUAN pd. ISLAM/UMATnya oleh rejim NAZI Diktator muhyiddin/parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal HOMO, yg. diKUASAI Azmin HOMO - demi membela PERPADUAN pelbagai kaum, BUKAN lagi demi ISLAM/UMATnya!!

    Sbb. tu PAS Penyamaq makin GILA KUASA & SEWEL ni - TAK peduli nak LAWAN kes Kalimah ALLAH amat SUCI kita diCABUL sewenangnya oleh si KAFIR2 Musuh2 ISLAM/MELAYU - dlm. MO amat DAJAL & LICIK si DAPpengganas & TUAN2 Barat/ZIONIS depa utk. meMURTADkan seramai bangsa BUMIPUTERA Islam di INDONESIA/TANAH MELAYU kita!!

    Di -
    https://malaysiagazette.com/2021/03/15/pas-sambut-baik-tawaran-baru-pn-hadi-awang/

    ReplyDelete
  2. Tgk. JAHATnya!! Syarikat TEKNOLOGI TINGGI Semikonduktor GLC terBESAR, Silterra, bawah KHAZANAH, yg. mana Silterra ini dpt. membuat KEUNTUNGAN $BERATUS JUTA setiap thn. bawah YAM DS Najib (dr. 2014-2017, iaitu KEUNTUNGAN sebnyk. $700 JUTA) - diGADAI habis2an & dgn. amat MURAH pula tu (~$300 JUTA), oleh PEROMPAK2 dr. rejim BERSATU homo NAZI amat TAMAK, RAKUS, PENIPU, FASIS, RASIS & ZALIM - yg. pikiaq boleh buat apa depa suka waktu DARURAT & melayan AGONG sbg. KETUA2 UTAMA NEGARA/ISLAM, serta AGONG yg. SEBENAQnya, melantik PM, mcm TAK berguna!!

    Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/penjualan-sepenuhya-syarikat-semikonduktor-terbesar-milik-malaysia-oleh-khazanah/10157798804275952/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-