Thursday, April 22, 2021

Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam

malaysiakini.com
Diterbitkan 22 Apr 2021, 3:34 pm

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah yang berjumlah hampir 2 juta orang.

Pemberian itu adalah sempena persiapan sambutan Aidilfitri yang akan diraikan bulan depan.

“(Bayaran) termasuk kepada kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei ini,” kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri juga menyebut pengumuman pemberian bantuan khas kewangan pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri.

“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu.

3 comments:

  1. Pi MAMPOSlah lu nak TIPU penjawat2 awam ni - setelah MEROMPAK Aset2 Negara!!

    DASYATnya PENIPUAN & ROMPAKAN berterusan amat RAKUS oleh DIKTATOR muhyiddin-NAMA PALSU/rejim BERSATU Parasit NAZI ni - dgn. memPERGUNAkan DARURAT & COVID-19 sewenangnya!!

    Tgk. rejim BERSATU Perompak NAZI punya nak MENIPU melalui media2/blog2 SAMPAH pro-DAP Parasit/BERSATU Nazi ttg. ROMPAKAN rejim BERSATU ni dr. KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (KWAN), kononnya ini semata2 pasal wang PETRONAS - tapi diBIDAS dgn. BERNAS oleh Mantan PM Agung ORANG ASAL Islam/Melayu kita, YAM DS Najib - yg. berjaya MENINGKATkan waktu pemerintahan beliau/KERAJAAN BN, Simpanan & Keuntungan KWAN terutamanya utk. KEBAJIKAN jenerasi akan dtg., dr. $4 BILLION kpd. ~ $17 BILLION!!

    Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/kedua-dua-tajuk-berita-ini-adalah-salah-bukan-mo-salah-yekumpulan-wang-amanah-ne/10157842522450952/

    ReplyDelete
  2. Dahlah Kluster PENDIDIKAN Covid-19 makin MENINGKAT di kalangan GURU2 & ANAK2 kita - tapi khairy PARASIT/BERSATU Nazi PEROMPAK - sibuk terLOLONG nak SEGERA & secara PERCUMA bagi VAKSIN kpd. hampir 10 JUTA Warga ASING/PATI2 dlm. FASA KETIGA bulan JUN - kerana begitu nak jaga KEDUTAAN2 ASING & MAJIKAN2 Industri KAYA-RAYA yg. TAMAK, tak nak keluaq SESEN pun!!

    Apa juga jadi pd. 150,000 KOMPUTER2 yg. nak diPINJAMkan (dahlah tu, BUKAN percuma) pd. ANAK2 Rakyat miskin kita? Sdgkan rejim BERSATU Parasit NAZI ni punya MEROMPAK sini sana bawah ORDINAN2 DARURAT penipu - dgn. menjual MURAH Aset2/Hartanah2 NEGARA termsk. ATM kita, ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya dr. KHAZANAH & BOUSTEAD (yg. TAK dak kaitan pun dgn. COVID-19) & dah membuat PINJAMAN KERAJAAN hampir $80 BILLION hanya dlm. masa 4 BULAN!!

    Mana juga AGONG?!

    Lihat si Menteri PARASIT ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/22/tengku-zafrul-gembira-apabila-rakyat-tidak-lagi-membicarakan-berkenaan-150000-komputer-riba-dijanjikan-kementerian-kewangan-dalam-bajet2021/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara PAS, parti ISLAM yg. lebih sibuk skrg. TERLOLONG nak kekalkan KUASA POLITIK rakus dia dlm. rejim PN, terutamanya MENTERI UNDG2 paling TAK GUNA tu - terus TAK PEDULI akan KEZALIMAN, KEBONGKAKAN, KERAKUSAN, KETAMAKAN, PENIPUAN, ROMPAKAN, FASISMA & RASISMA berterusan oleh Rejim DIKTATOR muhyiddin-si nama PALSU (sampai PENGEDAR DADAH Sabah diBEBASkan sbb. nama PALSU ni) & parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI!!

      Di -https://www.editormalaysia.com/22552/

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-