Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, May 1, 2021

Walaupun ‘sembang kencang’, realitinya Umno sudah jadi pembangkang

puteradaily.com

May 1, 2021 8:33 am

Kalau kita lihat coretan di media sosial oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO kebelakangan ini, sasaran mereka tidak lain ialah kerajaan PN itu sendiri.

Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Khaled Nordin, Ahmad Maslan dan Asyraf Wajdi Dusuki, sekadar menyebut beberapa nama, adalah mereka yang dilihat aktif mempertikai pelbagai aspek kegagalan kerajaan PN.

Paling aktif mengkritik dan menyerang kerajaan PN tentunya ialah Najib Razak, bekas Perdana Menteri.

Beberapa pemimpin UMNO lain yang berkedudukan sebagai Ahli MT dan Ketua Bahagian, turut tidak kurang aktif dan garangnya melakukan serangan yang sama.

Baik melibatkan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin atau berkaitan kelemahan beberapa menteri kerajaan PN, mereka selalunya tidak akan terlepas daripada kritikan pemimpin-pemimpin UMNO itu.

Tidak sekadar itu, pemain media sosial pro UMNO juga sama aktif menjadikan kerajaan PN dan Mahiaddin sebagai sasaran kritikan serta serangan mereka.

Realiti ini memperlihatkan, meskipun masih menyokong kerajaan PN sehingga suatu ketetapan lain dibuat berhubung kedudukan mereka dalam kerajaan PN, UMNO sebenarnya sudah pun secara tidak rasmi meletakkan dirinya sekarang ini sebagai pembangkang tanpa tauliah.

Ini juga bermakna usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah dimuktamadkan pada PAU2020 lalu adalah kata putus yang tidak mungkin boleh diundurkan lagi.

Ertinya bukan saja sia-sia bagi Bersatu jika terus mengharap untuk bekerjasama dengan UMNO, malah juga membuang masa kalau Pas terus dengan hasrat mahu menjadi orang tengah bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Dengan meletakkkan dirinya sebagai pembangkang itu, UMNO boleh dianggap telah bergabung dengan PH yang memang realitinya adalah pembangkang yang rasmi ketika ini.

Persoalannya sampai bila UMNO mahu jadi begini?

Maka itu, kerajaan PN sekarang sebenarnya bukan saja dianggap sangat lemah dan tiada sokongan, malah kedudukannya yang tiada majoriti itu tidak lagi sukar untuk difahami.

Kalau tak percaya dan Mahiaddin benar-benar seorang lelaki sejati, cubalah benarkan Parlimen bersidang kalau berani? 

| SDC

2 comments:

  1. JANGAN nak MENIPUlah kononnya, UMNO dah bergabung dgn. rejim PH Parasit/DAP bangkai ANJING - hanya kerana mengKRITIK rejim BERSATU bangkai NAZI?!! BANGANG betul!!

    ReplyDelete
  2. Mana SPRM utk. MENYIASAT si rejim NAZI DIKTATOR nuhyiddin/parti PENYAMAQ bukan Pribumi, yg. diKUASAI si HOMO2 'bekas' PKR Parasit, BERSATU liberal NAZI - yg. diLAPURkan di REPOT POLIS menerima HABUAN $500 JUTA dr. antara PEROMPAK/PENSABOTAJ sebenaq IMDB/SRC, si PENGGANAS Zionis GOLDMAN SACHS, yg. diDALANGI oleh EMPAYAR ROTHSCHILD (utk. MEMERANGKAP dgn. amat KEJI, akan mantan PM AGUNG kita, YAM DS Najib & Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu lain kita dr. UMNO)?!!

    Dan kenapa, si BERSATU Nazi ni TAKUT nak buat REPOT POLIS - kalau berita ni TAK BENAQ?!!

    Di - https://www.sinarharian.com.my/article/129400/BERITA/Politik/Fitnah-bertujuan-cemar-imej-baik-Muhyiddin-Wan-Saiful

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-