Monday, April 12, 2021

Rais Yatim: Kenapa wakil rakyat tak digantung tugas jika ada kes mahkamah?

malaysiakini.com
M Fakhrull Halim
Diterbitkan 12 Apr 2021

Jika penjawat awam harus digantung tugasnya apabila berhadapan kes di mahkamah, mengapa hal sama tidak turut berlaku kepada wakil rakyat?

Begitu persoalan dibangkitkan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Sedangkan, katanya, menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat harus mendapat hak sama rata.

Oleh hal yang demikian, usulnya, satu kaedah harus difikirkan bagi mengenakan satu bentuk hukuman ke atas wakil rakyat yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

"Sekarang ini kita lihat, seseorang penjawat awam apabila didakwa di mahkamah, semua khidmatnya digantung, tak boleh bergerak.

"Tetapi bagi wakil rakyat atau parlimen misalnya, mereka terus boleh bergiat, waima telah dikenakan beberapa syarat termasuk jamin, ataupun termasuk hukuman (bersalah) lantaran mereka membuat rayuan. Tetapi dalam dunia penjawat awam ini tidak berlaku.

"Jelasnya (untuk) wakil rakyat wajar difikirkan apakah struktur pascahukuman yang perlu dilalui, yang sekarang ini tidak ada jawapannya, seperti yang kita lihat di sekitar.

"[...] (Berbeza dengan penjawat awam) Mereka (wakil rakyat) masih terus boleh berkhidmat dan menjalankan tugas yang ada padanya dan dianggap adalah sah," katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Budi Asas Tamadun dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini.

Dia berkata demikian semasa menekankan aspek budi (virtue), yang katanya turut perlu ada di dalam diri para pemimpin.

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan itu tidak menyebut nama mana-mana wakil rakyat yang dimaksudkan.

Perkara 8 yang dipetik Rais menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Beberapa pemimpin politik yang juga wakil rakyat telah dijatuhkan hukuman bersalah di mahkamah atas kesalahan rasuah, seperti bekas presiden Umno Najib Razak (ahli parlimen Pekan) dan Tengku Adnan Tengku Mansor (ahli parlimen Putrajaya).
Sementara Tengku Adnan masih menunggu rayuan, permohonan Najib di Mahkamah Rayuan berhubung rayuan sabitan kesalahan rasuah kes SRC International sedang berjalan.

Beberapa lagi pula berdepan pertuduhan di mahkamah, antaranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (ahli parlimen Bagan Datuk) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (ahli parlimen Baling), dan Ahmad Maslan (ahli parlimen Pontian).

Dalam pada itu, Rais turut bersetuju dengan saranan agar ahli politik melakukan gencatan senjata sempena menjelangnya Ramadan.

Katanya, bulan Ramadan harus dihormati, bukan dicemarkan dengan fitnah, kata sinis dan tohmahan yang boleh memecah belahkan.

"Orang berkata bahawa dalam bulan Ramadan, semuanya aman damai malah dikatakan dianggap sebagai syaitan dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan mereka. Ini kan pula manusia?

"[...] Dan sebahagian besar daripada perpecahan ini saya lihat dalam kalangan ahli politik Melayu, bukan dalam kalangan pihak lain. Dan Melayu merupakan Muslim.

"Kenapa tidak hormat dengan tuntutan agama dan jika itu dapat dilaksanakan, rakan bukan Melayu pun akan hormat dengan kita sebab Melayu adalah golongan majoriti di negara ini," katanya.

1 comment:

  1. BANGKAI ANJING punya blog Malaysiakini DAPpengganas yg. patut dah lama
    diHARAMkan & diHAPUSkan kerana diTAJA si PENGGANAS2 Zionis CIA/MOSSAD-SOROS!! Dan Rais Yatim ni - BANGSAT lu si PENIPU HARAM

    TAK pula terlolong si BANGKAI2 ANJING DAP/BERSATU Nazi ni psl KLUSTER2 MAHKAMAH PH PARASIT- tgk. kes2 RASUAH guan eng homo DAP BANGKAI, serta bini & kroni2 DAP BANGKAI depa ni!!

    Dahlah tu, kes2 RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM/SALAH GUNA KUASA/PECAH AMANAH/LARI dr. CUKAI guan eng homo ni diRINGANkan - kerana TAK diDAKWA bawah semua JENAYAH2 ni serta TAK berDASARkan setiap TRANSAKSI WANG yg. akan membanyakkan JUMLAH dakwaan2 - spt. yg. geng PENJENAYAH2 PARIAH DAP BANGKAI, tommy thomas/gopal sri ram buat dgn. geng2 depa dr. SPRM & pejabat Peguam Negara, dgn. amat ZALIM, RAKUS & PENIPU ke atas YAM DS Najib, YAM DS Rosmah & Pemimpin2 UMNO lain, dlm. kes IMDB/SRC PENIPU & DERMA2 POLITIK kpd. YAM DS Najib & YAM DS Rosmah!!

    Bahkan PEMIMPIN2 lain dlm. DAP - lansung TAK diSIASAT & diDAKWA dlm. kes2 RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM/PECAH AMANAH/SALAH GUNA KUASA/LARI dr. CUKAI dlm. Skandal TEROWONG BAWAH LAUT PP-Pelan Induk Pengangkutan PP (PIPP), sebanyak $60 BILLION sebenaqnya, spt. diDEDAHkan JENAYAH2 ini oleh YAM Raja Petra dr. Malaysia Today (sampai skrg. TAK dak SEKOQ pun pemimpin2 DAP ni termsk. guan eng HOMO - berani buat REPOT POLIS ke atas YAM Raja Petra berkaitan PENDEDAHAN2 amat BERNAS, TERPERINCI & BERANI ini)!!

    Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2020/07/02/the-untold-story-of-guan-engs-proxy-the-penang-condo-king/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-