Thursday, April 15, 2021

Pelaburan hampir RM4 bilion SRC 'palsu' - pendakwa raya

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan 15 Apr 2021, 12:53 pm

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion dari SRC International adalah palsu.

Timbalan pendakwa raya, V Sithambaram berkata demikian semasa mendengar rayuan Najib Razak berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

DPP merujuk kepada pelaburan yang dikatakan hampir RM4 bilion daripada pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC.

Sebelum ini dilaporkan bahawa sekitar RM3.6 juta dihantar oleh SRC ke institusi kewangan di Switzerland untuk dijadikan simpanan tetap, yang akhirnya dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland.

Juga dilaporkan bahawa baki selebihnya dilaburkan ke Indonesia dan Mongolia.

Sithambaram berkata Najib telah memberi keterangan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku dengan dana pelaburan kerajaan tersebut.

DPP berpendapat pasukan peguam Najib membuat pembelaan palsu kerana tidak ada apa-apa yang berlaku dengan pelaburan dana kerajaan tersebut, susulan pinjaman RM4 bilion yang diberikan oleh KWAP kepada SRC antara penghujung 2011 dan awal 2012.

"Keseluruhan (pelaburan hampir RM4 bilion) ini adalah palsu. Tidak ada apa yang berlaku (dengan pelaburan itu). Wang keluar, tetapi tiada siapa (dalam SRC atau Najib) kelihatan tahu apa-apa, ”kata Sithambaram.

Di antara tujuh pertuduhan ke atas Najib adalah tuduhan salah guna kuasa, di mana bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan dua mesyuarat kabinet yang memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion berkenaan.

Bagi tuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, Najib didakwa meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman berkenaan sebagai balasan menerima sogokan sebanyak RM42 juta.
Semasa perbicaraan hari ini, Sithambaram menjelaskan bahawa meskipun penubuhan SRC bukan penipuan, namun aliran keluar hampir RM4 bilion dari SRC dan yang dilaburkannya adalah palsu.

DPP memberi respon terhadap pertanyaan hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel tiga hakim hari ini.

Karim: Anda mengatakan bahawa (pelaburan hampir RM4 bilion) ini adalah untuk menyamarkan niat (jenayah) yang sebenarnya?

Sithambaram: Ya, yang arif.

"Sekiranya mereka melakukannya (pelaburan hampir RM4 bilion) dengan baik di Malaysia, saya akan bangga dengan mereka mereka kerana tidak akan ada kegagalan kuasa di Malaysia," kata Sithambaram yang membuat isyarat dengan lidahnya sehingga mengundang ketawa orang ramai di galeri awam.

SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan kemudian menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Selain merupakan bekas perdana menteri, Najib juga merupakan bekas menteri kewangan, bekas penasihat emeritus SRC dan bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim berlangsung hari ini dan dijangka disambung sehingga petang ini.

Hakim yang lain adalah hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas satu tuduhan salahguna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT), dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.

Namun, mahkamah membenarkan permohonan pasukan peguam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan bagi membatalkan hukuman tersebut.

3 comments:

  1. TERUKnya MAHKAMAH RAYUAN ni!!

    Boleh BIAQkan peguam Pendatang PARIAH-geng PENJENAYAH Pariah2 Penipu tommy thomas-gopal sri ram DAP Parasit utk. punya mengHINA & MENIPU dgn. amat RASIS & FASIS dgn. pandangan2 PERIBADI dia dlm. MAHKAMAH RAYUAN, tanpa apa2 BUKTI JENAYAH yg. SAHIH terhdp. YAM DS Najib sbg. PM ORANG ASAL Islam/Melayu kita waktu tu, seolah YAM DS Najib boleh MEROMPAK apa sahaja yang beliau mahu, termsk. skrg. diTUDUH juga merompak pula Wang KWAP yg. diPINJAMkan pd. SRC - sdgkan YAM DS Najib BUKANnya Ahli Lembaga Pengarah SRC pun!!

    YAM DS Najib nampaknya sdg. diPERANGKAP berTERUSAN, juga di MAHKAMAH RAYUAN - yg. jelas PREJUDIS, termsk. seorg. HAKIM yg. sama, yg. asyik mengemukakan SOALAN2 yg. PREJUDIS, yg. terus MENYOKONG Penipuan2 berterusan peguam PARIAH Penipu Pendakwaan ni - TANPA meminta lansung peguam PARIAH Pendakwaan ni mengemukakan BUKTI2 SAHIH yg. TERPERINCI atas segala TUDUHAN2 JENAYAH dia yg. PALSU ke atas YAM DS Najib terCINTA kita!!

    Lagi di media SAMPAH ni, di -
    https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/04/682475/src-was-sham-set-najibs-personal-atm

    ReplyDelete
  2. BANGKAI BABI betul peguam PARIAH PENIPU ni!!

    Dan lihat bagaimana YAM DS Najib MEMBIDAS akan PENIPUAN2 dr. SAKSI yg. bekas MENTERI KEWANGAN & PARIAH2 Pendakwaan berkaitan isu ROMPAKAN Dana SRC $3.6 BILLION di SWITZERLAND tu!!

    Juga baru SEKARANG, kita tahu rupa2nya, yg. TANDATANGAN2 bekas CEO SRC, Nik Faisal & bekas Pengarah, Suboh Yassin telah diPALSUkan - utk. MEMINDAHkan DANA2 SRC $3.6 billion ke SWITZERLAND & $42 JUTA, ke dlm. akaun YAM DS Najib utk. MEMERANGKAP YAM DS Najib!!

    Ya, tapi si PARIAH2 PENDAKWAAN tu - yg PELIK & LAWAK jijiknya, lansung TAK berminat nak SIASAT ttg. SIAPA PENJENAYAH2 SEBENAQ yg. MEMALSUkan TANDATANGAN2 Nik Faisal & Suboh Yassin tu!! Serta bagaimana PEGAWAI2 Pendatang2 CINA/PARIAH Ambank AUSTRALIA/NZ - boleh PINDAH-MASUKkan DANA2 sesuka hati kepada dan dari AKAUN2 PERIBADI YAM DS Najib - atas ARAHAN2 RAHSIA jho low - TANPA pengetahuan & kebenaran YAM DS Najib!!

    Di - https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/523476/husni-berdendam-najib

    ReplyDelete
  3. Lihat lagi BUKTI amat JELAS & PENTING yg. sewenangnya, diABAIkan HAKIM SIVIL Mahkamah TINGGI Lawak & PENIPU tu dulu (yg. sewenangnya MEMENJARAkan YAM DS Nahib selama 12 thn.) - berkaitan SUBAHAT Penipuan amat JIJIK, RASIS & FASIS antara Pegawai2 PENDATANG CINA Ambank (BANK Australia/NZ) yg. BERSUBAHAT dgn. jho low (CEO Ambank, warga India, pula segera LARI balik ke NZ) - utk. MEMERANGKAP YAM DS Najib dlm. kes SABOTAJ/ROMPAKAN Derma Politik YAM DS Najib dr. DYMM Raja Abdullah dan IMDB/SRC oleh EJEN2 Pengganas ZIONIS ni!!

    BUKTI ni juga cuba diSEMBUNYIkan oleh geng PENDAKWAAN bawah PENJENAYAH2 Pariah DAP Parasit, tommy thomas/gopal sri ram!!

    GILA betul yg. KESEMUA Penjenayah2 ni sampai skrg. TAK diSIASAT oleh PARASIT2 SPRM/KETUA POLIS NEGARA/PEGUAM NEGARA bawah rejim2 PENIPU PH Parasit ZIONIS- rejim BERSATU Homo NAZI!!

    Di - https://nthqibord.com/2019/07/22/change-title-najib-src-trial-prosecution-hid-evidence-that-would-clear-najib/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-