Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, May 1, 2021

PAS Johor mula sedar, dipermain rakan seperjuangan dalam pelantikan ahli majlis, ketua kampung

puteradaily.com

May 1, 2021 6:49 pm

PAS Johor hari ini secara terbuka menyatakan rasa tersisih mereka dalam isu pembahagian majlis kerajaan tempatan serta ketua kampung di negeri berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata setakat ini pelantikan ke jawatan itu di Muar, Simpang Renggam dan Kota Tinggi tiada seorang pun wakil PAS dipilih.

Katanya hal itu bercanggah dengan persetujuan dicapai di antara PAS dan kerajaan negeri sebelum ini.

“Sebelum itu, PAS Johor tidak dipanggil untuk mengadakan perbincangan bagi pelantikan ketua kampung di seluruh negeri yang menyaksikan PAS hanya diberikan sebanyak 36 (jawatan) yang mewakili hanya 5 peratus daripada keseluruhan ketua kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan pada tahun lalu. Ia digantikan dengan kerajaan baru diketuai Umno.

Di sebalik penyertaan besar-besaran PAS dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2018, parti itu hanya memenangi satu kerusi saja iaitu di Jorak.

Secara rasmi PAS adalah rakan kepada Umno selepas kedua-dua parti memeterai piagam Muafakat Nasional (MN). Namun pada masa sama PAS adalah anggota komponen kepada Perikatan Nasional (PN).

Ia berlaku ketika Umno tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu yang menjadi tulang belakang PN. Walaupun Umno baru-baru ini ‘memujuk’ PAS agar kembali ke pangkal jalan, namun parti itu bertegas mahu mengekalkan status quo mereka atas alasan demi perpaduan ummah.

Abdullah berkata apa yang berlaku sekarang menghantar isyarat yang salah kepada usaha memperkasa MN khususnya di Johor.

Katanya PAS Johor sentiasa terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan menteri besar dan exco yang berkaitan dengan kerajaan tempatan namun nampaknya ia tidak membuahkan hasil positif.

Selain itu kata Abdullah mereka juga menggunakan platform mesyuarat MN untuk membawa hasrat parti dan ia akhirnya “dipersetujui bersama” namun hasilnya sangat mendukacitakan.

“PAS Johor tetap berpegang kepada arahan presiden PAS supaya terus memperkasa MN dan mempertahan kerajaan PN namun sekiranya perkara ini tidak diperbaiki maka dibimbangi ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

 | MK

4 comments:

  1. Makin JIJIK bila PECAH TEMBELANG akhirnya - PAS PENIPU & PENYAMAQ selama ini, hanya memPERGUNAkan ISLAM/UMATnya utk. mendpt. kuasa POLITIK amat RAKUS depa!!

    Maka pi MAMPOSlah lu PAS SEWEL, parti ISLAM yg. lebih sibuk skrg. TERLOLONG nak kekalkan KUASA POLITIK rakus depa dlm. rejim PN, terutamanya MENTERI UNDG2 paling TAK GUNA tu - terus TAK PEDULI akan KEZALIMAN, KEBONGKAKAN, KERAKUSAN, KETAMAKAN, PENIPUAN, ROMPAKAN, FASISMA & RASISMA berterusan oleh Rejim DIKTATOR muhyiddin-si nama PALSU (sampai PENGEDAR DADAH Sabah diBEBASkan sbb. nama PALSU ni) & parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI!!

    Di -https://www.editormalaysia.com/22552/ - PAS dan Perikatan Nasional gagal bela Islam......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni SEKOQ lagi yg. patut juga dah MAMPOS kat IJN tu!! BENCI betul ULAQ PENYAMAQ2 Zionis yg. memPERGUNAkan ISLAM/UMATnya, mcm. si 'ulama' PAS ni!!

      Di - https://malaysiadateline.com/sehari-selepas-masuk-ijn-hadi-tegur-makhluk-perosak-berbelanja-besar-untuk-perang-siber/

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-