Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, June 22, 2021

Keputusan besar dibuat secara bersama, kata Ahmad Maslan

FMT Reporters
-June 22, 2021 8:58 PM

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

PETALING JAYA: Tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan untuk membuka semula Parlimen adalah keputusan besar dibuat secara bersama, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Menerusi catatan di Twitter, beliau berkata mesyuarat biro politik secara maya pada Ahad lalu itu dihadiri oleh 25 orang ahli parti kecuali naib presiden parti, Mahdzir Khalid yang kurang sihat.

Terdahulu, naib presiden parti itu, Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu adalah “pandangan” biro politik Umno, bukan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Katanya, sebarang keputusan muktamad mengenai sesuatu dasar perlu dibuat oleh MKT tetapi setakat ini badan tertinggi parti itu belum bermesyuarat membincangkan isu tersebut.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan bagi membuka Parlimen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-