Monday, April 5, 2021

Umno boleh kerjasama tapi ikut konsep kita – kata Hadi

puteradaily.com
April 5, 2021


HARAPAN untuk menyelamatkan Muafakat Nasional masih ada, jika UMNO bersetuju dengan konsep kerjasama yang berasaskan untuk menyatukan dan bukannya memecah belah ummah.

Bercakap kepada pemberita di Marang, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan bagaimana dalam usaha menyatukan ummah beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi telah menandatangani surat menjemput Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Muafakat Nasional.

‘’Kita sudah bersetuju dan kita sudah tandatangan (surat jemputan) saya sign, Zahid Hamidi sign, jemput Tan Sri Muhyiddin dalam Muafakat Nasional itu yang perlu dilaksanakan. Dia dah tandatangan, saya boleh tunjuk surat,’’ katanya.

Ditanya adakah kerjasama dengan UMNO akan diteruskan, Abdul Hadi berkata, ‘’kita sudah kerjasama. Orang yang tidak kerjasama biarlah masyarakat tengok siapa yang kerjasama dan siapa yang tidak kerjasama.’’

Abdul Hadi seterusnya menegaskan, tidak perlu mana-mana pihak mempertikaikan keikhlasan Pas dalam soal kerjasama.

‘’Kita sudah buat sebaik-baiknya. Kita ada banyak pengalaman.Kita pernah kerjasama dengan semua. Bacalah sejarah siapa kerjasama dengan kita, kita siapa yang tak nak kerjasama, sama ada sudah mati ataupun berkecai, terkulai tak perlu saya sebut nama,’’ katanya.

Ditanya sama ada kerjasama dengan UMNO diteruskan susulan kenyataan beliau hari ini yang meminta semua kumpulan Melayu-Islam menyertai PN, Abdul Hadi menegaskan, apa sahaja nama kerjasama itu tidak penting.

‘’ yang penting kerjasama..sekarang ni PN sudah didaftarkan,’’ katanya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid meminta Pas memikirkan sebaik-baik dengan siapa mahu bekerjasama, Abdul Hadi berkata;

“Kita sudah buat sebaik-baiknya. Tidak perlu nak fikirkan lagi, kita sudah banyak pengalaman, bacalah sejarah.’’

 | UTV
utusantv.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-