Wednesday, May 5, 2021

Wujud Pakatan Sulit UMNO-PH Angkat Anwar Jadi PM

BERITA
By MT Webmaster 
On May 5, 2021

(PN BBC PORTAL) – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Segambut, Mahathir Mohd Rais (gambar bawah), mendakwa wujud pakatan sulit antara pemimpin tertinggi dalam Pakatan Harapan (PH) dan UMNO untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Mahathir berkata perkara itu berdasarkan kenyataan dibuat Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, yang berbunyi;

“Apa yang telah diputuskan ialah Datuk Seri Anwar adalah calon PM bagi Pakatan Harapan. Jadi kami memberi tawaran yang jelas kepada rakyat , jika kami gagal mendapat kerusi majoriti memerintah sudah tentu akan ada kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO…”

Tegasnya, kenyataan Loke berkenaan menguatkan persoalan sama ada wujud persefahaman sulit untuk membentuk jajaran baru dalam khemah besar yang didominasi oleh DAP.

“Kita sedia maklum bahawa sebelum ini pernah tular sepucuk surat daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan taat setia beliau selaku Presiden UMNO untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Surat ini dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak pernah ditarik balik oleh Ahmad Zahid.

“Kelihatan seolah-olah usaha mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri, dengan sokongan DAP adalah satu usaha yang serius tetapi secara senyap dan rahsia,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mahathir berkata, sekarang DAP pula mengesahkan bahawa jika ada kerjasama dengan UMNO, maka calon Perdana Menteri bukanlah dari UMNO tetapi mesti Anwar.

Dalam pada itu dakwanya lagi, ada usaha untuk menyucikan imej DAP juga sedang giat dilakukan oleh kluster mahkamah dan kluster merungut, dengan rungutan-rungutan berterusan yang mencerminkan sokongan kepada pandangan dan desakan DAP.

“Saya berpandangan bahawa Perikatan Nasional jauh lebih telus dalam hal ini. Tidak ada sebarang rahsia bahawa calon Perdana Menteri dari PN ialah Muhyiddin Yassin.

“PN menawarkan seorang individu yang jelas istiqamah membantu rakyat setiap masa,” katanya.

Beliau berkata PN menawarkan kepimpinan Muhyiddin, iaitu seorang individu yang tidak pernah terpalit dengan sebarang isu atau masalah.

“Kami tidak perlukan sebarang persefahaman sulit kerana niat dan matlamat kami adalah jelas dan ikhlas semata-mata mahu menjaga nasib rakyat,” katanya.

4 comments:

  1. Diamlah lu PARASIT PENIPU si Bersatu NAZI BANGKAI ANJING!! Sengaja nak MENGALIH PERHATIAN dr. JENAYAH2 & KEGAGALAN rejim DIKTATOR muhyiddin/BERSATU Bangkai ANJING ni!!

    Tgk., TAK habis2 nak MENIPU & MEROMPAK Rakyat psl. VAKSIN Covid-19, yg. mmg. paling LEMBAP, dah diTANGGUHkan pula - kononnya sbb. TAK cukup bekalan!!

    Yg. TAK nak ambil VAKSIN2 dr. CHINA & RUSSIA dr. dulu lagi, apahal, mcm. yg. dah dibuat dgn. SEGERA & PANTAS, oleh KERAJAN2 ARAB, INDONESIA, AMERIKA SELATAN dll - sdgkan rejim2 PENGGANAS Zionis/Barat mmg. menSABOTAJ akan BEKALAN Vaksin BARAT/Zionis depa, kononnya TAK cukup & tak berkesan - tapi ini semua selepas lebih 100 JUTA Rakyat depa tetutamanya OMPUTIH2/puak2 ZIONIS, telah diVAKSINkan di BARAT/ISrael!!

    khairy PARASIT/rejim BERSATU Nazi - JANGAN sewenangnya asyik nak buat ALASAN2 PENIPU - apalagi utk. memVAKSINkan SEGERA Warga2 Asing/PATI2 demi MEMBELA Kedutaan2 ASING & MAJIKAN2 Industri2 KAYA RAYA, yg. TAMAK & TAK nak keluaq SESEN pun!!


    Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/kerajaan-kata-mereka-tak-pasti-fasa-3-pelan-vaksinasi-negara-boleh-bermula-pada-/10157868892555952/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes COVID-19 MENINGKAT tapi program VAKSIN punya LEMBAP - dan DARURAT boleh diTERUSkan, serta PRU15 terus boleh diTANGGUHkan hingga 2023 spt. yg. dimahukan azmin HOMO Perompak!!

      Ya, inilah disyaki MO amat JAHAT si rejim DIKTATOR muhyiddin-si nama PALSU (sampai PENGEDAR DADAH Sabah diBEBASkan sbb. nama PALSU ni) & parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI!!

      Di - http://permadumalaysia.blogspot.com/2021/05/covid-19-terus-melonjak-di-malaysia.html

      Delete
  2. Kluster Mahkamah & Merungut UMBO konon!! BANGKAI BABI lu ANJING2 Bersatu NAZI!!

    Mana SPRM utk. MENYIASAT si rejim NAZI DIKTATOR muhyiddin/parti PENYAMAQ bukan Pribumi, yg. diKUASAI si HOMO2 'bekas' PKR Parasit, BERSATU liberal NAZI - yg. diLAPURkan di REPOT POLIS menerima HABUAN $500 JUTA dr. antara PEROMPAK/PENSABOTAJ sebenaq IMDB/SRC, si PENGGANAS Zionis GOLDMAN SACHS, yg. diDALANGI oleh EMPAYAR ROTHSCHILD (utk. MEMERANGKAP dgn. amat KEJI, akan mantan PM AGUNG kita, YAM DS Najib & Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu lain kita dr. UMNO)?!!

    Dan kenapa, si BERSATU Nazi ni TAKUT nak buat REPOT POLIS - kalau berita ni TAK BENAQ?!!

    Di - https://www.sinarharian.com.my/article/129400/BERITA/Politik/Fitnah-bertujuan-cemar-imej-baik-Muhyiddin-Wan-Saiful

    ReplyDelete
  3. Toksahlah penulis nak jadi Batu API utk mengapi apikan orang.salah ker kalau mereka berpakat.jangan jadi bangang lah wahai penulis.cuba jadi cerdik.ni mesti tak belajar pandai.
    Rakyat dah muak dgn kerajaan PN.bila ambik dgn Cara tak betul.berkat Tu hilang.duit gaji yg dapat Tu boleh dikira haram.
    Wahai penulis,kamu ingat rakyat bodoh macam kamu ker..hanya orang bodoh jer percaya APA Yang kamu tulis.
    Kesian.ada gak manusia yg tak pandai macam kamu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-