Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, May 4, 2021

Peja harap UMNO tak buat jajaran baru

perakinsight.com
May 4, 2021 3:20 pm 


UMNO dan Barisan Nasional (BN) diharap tidak membuat keputusan untuk bertanding secara sendirian dan membuat jajaran baharu.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu beliau berharap perkara berkenaan tidak berlaku.

“Tapi teruskan dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baik.

“Saya pun gembira tengok prestasi menteri-menteri tetapi mungkin ada yang perlu dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita di program Iftar Media dan Previu Video Raya di sini pada Ahad.

Ahmad Faizal menambah, tidak seharusnya dipecahkan keharmonian yang ada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita seronok duduk dalam kerajaan PN sekarang. Kalau kita semua bekerjasama dengan baik, ini baik untuk rakyat dan baik untuk negara,” katanya.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi dalam PN, Ahmad Faizal berkata, ia kini pada tahap 20 peratus.

“PN kita dah bincang (pembahagian kerusi) di Semenanjung bersama Pas dan rundingan berjalan cukup baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai desas-desus akan berlakunya rombakan kabinet, Ahmad Faizal berkata, beliau tidak mengetahui perkara berkenaan.

“Saya tak tahu, saya tak ada dengar apa-apa.

“Yang pastinya saya kira Perdana Menteri bersama dengan barisan kabinet sedang menangani masalah pandemik Covid-19, masalah ekonomi rakyat dan pelbagai masalah politik yang sedia ada.

“Semuanya sedang bekerja sebagai satu pasukan dan saya berpandangan mereka bekerjasama baik sebagai satu pasukan. Tak perlu kita nak ubah apa-apa. Pasukan yang ada ini sepatutnya kita perkuatkan, perkemaskan lagi,” katanya.

Pada Ahad, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa PN akan mengadakan satu mesyuarat dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini. 

SH

3 comments:

  1. BANGSAT lu si BANGKAI ANJING Bersatu PARASIT Nazi!! Bila lu nak MAMPOS, si PENYAMAQ Ulaq IBLIS-PENJILAT HANYIR DAP bangkai Anjing Zionis oi??!!!

    ReplyDelete
  2. DASYATnya!!
    PETRONAS diROMPAK habis2an oleh KEDUA rejim PH Parasit ZIONIS-BERSATU Nazi!!

    Rupa2nya, PETRONAS yg. masa bawah Mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib , ada RIZAB TUNAI ~ $200 BILLION sblm. PRU14 (naik dr. $30 BILLION sebelum. YAM DS Najib/KERAJAAN BN) - telah diPAKSA jual habis2an SAHAM2 MISC & KLCC (yg. TAK tahu pd. SIAPA pula tu) - bawah kedua2 rejim PEROMPAK2 PH/BERSATU ni - tapi boleh pula skrg. PETRONAS kena sampai MEMINJAM sbnyk. ~$40 BILLION bawah rejim BERSATU Nazi utk. membayar DIVIDEN ~$35 BILLION kpd. Kerajaan, kerana RUGI $21 BILLION pd. 2020!! Lepas tu si rejim BERSATU Nazi ni nak MEROMPAK lagi Tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), yg. sebahagian besar diSUMBANG oleh PETRONAS!!

    Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/jika-kerajaan-pn-tak-gunakan-propaganda-lapuk-hutang-1mdb-membebankan-seperti-se/10157862453195952/

    ReplyDelete
    Replies
    1. VAKSIN2 utk. RAKYAT punya LEMBAB - ini KEUTAMAAN2 parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU liberal NAZI!!

      Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/26/parlimen-pagoh-dapat-peruntukan-buat-dewan-kayangan-3-biji-berjumlah-rm35-4-juta-adalah-budget-untuk-pru15-armada-mana-ada-peruntukan-nak-jadi-calon-parlimen-pru15-akhirnya-terpaksa-lah-tanam-ga/

      Delete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-