Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, May 8, 2021

Rekod terbaru harga minyak sawit mentah Malaysia

harakahdaily
May 7, 2021


KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia telah mencecah RM4,652 setan semalam, kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, ia merupakan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.


“Ini merupakan kali kesembilan kenaikan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit direkodkan dalam tahun 2021,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.

Menurutnya, harga tertinggi sebelum ini ialah RM4,548.50 setan yang direkodkan pada 5 Mei lalu.

Beliau turut menyenaraikan kenaikan harga MSM sejak 15 Mac lalu sebagaimana berikut:

RM4,247.50 (15 Mac 2021)
RM4,270.00 (9 April 2021)
RM4,306.50 (21 April 2021)
RM4,376.50 (22 April 2021)
RM4,428.50 (23 April 2021)
RM4,502.00 (3 Mei 2021)
RM4,525.50 (4 Mei 2021)
RM4,548.50 (5 Mei 2021)
RM4,652.00 (6 Mei 2021)

Menurut beliau lagi, harga awalan MSM hari ini adalah RM4,753 bagi satu tan.

Dalam pada itu, katanya, buat pertama kali dalam sejarah harga buah tandan segar sawit di ladang melebihi RM1,000 pertan metrik.

“Moga tersenyumlah para peneroka dan pekebun kecil di kampung,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. 

HARAKAHDAILY 7/5/2021

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-