Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, May 6, 2021

Pencuri zalim!..Tembak dan potong lembu

Abnor Hamizam Abd Manap

am@hmetro.com.my

LEMBU milik seorang peneroka ditembak sebelum disembelih, dipotong dan dilapah dalam kejadian pada 2 Mei lalu di Ladang Palong 21.
FOTO Tular

Jempol: Sengaja menembak dua ekor lembu sebelum haiwan ternakan itu dipotong kepada tiga bahagian dan ditinggalkan di kawasan ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian disedari mangsa yang juga seorang peneroka sebaik dia pergi ke kandang lembu miliknya di Ladang FELDA Palong 21 di sini, jam 8.30 pagi, Ahad lalu.

Katanya, lelaki itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati dua lembu miliknya dipotong kepada tiga bahagian dan isi perut haiwan ternakan itu dikeluarkan sebelum sebahagian daging dilapah.

"Kandangnya terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan besar. Siasatan polis mendapati dua ekor lembu itu dipercayai ditembak dengan senapang angin berikutan terdapat terdapat kesan lubang pada rusuk kiri kedua-dua lembu itu.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati seekor lembu milik mangsa turut hilang dari kandang," katanya tadi.

Menurutnya, mangsa memaklumkan ada membuat rondaan pada sebelah malam bagi memantau kes kecurian lembu.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ladang Gaddes pada jam 1.53 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Polis sedang mengesan suspek terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Masliza Saiman di talian 0194785201," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial gambar lembu yang dipotong kepada beberapa bahagian dipercayai dilakukan oleh pencuri lembu.

Disiarkan pada: Mei 6, 2021 @ 6:13pm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-