Sunday, May 23, 2021

Baru 3 hari, hari ini rekod lagi dengan 6,976 kes baharu

utusantv.com
Oleh Herman Hamid
-May 23, 2021
6,976 kes baharu, atasi rekod sebelum ini yang dilapor pada 20 Mei

LAGI 24 kes maka genap angka 7,000. Itu gambaran kes harian COVID-19 yang mencecah 6,976 penularan hari ini, 23 Mei bersamaan 11 Syawal.

Angka 6,976 kes baharu juga merupakan satu lagi rekod baharu penularan harian COVID-19.

Sebelum ini, rekod kes harian tertinggi adalah pada 20 Mei lalu dengan 6,806 penularan.

Hari ini, seperti mana hari-hari sebelumnya, Selangor kekal dengan kes tertinggi sebanyak 2,235 kes.


Ini diikuti Sarawak (663 kes) dan Kelantan (626 kes) di tempat kedua dan ketiga.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi media sosial beliau sebentar tadi.

Johor pula terus melaporkan peningkatan kes yang mana hari ini sebanyak 549 kes dikesan manakala Kuala Lumpur mencatatkan 447 kes.

Turut melaporkan pertambahan kes ialah Negeri Sembilan dengan 435 kes hari ini dan Kedah pula 422 kes.

Keseluruhannya semua negeri melaporkan tiga angka kes baharu hari ini kecuali Perlis yang mengesan lapan lagi penularan.

Putrajaya dan Labuan juga mencatatkan pertambahan kes baharu sebanyak dua angka dengan masing-masing mencatatkan 30 dan 37 kes.

Baca artikel berkaitan: 6,806 kes baharu! Esok, lusa entah berapa kalau SOP terus diabai

19 Mei ada 7 daerah Zon Kuning, kini tinggal Rompin, Gua Musang, Sik dan Kemaman

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Sehingga 23 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,976 kes baharu (512,091 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,235 (167,629)
Sabah – 136 (60,378)
Johor – 549 (53,963)
WPKL – 447 (53,639)
Sarawak – 663 (42,283)
Pulau Pinang – 372 (25,735)
Negeri Sembilan – 434 (22,704)
Kelantan – 626 (22,546)
Perak – 279 (18,549)
Kedah – 422 (15,344)
Melaka – 209 (9,761)
Pahang – 263 (7,772)
Terengganu – 266 (6,967)
WP Labuan – 37 (2,711)
WP Putrajaya – 30 (1,674)
Perlis – 8 (436)

Berita lanjut menyusul.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-