Thursday, April 22, 2021

Rakyat marah kerajaan PN, bukan Raja-Raja Melayu, kata ahli akademik

freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-April 22, 2021 7:30 AM

Penganalisis berkata, jika perintah darurat tidak lagi efektif mengawal penularan wabak Covid-19, Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja-raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskannya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kemarahan rakyat berhubung pelaksanaan perintah darurat bagi membendung penularan wabak Covid-19 bukan ditujukan kepada Raja-Raja Melayu sebaliknya kecewa dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lemah, kata seorang penganalisis.

Felo penyelidik di Institut Kajian Analisis Polititk Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Achmed Dzarien Mohd Nazri, bagaimanapun berkata, suara orang Melayu yang dilihat agak keras sejak akhir-akhir ini berkemungkinan berkait rapat dengan dengan ciapan yang dibuat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Sultan Iskandar sehingga dimanipulasi oleh segelintir pihak, termasuk Dr Mahathir Mohamad.
Achmed Dzarien Mohd Nazri
“Mahathir seorang yang licik dan pandai mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dengan mewujudkan persepsi bahawa orang Melayu marah pada institusi Raja-Raja Melayu.

“Keadaan itu digambarkan dalam situasi sangat teruk sedangkan ia hanya ‘trending’ di Twitter sahaja.

“Orang Melayu hari ini tak marah dengan Raja-Raja, cuma tak puas hati dengan prestasi kerajaan PN antaranya berhubung penguatkuasaan undang-undang yang dilihat pilih kasih antara kenamaan dan orang biasa, termasuk kelemahan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19,” katanya kepada FMT.

Bercakap kepada pemberita selepas menghantar permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara semalam, Mahathir mendakwa, orang Melayu sudah mula menyuarakan kemarahan terhadap Raja-Raja Melayu susulan pelaksanaan darurat oleh kerajaan sehingga Parlimen tidak boleh bersidang.

Bekas perdana menteri itu berkata, kemarahan tersebut kerana “penderitaan” mereka kerana negara diletakkan bawah perintah darurat atas permintaan kerajaan untuk tujuan politik, bukan bagi memerangi Covid-19.

Mengulas lanjut, Achmed berkata orang ramai juga marah dengan pelaksanaan darurat yang dilihat tidak mampu mengurangkan jangkitan walaupun pergerakan rakyat dikawal.

Justeru, jika darurat tidak lagi efektif mengawal penularan Covid-19, Agong mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskan darurat.

“Perkara itu akan disampaikan kepada kerajaan, sama ada untuk kembalikan semula kuasa kepada kerajaan untuk perbaiki semula keadaan,” katanya.

Mengenai cadangan mengadakan pilihan raya umum untuk menyelesaikan “kemelut politik” pada masa ini, beliau berkata, ia mungkin dilihat sebagai talian hayat kerajaan yang terakhir.

“Kita pun tidak tahu sama ada kerajaan sekarang ada majoriti atau tidak, tetapi dengan memberi laluan kepada pilihan raya dapat ditentukan siapakah yang berhak menjadi kerajaan.

“Setidak-tidaknya dapat memulihkan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi,” katanya dengan memberi contoh Singapura sebagai antara negara yang mengadakan pilihan raya ketika penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Zainal Kling, berkata cadangan supaya darurat ditamatkan hanya datang daripada wakil rakyat yang tidak dapat bersidang di Parlimen, bukannya mewakili keseluruhan suara orang Melayu.

Beliau turut mendakwa terdapat permohonan daripada NGO yang dikatakan mewakili orang Melayu kepada Agong supaya penguatkuasaan darurat diperketatkan bagi memastikan keberkesanan kawalan Covid-19.

“Covid-19 masih mengganas jadi kita masih perlu mengekang pergerakan dengan perintah darurat. Ketika darurat pun kita tak dapat nak kawal sepenuhnya apatah lagi jika darurat tiada.

“Prosedur itu (memohon kepada Agong) betul. Perdana Menteri hanya menjalankan pentadbiran dalam rangka kuasa Agong,” katanya.

Menyentuh keperluan mengadakan pilihan raya umum, beliau dengan nada berbeza berkata, Parlimen tidak perlu dibubarkan berikutan keadaan negara yang masih tidak stabil, terutama dalam aspek kesihatan.

“Dalam tempoh ini, tak perlu bubar Parlimen atau adakan pilihan raya sehingga keadaan tamat (wabak berakhir).

“Pilihan raya di Sabah juga menunjukkan dengan jelas ia menjadi punca merebaknya penularan wabak,” katanya.

4 comments:

  1. PENIPU betul si 'pakar' akademik LONGKANG ni!!Walau kita ANTI- DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/DAP Penjajah Zionis BANGKAI ANJING - tapi JANGAN ingat RAKYAT biasa dr. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu mcm. LEMBU2 diCUCUK HIDUNG!!

    Seperti PEPATAH MELAYU turun temurun kita:

    RAJA ADIL RAJA diSEMBAH

    RAJA ZALIM RAJA diSANGGAH!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluster PENDIDIKAN Covid-19 makin MENINGKAT di kalangan GURU2 & ANAK2 kita - tapi khairy PARASIT/BERSATU Nazi PEROMPAK - sibuk terLOLONG nak SEGERA & secara PERCUMA bagi VAKSIN kpd. hampir 10 JUTA Warga ASING/PATI2 dlm. FASA KETIGA bulan JUN - kerana begitu nak jaga KEDUTAAN2 ASING & MAJIKAN2 Industri KAYA-RAYA yg. TAMAK, tak nak keluaq SESEN pun!!

      Apa juga jadi pd. 150,000 KOMPUTER2 yg. nak diPINJAMkan (dahlah tu, BUKAN percuma) pd. ANAK2 Rakyat miskin kita? Sdgkan rejim BERSATU Parasit NAZI ni punya MEROMPAK sini sana bawah ORDINAN2 DARURAT penipu - dgn. menjual MURAH Aset2/Hartanah2 NEGARA termsk. ATM kita, ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya dr. KHAZANAH & BOUSTEAD (yg. TAK dak kaitan pun dgn. COVID-19) & dah membuat PINJAMAN KERAJAAN hampir $80 BILLION hanya dlm. masa 4 BULAN!!

      Mana juga AGONG?!

      Lihat si Menteri PARASIT ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/22/tengku-zafrul-gembira-apabila-rakyat-tidak-lagi-membicarakan-berkenaan-150000-komputer-riba-dijanjikan-kementerian-kewangan-dalam-bajet2021/

      Delete
  2. Lihat juga KERABAT Diraja Johor yg. mmg. amat KEBARATAN ni - MELUKIS potret2 wanita BERTELANJANG!!

    Adakah keturunan RAJA2 ISLAM/MELAYU sendiri TAK perlu mengHORMATI akan ISLAM/UMATnya - sdgkan RAJA2 MELAYU ni ada yg. akan jadi AGONG & adalah KETUA2 AGAMA ISLAM!!

    Maka ini amat BAHAYA utk. ISLAM/UMATnya & NEGARA ISLAM kita ni - bila keturunan RAJA2 ISLAM/MELAYU, terutamanya JENERASI MUDA diLIBERALkan & menjadi sgt. TAKSUB dgn. budaya2 Barat/Zionis - sdgkan depa bukan Rakyat biasa, apalagi bila menjadi RAJA @ AGONG!!

    Bahkan keturunan diRaja ARAB makin diMUSNAHkan dgn. antara MO amat LICIK si EJEN2 PENYAMAQ Zionis/Barat yg. akan BERKAHWIN dgn. keturunan2 diRaja depa - lansung diLIBERALkan dgn. budaya BARAT/ZIONIS!!

    Di -
    https://my.asiatatler.com/events/johorean-royalty-tunku-kamariah-aminah-maimunah-iskandariahs-first-inaugural-solo-exhibition

    ReplyDelete
    Replies
    1. DYMM SPB YDPA di masa hadapan - mestilah yang benar-benar ALIM & BERANI sbg. KETUA & PEJUANG Agama ISLAM Persekutuan & PELINDUNG amat TEGAS terhdp. bangsa BUMIPUTERA kita - yg. KEDUAnya antara TIANG2 ASAS Undg2 Perlembagaan kita!!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-