Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Wednesday, February 19, 2025

'URA taktik halus singkir Melayu, India miskin keluar dari bandar'

malaysiakini.com
Haspaizi Zain & Zarrah Morden & Ili Aqilah
Diterbitkan: Feb 19, 2025 1:29 PM

PARLIMEN l Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) adalah taktik halus untuk menyingkirkan orang Melayu daripada terus menetap di kawasan bandar.

Sambil menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk menggubal akta baru, Tuan Ibrahim Tuan Man (PN- Kubang Kerian), berkata akta sedia ada telah memadai.
Tuan Ibrahim Tuan Man
"Tiada keperluan untuk wujudkan akta baru untuk pembangunan yang lebih penting demografi di kawasan bandar supaya tidak dimonopoli satu kaum.

"Bila akta ini diluluskan, kawasan tersebut akan dibangunkan semula, mereka yang sebelum ini beli rumah dengan harga lebih RM100,000, mereka tak mampu beli balik rumah dengan harga lebih RM500,000.

"Menteri jawab bank ada untuk bagi pinjaman… jadi menteri nak bagi kapitalis monopoli. Ini kaedah halus supaya mereka yang tak mampu (untuk) keluar dari bandar khususnya orang Melayu, India," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, sekumpulan NGO berkumpul di hadapan pintu masuk ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap URA kepada ahli Parlimen PN.

Memorandum yang ditandingi 31 NGO itu diserahkan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Mohd Zai Mustafa kepada Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin.
Pada 30 Okt tahun lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengingatkan pimpinan PAS “biar miskin harta, tapi jangan miskin minda”.

Mengulas dakwaan ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang bakal dibentangkan tahun depan bakal menindas golongan Melayu bandar, dia juga menasihatkan pimpinan PAS agar meninggalkan sikap asabiyyah mereka.

“Saya nak gesa ahli parlimen daripada PAS, sila tinggalkan sikap asabiyyah sedemikian.

“Bak kata pepatah Melayu, boleh miskin harta jangan miskin minda,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.
Nga Kor Ming
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata ahli Parlimen PN akan menentang akta berkenaan yang jelas boleh menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.

Katanya, pindaan akta itu ke arah untuk mewujudkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akhirnya dikuasai oleh satu kaum sahaja.

"Dia (URA) ke arah bina pilihan raya PBT yang akan dimonopoli oleh satu kaum, kita akan menentang akta ini, kalau diluluskan akan timbul masalah lebih besar," katanya lagi.

Sementara itu, Ahmad Amzad dalam sidang media sama berkata akta itu jika diluluskan akan menggugat hak pemilikan tanah dalam bandar.

Katanya, jika sebelum ini ia memerlukan persetujuan 100 peratus pemilik untuk membolehkan rumah ataupun tanah di sesuatu kawasan diambil bagi tujuan pembangunan.

"Sebelum ini (melalui) akta tanah sebelum ini perlu mendapat persetujuan 100 peratus...akta yang ada kini dalam keadaan tertentu persetujuan 51 peratus sudah boleh dijalankan dalam beberapa kategori.

"(Namun) secara had umum memerlukan 75 peratus (ini) mengancam mereka yang duduk dalam bandar," katanya.

Sunday, July 21, 2024

'Qunut Nazilah ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza kenapa ada yang terasa' - Wan Ahmad Fayhsal

bharian.com.my
Oleh Essa Abu Yamin 
essabuyamin@bh.com.my
Julai 21, 2024 @ 1:57pm
Reaksi Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika mendengar usul tentang penggantungan beliau daripada sidang Parlimen selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Julai lalu di Bangunan Parlimen, pada 18 Julai lalu.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, menafikan Qunut Nazilah yang dibacakan oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, ditujukan kepada pemimpin kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, doa yang dibacakan itu ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza, Palestin seperti syarikat BlackRock.

"Saya ada di Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail, membacakan Doa Qunut Nazilah.

"Beliau tidak tujukan kepada kerajaan Perpaduan, apatah lagi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul atau Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilaporkan memandang serius mengenai bacaan Qunut Nazilah oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, doa itu adalah bersifat umum dan tidak khusus kepada seteru politik seperti didakwa menteri berkenaan dan turut mempersoalkan mengapa menteri terbabit terasa dengan doa yang dibacakan berkenaan.

"Ingat prinsip usul fiqh dalam membuat penghakiman: al-hukm 'ala shay' far'un 'an tasawwurihi (membuat hukum ke atas sesuatu perkara mestilah dibuat selepas mendapat gambaran penuh tentang perkara itu.

"Nampaknya Menteri Dalam Negeri ini cepat bersangka buruk dalam soal ini. Jangan risau kami bukan Khawarij seperti yang kamu cuba momokkan!", katanya.

Kelmarin, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR menyifatkan bacaan doa itu sebagai satu dasar politik yang melampau dan harus ditolak biar pun terdapat perbezaan fahaman politik antara kerajaan dan pembangkang.

Katanya, perbuatan membaca Qunut Nazilah terhadap musuh politik juga tidak menggambarkan akhlak politik Islam.

"Semalam (Khamis lalu) Ahli Parlimen Jasin (Zulkifli) membaca Qunut Nazilah terhadap lawan politiknya. Ini bukannya akhlak politik Islam, jauh sekali hendak kata ini ajaran Islam.

"Dibacakan dalam Dewan Rakyat, jelas beliau (Zulkifli) cuba berselindung di sebalik imuniti Parlimen," katanya ketika sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin.

Khamis lalu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua ARMADA BERSATU digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan, dengan diiringi bacaan qunut nazilah oleh sebahagian Ahli Parlimen pembangkang lain.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) dalam satu kenyataan menasihatkan masyarakat supaya mengelak membaca qunut nazilah ke atas mana-mana orang Islam kerana ia dikhuatiri akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.

Katanya, ia kerana bacaan doa itu ke atas orang Islam, sama ada musuh atau lawan sesama muslim tidak dibolehkan dalam apa-apa juga keadaan.

Selain itu, katanya, perbuatan sama tidak dibolehkan sekiranya Qunut Nazilah dibacakan ke atas orang Islam semata-mata kerana perselisihan faham atau pandangan yang biasa berlaku dalam politik dan seumpamanya.

Wednesday, July 10, 2024

Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak

malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Jul 10, 2024 5:48 PM
Keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu boleh membawa kesan yang buruk kepada kerajaan.

Ini kerana peraturan yang digunakan Bersatu dalam usaha mengosongkan kerusi tersebut adalah sama dengan kaedah yang turut dilaksanakan DAP, Amanah dan Umno.

Dalam surat Johari kepada Bersatu yang dilihat Malaysiakini, dia menyatakan peraturan Bersatu - yang membatalkan keanggotaan ahli yang bertentangan dengan parti - bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Parlimen yang menjamin kebebasan ahli Parlimen untuk bersuara, berbahas dan mengundi.

Keputusan itu menetapkan duluan yang boleh menjadikan peraturan serupa yang dikenakan parti lain juga tidak terpakai.

Justeru, sepertimana enam bekas ahli Parlimen Bersatu menukar sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ahli parlimen kerajaan juga boleh menarik balik sokongan mereka terhadap Anwar atau mengundi menolak rang undang-undang (RUU) yang dibawa kerajaan.
Secara teori, dengan sokongan enam ahli Parlimen itu, Anwar memiliki sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Namun, sejak kerajaan persekutuan ditubuhkan, ada dakwaan wujudnya kalangan ahli Parlimen dalam Umno dan BN yang tidak setuju dengan keputusan Ahmad Zahid Hamidi - iaitu pengerusi BN dan presiden Umno - untuk menyokong Anwar sebagai perdana Menteri.

Sementara keretakan dalam BN tidak memadai untuk menyebabkan Anwar hilang majoriti, ia berisiko menggugat keyakinan komponen lain dalam kerajaan, seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), terhadap Anwar.

Duluan tidak baik

Satu lagi duluan yang dibuat Johari adalah mana-mana ahli Parlimen yang mungkin melanggar Akta Anti Lompat Parti, boleh menangguhkan keputusan terhadapnya dengan memfailkan tindakan mahkamah terhadap partinya.

Itu merupakan keputusan yang dibuat Johari ke atas Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman.

Dalam suratnya, Johari berkata dia tidak mahu mengganggu proses mahkamah menerusi keputusan yang dibuatnya.

Selain Suhaili, lima lagi bekas ahli Parlimen Bersatu tersebut adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

[Baca berita asal]

Tuesday, July 9, 2024

Tak payah sampai berlari untuk dapat peruntukan, kata PM

malaysiakini.com
Zarrah Morden & Ili Aqilah
Diterbitkan: Jul 9, 2024 11:11 AM
PARLIMEN | Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu usaha meluluskan peruntukan kewangan kepada ahli parlimen pembangkang tidaklah sesulit yang digambarkan mereka.

Memberitahu Dewan Rakyat yang dia diserang dan didakwa zalim walaupun penjelasan mengenainya sudah dibuat berulang kali, Anwar berkata amalan memberikan peruntukan sekata kepada pihak pembangkang memang menjadi amalan negara demokrasi.

Apa yang berlaku ketika ini, kata ahli parlimen Tambun itu, ialah ia mesti dilakuklan mengikut proses yang ada.

"Saya dah beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri Kedua (Fadillah Yusof) untuk mengadakan perbincangan, dan tak ada syarat mesti sokong perdana menteri (sebelum dapat peruntuan).

"Tak ada... tak ada syarat itu. Saya tak pernah kenalkan syarat itu," katanya.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan dikemukakan Awang Hashim (PN-Pendang) yang memberitahu bahawa setiap negara demokrasi menyediakan peruntukan kepada pembangkang melalui proses rundingan.

Anwar menambah apa yang perlu dilakukan oleh pihak pembangkang ialah mengadakan rundingan sewajarnya, dan ia pernah dilakukan oleh PH semasa parti itu menjadi pembangkang sebelum ini.

Kata perdana menteri ketika itu mereka mengadakan siri rundingan dengan Ismail Sabri Yaakob sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Jadi saya menyeru pada YB Pendang (Awang), kalau boleh, sampaikan kepada semua wakil parti dan segerakanlah perbincangan supaya hari ini isu ini tidak jadi lagi isu yang akan memanaskan suhu di dewan ini.

"Tak payah berlari, berjoging, tak payah. Ini (perlu) runding saja, bincang saja - selesai," katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, untuk rekod Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila melakukan larian sejauh kira-kira 200km bagi membangkitkan isu peruntukan buat ahli parlimen pembangkang.

Dia yang kini menjadi ahli parlimen bebas berjaya mengumpul dana - yang disumbangkan oleh orang ramai - bernilai kira-kira RM160,000.

Di akhir larian tersebut, pada 1 Jul lalu Syed Saddiq disambut oleh ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat serta penyokong Muda.

Menanggapi isu tersebut, Fadillah pula enggan mengulas lanjut selain memberikan reaksi sinis apabila ditanya oleh media: “"Tunggu saya berlari dahulu."

Saturday, February 24, 2024

Bersih rancang berarak ke Parlimen Selasa ini

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 24, 2024 
Bersih akan berarak ke Parlimen pada Selasa ini bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi legislatif.

Dalam hantaran di media sosial, Bersih berkata demonstrasi itu merupakan aksi pertama kempen #Reformasi100Peratus mereka.

Dalam hantaran sebelumnya, gabungan itu berkata kempen itu akan membangkitkan mereka ingin "mengingatkan" kerajaan berkenaan tiga reformasi.

Pertama adalah untuk menambah baik perlindungan terhadap pemberi maklumat dan membuka akses terhadap maklumat kerajaan.

Kedua adalah had tempoh untuk jawatan perdana menteri, yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya PH.

Ketiga adalah berkenaan Akta Hasutan, selaras dengan janji pilihn raya PH untuk menyemak semula dan memansuhkan undang-undang yang dilihat zalim.

Kerajaan sebelum ini telah menubuhkan jawatankuasa untuk memilih dan menggabungkan manifesto parti-parti yang termasuk dalam kerajaan.

Bagaimanapun, hasil jawatankuasa itu tidak dibentangkan kepada umum setakat ini.

'Pakai hitam atau kuning'

Dalam hantaran hari ini, Bersih menggesa orang ramai untuk menyertai demonstrasi itu yang akan bermula di Tugu Negara pada jam lapan pagi Selasa ini, dengan mengenakan pakaian berwarna hitam atau kuning.

Timbalan Pengerusi Bersih Wong Yan Ke mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa mereka merancang untuk berarak ke Parlimen dan menyerahkan memorandum berkenaan gesaan itu.

Dewan Rakyat akan memulakan sidang pertama untuk tahun ini pada Isnin ini, dengan Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menyampaikan titah diraja.

Friday, December 8, 2023

DAP akan menang 63 kerusi PRU16, dominasi Parlimen

harakahdaily.com
December 7, 2023

Umno mesti berperanan halang persempadanan semula secara terpilih
KUALA LUMPUR: DAP akan boleh menang dengan selesa ke atas 63 kerusi Parlimen pada PRU16 sekiranya berlaku persempadanan semula secara terpilih, demikian kata Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim.

Menurutnya, idea daripada DAP itu disebut ‘terpilih’ kerana akan melibatkan kawasan-kawasan bandar yang padat penduduk di mana terdapat 29 kawasan Parlimen seperti itu di seluruh negara.

Jelas beliau, sekiranya persempadanan semula secara terpilih tersebut dilaksanakan di 29 kawasan Parlimen itu, akan timbul 30 kawasan Parlimen baharu hasil pecahan kepada 70,000 pengundi bagi setiap Parlimen.

Beritahunya, pada ketika ini iaitu hasil keputusan pada PRU15 lalu, daripada 29 kerusi Parlimen tersebut, terdapat 11 kawasan seperti itu sudahpun dikuasai DAP, 14 lagi daripada PKR dan empat lagi oleh PAN.

“Jadi bermakna daripada 29 kawasan (Parlimen) bandar ini, bila dipecahkan setiap 70,000 (pengundi) itu seorang wakil rakyat, maka akan lahirlah nanti (tambahan) 30 kawasan (Parlimen) baharu.

“(Sebanyak) 23 dari 30 (kerusi) itu akan didominasi dimiliki oleh DAP. Jadi bermakna sekarang DAP di Parlimen ada 40 (kerusi), PRU16 nanti tambah 23 bermakna DAP akan menang selesa pada PRU16 sebanyak 63 kerusi Parlimen,” ujarnya dalam hantaran di akaun TikTok beliau.

Katanya, ketika itu sudah terlambat bagi Malaysia walaupun ada Perlembagaan dan sebagainya termasuk para pemimpin Islam, tetapi Melayu dalam Parlimen sudah menjadi minoriti.

Menurut beliau, DAP akan menjadi penentu kepada corak dan langkah politik akan datang yang sepatutnya bimbang dan dengan sebab itu idea sempadan semula ini perlu dihalang dan disekat dari sekarang.

“Siapakah orang yang layak? Yang mampu, yang tepat pada masanya, tepat pada peranannya untuk menggagalkan perancangan persempadanan semula secara terpilih ini? Tidak lain tidak bukan ialah Umno.

“Umno ada 26 kerusi daripada 30 dalam BN itu sendiri. Apabila telah pun dibuat satu kertas kerja dan melalui proses-proses kepada Yang di-Pertuan Agong, tapi (kemudiannya) akan melalui satu proses dibincangkan dalam Parlimen.

“Untuk meluluskan strategi, persempadanan semula akan dibincangkan oleh Parlimen. Apabila dua pertiga (majoriti) di Parlimen menyetujuinya, maka ia akan terlaksana. Jadi bagi saya untuk menggagalkan pelaksana persempadanan ini Umno-lah,” ujarnya.

Desaknya, Umno sepatutnya berperanan untuk menggagalkan perancangan tersebut, tetapi jika Umno gagal untuk menyekat perancang ini, maka parti itu adalah pengkhianat kepada kuasa orang Melayu yang hancur di negara ini.

“Sebab 63 Parlimen yang akan dimiliki oleh DAP pada PRU16 bukan angka yang kecil, ia angka yang besar dan waktu itu kita sudah terlambat. Ingat persempadanan semula ini sedikit lagi hendak berjaya. Kita bukan ada masa yang lama.

“Dia akan berjaya kalau sekiranya Umno menjadi penyokong dan boleh ditunggang oleh DAP bagi menjayakan perancangan persempadanan semula ini. Saya tekankan lagi sekali bahawasanya Umno mesti menjadi penghalang utama.

“Umno mesti menggagalkan persempadanan semula itu daripada Parlimen yang boleh mencapai dua pertiga. Ini peranan yang penting untuk Umno dan kalau Umno tidak memainkan peranan maka Umno adalah parti pengkhianat yang utama sepanjang zaman,” ujarnya.

 – HARAKAHDAILY 7/12/2023

Friday, September 22, 2023

Mansuh pencen ahli politik: Ada MP anggap pakar ekonomi hipokrit

malaysiakini.com
Isabelle Leong & Yasmin Ramlan
Diterbitkan: Sep 22, 2023 9:30 AM
Cadangan memansuhkan pencen untuk semua menteri dan ahli parlimen tidak disambut baik oleh sesetengah ahli parlimen dengan menganggap langkah tersebut tidak adil.

Malaysiakini cuba mendapatkan maklum balas dari 26 daripada 222 ahli parlimen dari blok pembangkang dan kerajaan, namun hanya dua daripada mereka - Teresa Kok (Seputeh) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) rela untuk mendedahkan identiti masing-masing.

Kok yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut berpendapat ahli parlimen juga berkhidmat sama seperti penjawat awam yang lain dan wajar mendapat pencen seperti mereka.

Dia memberi contoh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen sejak 1969 - sebelum bersara pada 2022 - walaupun bukan secara berterusan.

Selain Lim, satu lagi contoh diberikan Kok ialah veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang memulakan khidmatnya sebagai wakil rakyat di Kelantan pada 1969.

“Kami (ahli parlimen) juga penjawat awam. Saya telah berkhidmat sebagai MP selama 23 tahun, sepenuh masa.

"Jika dibandingkan dengan kebanyakan penjawat awam, kami juga bekerja keras seperti mereka dan kebanyakan MP berkhidmat siang dan malam - termasuk pada hujung minggu.

"Ini semua adalah satu khidmat awam.

“Lainlah kalau kamu nak cadangkan supaya hapuskan skim pencen kepada semua (termasuk penjawat awam). Kalau tak kenapa nak sasarkan kepada ahli politik sahaja?” soalnya.
Teresa Kok
Bagaimanapun, bekas menteri itu memberi pengecualian buat ahli parlimen yang mempunyai lebih daripada satu skim pencen selepas menyandang beberapa jawatan.

“Saya tak setuju bagi mereka yang dapat banyak sangat pencen,” katanya.

Pada 20 Sept, bekas penasihat ekonomi perdana menteri, Muhammed Abdul Khalid menyarankan agar semua menteri dan ahli parlimen 'diajar' untuk merasai kesempitan hidup seperti dilalui orang kebanyakan dengan membatalkan pencen mereka.

Selepas pencen dimansuhkan, Muhammed berpendapat mereka wajar dimasukkan ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti orang lain.

Dia menjadikan langkah kerajaan sebelum ini membenarkan pencarum mengeluarkan wang masing-masing dari KWSP sebagai kesilapan terbesar dalam sejarah negara kerana menjerumuskan ramai orang ke kancah kemiskinan.

Anggap Muhammed tak adil

Pakar ekonomi itu berkata, walaupun begitu kesempitan hidup dihadapi rakyat tidak dirasai oleh menteri dan ahli parlimen kerana mereka mendapat banyak kelebihan.

Bahkan Muhammed menyarankan agar menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Abdul Aziz, dihukum kerana membenarkan pengeluaran tersebut.

Sementara itu seorang ahli parlimen yang enggan didedahkan identitinya berkata dia tidak menyokong idea Muhammed memandangkan jawatan ahli parlimen bukanlah pekerjaan tetap dan berterusan.

“Jawatan MP bukan kerja tetap, tanpa jaminan pekerjaan (akan berterusan). Dan pencen bukannya akan dapat selepas seseorang itu tidak lagi menjadi MP, tetapi dia perlu menunggu sehingga berusia 55 tahun.

“Saya rasa dia (Muhammed) seorang yang hipokrit apabila mencadangkan idea sebegitu.

"Tanya dia berapa banyak yang negara dapat jimat dengan menggantikan KWSP dengan skim pencen?” soal ahli parlimen yang kini berkhidmat untuk penggal kedua itu.
Muhammed Abdul Khalid
Menurutnya, beban terbesar ditanggung kerajaan adalah pencen untuk penjawat awam tetapi Muhammed enggan menyentuh manfaat yang dinikmati oleh mereka kerana mendakwa ia hanya akan memakan diri sendiri.

“Habis tu kenapa dia (Muhammed) tak berikan nasihat sedemikian kepada perdana menteri terdahulu (Dr Mahathir Mohamad) ketika dia jadi penasihat ekonomi perdana menteri?” katanya.

Seorang lagi ahli parlimen dari blok kerajaan yang meminta untuk tidak dinamakan berkata perkara yang dihadapi ketika ini adalah jauh lebih kompleks berbanding membangkitkan isu pencen ahli politik.

Ahli parlimen penggal pertama itu juga menekankan tentang kepentingan kajian mengenai selok-belok dan kerumitan jawatan awam yang akan dijalankan.

“Ia bukan satu isu yang boleh ditangani dengan penyelesaian yang sama untuk semua,” katanya kepada Malaysiakini.

Pencen bertingkat-tingkat

Wan Ahmad Fayhsal pula secara peribadi bersetuju dengan cadangan Muhammed dan berpendapat ia wajar dibahaskan di parlimen untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.

“Sebabnya, saya tak nafikan Dr Muhammed tu bagus tapi bukan semua ahli parlimen kaya.

"Ramai antara mereka datang daripada golongan guru, jadi mereka tinggalkan banyak pekerjaan asal mereka.

“Saya bukan kata tak setuju, saya secara peribadi setuju, tapi saya tak pasti macam mana rakan-rakan yang lain.

"Ia (keputusan ni) perlukan (persetujuan) kolektif - persetujuan daripada ahli parlimen lain. Kalau perlu, bawak untuk dibincang dan dibahaskan,” kata ketua Pemuda Bersatu itu lagi.

Cadangan Muhammed bagaimanapun disambut baik oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang memberitahu jumlah pencen yang diperolehi ahli politik jauh lebih banyak daripada penjawat awam yang telah berkhidmat berpuluh-puluh tahun.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
“Saya setuju 100 peratus dengan cadangan tiada pencen untuk ahli politik... termasuk (ke atas) saya.

“Sekarang ini pencen ahli politik lagi berganda (lebih besar) daripada penjawat awam yang berkhidmat puluhan tahun. Ahli politik masuk pejabat, terus dapat pencen seumur hidup.

“Pencen yang (dapat) bertingkat-tingkat pula. Menteri, MP, Adun... macam-macam jawatan. Wajar cadangan letak (ahli politik) di bawah KWSP sama seperti rakyat biasa,” tulisnya di media sosial.

Saturday, August 12, 2023

Pas pertahan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

satuberita.my
By Admin
-August 12, 2023
Datuk Ahmad Amzad Hashim menyantuni pengundi

CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Amzad Hashim berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila mendahului pencabarnya, Azan Ismail daripada PH pada pilihan raya kecil (PRK), hari ini.

Sehingga pukul 9 malam, Ahmad Amzad memperoleh undi sebanyak 26,791 undi, manakala Azan hanya 8,115 undi, lapor Berita Harian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 40,907 undi.

PRK Kuala Terengganu terpaksa diadakan serentak dengan Pilihan Raya negeri (PRN) selepas mahkamah pilihan raya membatalkan kemenangan Ahmad Amzad atas dakwaan sogokan.

Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memperoleh sebanyak 63,016 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Zubir (22,109 undi), calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi) dan calon PH, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi).

Tuesday, March 14, 2023

4.11 peratus penjawat awam berbangsa India - Armizan

malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Mar 14, 2023 8:39 AM
PARLIMEN l Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kira-kira 4.11 peratus daripada lebih satu juta pegawai dan kakitangan dalam sektor perkhidmatan awam adalah kaum India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Fungsi Khas) Armizan Mohd Ali berkata ini mengikut data kakitangan jawatan berwaran, tidak termasuk dalam pasukan tentera dan polis.

“Jumlah bilangan pegawai dan kakitangan kaum India yang berkhidmat dalam sektor awam sehingga 31 Disember tahun lalu adalah seramai 41,117 daripada jumlah keseluruhan penjawat awam berjumlah 1,001,012.

“Data perjawatan ini adalah berdasarkan jawatan berwaran, tidak termasuk polis dan tentera, dan tertakluk kepada pengemaskinian oleh pengguna dan pegawai,” kata Armizan.
M Saravanan (BN-Tapah)
Menteri itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada M Saravanan (BN-Tapah) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah pegawai dan kakitangan India yang sedang berkhidmat dalam sektor awam dan peratusannya berbanding jumlah penjawat awam.

Bagaimanapun, Armizan, dalam jawapan ringkas itu, tidak menjelaskan secara terperinci peratusan kaum-kaum lain dalam perkhidmatan awam.

Pada Februari lalu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy melalui media sosial mencadangkan bahawa supaya perkhidmatan awam Malaysia menjalani reformasi.
P Ramasamy
Sambil menggesa perdana menteri supaya mereformasikan perkhidmatan awam, katanya Anwar Ibrahim perlu menyedari keperluan untuk memecahkan dasar monopoli kaum tertentu semasa era kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan tidak akan mengambil kira gesaan dan pandangan Ramasamy mengenai dasar dominasi kaum tertentu kerana ia adalah pandangan peribadi dan kerajaan tidak melihat perkara itu sebagai satu isu.

Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) pula menegaskan tiada diskriminasi kaum dalam pengambilan penjawat awam di negara ini dan rakyat di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan dalam persaingan terbuka dan adil.

SPA berkata kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus dan berdasarkan merit serta kecekapan calon, sambil menambah tiada kuota pengambilan pekerja ditetapkan untuk sesuatu kaum atau etnik.

[Baca berita asal]

Friday, February 10, 2023

Wakil rakyat PKR tuntut Anwar tunai janji letak SPRM bawah Parlimen

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin dan Joel Shasitiran
-February 10, 2023 8:00 AM
PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat PKR menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah bidang kuasa Parlimen, seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan sejak PRU14.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, memberi amaran rakyat tidak akan mengambil serius ikrar Pakatan Harapan sekiranya kerajaan perpaduan yang dianggotainya tidak tunaikan janji itu.

“Tak elok apabila dah menang lupakan janji. Mungkir janji sekali, sampai bila-bila rakyat tak percaya lagi,” katanya kepada FMT.

Hassan mengingatkan bahawa Anwar sering bercakap tentang tadbir urus dan tata kelola kerajaan yang baik, serta membanteras rasuah, ketirisan, dan pecah amanah.

“Cakap-cakap itu tidak ada makna jika reformasi tidak dilakukan,” katanya.

Hassan salah seorang ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dilantik Agong bagi tempoh 2021-2024. Jawatankuasa itu diberi peranan untuk menasihati perdana menteri mengenai aspek masalah rasuah dan memeriksa laporan tahunan SPRM, antara lain.

“Maka saya tanpa kompromi menuntut Anwar dan kerajaan perpaduan pimpinannya supaya memenuhi janji PH dalam manifesto pilihan rayanya,” katanya.

Hassan mengulas kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa kerajaan sehingga kini belum berbincang untuk meletakkan SPRM bawah bidang kuasa Parlimen.

Menteri itu ditanya sama ada kerajaan bercadang untuk meletakkan SPRM bawah Parlimen selepas Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, menuduh Putrajaya menggunakan badan anti-rasuah itu sebagai alat politik.

Selepas SPRM membekukan akaun Bersatu baru-baru ini, Hamzah mendakwa, tindakan itu bertujuan memusnahkan kredibiliti parti dan Perikatan Nasional (PN).

Sunday, January 1, 2023

Kerajaan PH-BN sekat peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang

agendaily.com
01/01/2023
Data dipetik daripada laporan laman sesawang dapmalaysia.org/peruntukan/

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menghentikan peruntukan kepada ahli Parlimen (MP) pembangkang yang pernah diberikan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

Sambil menyifatkan tindakan itu tidak adil kepada rakyat yang memberi sokongan kepada Perikatan Nasional, beliau bagaimanapun berkata MP pembangkang akan memastikan isu berkaitan peruntukan itu dapat diselesaikan.

“Di Parlimen, (kita memang) lain. Walaupun nama Kerajaan Perpaduan, tetapi kami ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional tidak dapat peruntukan, manakala Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dapat peruntukan.

“Itu sudah ‘sesuatu’, bak kata (Allahyarham) P. Ramlee: ‘ini tidak adil!’ Bagaimanapun kita akan bincang perkara ini berterusan dan dapat manfaatkan semua pihak,” kata Shahidan pada sidang media selepas pelancaran Pertubuhan Perpaduan Ummah di Pusat Khidmat Parlimen Arau, Kubang Gajah semalam (31 Disember 2022) menurut Awani.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan diterajui sama ada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional terus memberi peruntukan kepada MP pembangkang untuk projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, amalan itu disekat ketika kali pertama PH memerintah pada 2018 apabila MP pembangkang hanya menerima RM100,000 untuk Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen, berbanding RM500,000 dan RM200,000 diterima MP yang menyokong kerajaan.

Ketika Perikatan Nasional diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih Kerajaan Persekutuan, peruntukan kepada MP pembangkang ditambah. Ini terbukti dengan laporan penggunaan peruntukan setiap MP DAP untuk kepentingan rakyat, terutamanya di kawasan yang mereka berkhidmat.

Menurut laporan dikeluarkan DAP bagi 2021 dan 2022, elaun dan peruntukan sama rata diberikan kepada MP kerajaan dan pembangkang.

Setiap ahli Parlimen diperuntukkan sejumlah tertentu (RM500,000 untuk ‘Outright Grant’ dan RM1 juta untuk Projek Mesra Rakyat) oleh Kerajaan Persekutuan, yang akan dibelanjakan untuk memperbaiki kawasan pilihan raya mereka sendiri, termasuk tujuan pembangunan atau untuk diberikan sebagai geran atau derma kepada NGO atau persatuan lain dalam kawasan mereka.

Antara lain, bagi Projek Mesra Rakyat (PMR), MP DAP telah membelanjakan peruntukan tersebut untuk 324 buah projek. Sejumlah RM11,192,753 dibelanjakan bagi sekolah dan bidang pendidikan, termasuk membaiki/ menaik taraf kemudahan asas, membeli bekalan untuk mengajar dan sebagainya.

Awal Disember lalu, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khiruddin menyatakan bahawa kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang boleh dilaksanakan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengutamakan pemberian peruntukan Ahli Parlimen dengan sama rata.

Ahli Parlimen Jerantut itu menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, perkara berkenaan merupakan antara janji termaktub dalam manifesto PH, yang kini menerajui Kerajaan Persekutuan.

Thursday, December 29, 2022

Kuasa Melayu hilang selamanya jika PH laksana ‘gerrymandering’

agendaily.com
29/12/2022
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji akan mengatasi isu ketidakseimbangan (malapportionment) saiz pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya di Malaysia. Untuk itu, had sisihan sebanyak 30 peratus daripada purata saiz populasi pengundi akan ditetapkan bagi setiap kawasan pilihan raya.

Ini adalah selaras dengan amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum ini sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang mudah, jumlah pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya akan ditentukan supaya tidak lebih atau kurang 30 peratus daripada saiz purata pengundi yang sepatutnya bagi setiap kawasan pilihan raya.

Sebagai contoh, Malaysia mempunyai 21 juta pengundi dengan 222 kawasan Parlimen. Maka saiz purata pengundi yang ideal bagi setiap kawasan Parlimen ialah 94,600 orang.

Jika formula sisihan 30 peratus diguna pakai, bermakna jumlah pengundi maksima yang boleh diterima bagi setiap kawasan pilihan raya ialah 125,800 orang (30 peratus melebihi saiz purata) dan saiz minima pula ialah 62,436 orang (30 peratus kurang daripada saiz purata).

Jumlah pengundi di satu kawasan pilihan raya yang lebih daripada jumlah maksima atau kurang daripada jumlah minima akan dikira sebagai tidak seimbang.

Masalah ‘malapportionment’ telah berlaku sejak sekian lama sehinggakan ada kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi melebihi saiz sisihan maksima 30 peratus secara melampau.

Sebagai contoh, Bangi mempunyai pengundi seramai 302,786 orang atau 320 peratus lebih tinggi daripada jumlah purata pengundi yang sepatutnya. Oleh itu, jumlah pengundi di Parlimen Bangi dikira sebagai tidak seimbang.

Untuk memperbetulkan masalah ketidakseimbangan ini, Parlimen Bangi mungkin boleh dipecahkan kepada tiga kawasan Parlimen, menjadikan pengundi bagi setiap kawasan berjumlah lebih kurang 106,000 orang, iaitu dalam julat sisihan 30 peratus. Ini kiraan secara kasar tanpa mengambil kira jumlah purata pengundi yang akan berubah apabila berlaku pertambahan kerusi.

Untuk memahami skala masalah ketidakseimbangan secara lebih menyeluruh, saya senaraikan kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi melebihi nilai sisihan 30 peratus berdasarkan kiraan jumlah kerusi Parlimen semasa di Semenanjung Malaysia. Saya pecahkan kerusi-kerusi ini mengikut parti yang menang dalam PRU-15 yang lalu.

Kerusi yang dimenangi oleh PH/DAP (11):
Klang – 208,854
Damansara – 238,287
Puchong – 152,598
Bangi – 302,786
Rasah – 155,736
Seremban – 157,238
Kota Melaka – 164,140
Kluang – 132,342
Iskandar Putri – 222,050
Kulai – 151,082
Gopeng – 143,657

Kerusi yang diemangi oleh PH/PKR (14):
Sungai Petani – 168,831
Tambun – 160,558
Shah Alam – 165, 287
Sungai Buloh – 158,090
Petaling Jaya – 195,264
Subang – 230,616
Pandan – 148,635
Ampang – 133,381
Gombak – 205,537
Selayang – 181,187
Batu Pahat – 133,997
Tebrau – 223,837
Pasir Gudang – 197,888
Johor Bahru – 136,504

Kerusi yang dimenangi oleh PH/AMANAH (4):
Kota Raja – 244,159
Sepang – 167,579
Hulu Langat – 166,582
Pulai – 165,217

Kerusi yang dimenangi oleh PN/BERSATU (2):
Padang Serai – 133,867
Merbok – 132,052

Kerusi yang dimenangi oleh PN/PAS (7):
Hulu Selangor – 154,212
Kapar – 188,971
Kuala Langat – 148,446
Kemaman – 139,423
Marang – 131,756
Baling – 132,182
Kuala Kedah – 132,553

Kerusi yang dimenangi oleh UMNO/BN (1):
Rembau – 133,416

Jika dijumlahkan, PH mempunyai 29 kerusi tidak seimbang, PN (9 kerusi) dan BN (1 kerusi). Katakan secara kasarnya semua kawasan ini dipecah dua untuk menjadikan ianya lebih seimbang, kecuali Bangi dipecah tiga, maka PH akan mendapat tambahan 30 kerusi, PN (9) dan BN (1).

Jika semua faktor kekal sama dan diandaikan semua kerusi ‘incumbent’ yang dimenangi oleh parti-parti dalam PRU-15 dikira kerusi selamat bagi parti masing-masing, maka PH+MUDA akan mendapat 112 kerusi selamat (82+30), PN 83 kerusi selamat (74+9) dan BN 31 kerusi selamat (30+1).

Kiraan kasar ini tidak termasuk pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak dan jumlah kerusi di negeri yang sepatutnya berkadaran dengan peratus pengundi di negeri tersebut. Ia juga tidak mengambil kira formula perbezaan jumlah pengundi bandar dan luar bandar yang memberi kelebihan kepada kerusi-kerusi di luar bandar.

Tetapi tunggu dulu. Kerusi selamat bagi PH tidak semestinya 112. Ia mungkin lebih daripada itu. Kenapa? Kerana ada satu lagi faktor yang menyebelahi pihak kerajaan dalam proses persempadanan semula kawasan pilihan raya iaitu ‘gerrymandering’.

Apa itu ‘gerrymandering’?

Ia adalah satu bentuk teknik pecahan sempadan pilihan raya yang boleh dimanipulasi untuk memberi kelebihan kepada parti tertentu, terutamanya parti kerajaan. Ia boleh dilakukan melalui dua cara:

i. Pemecahan (cracking) – sempadan pilihan raya bagi kawasan yang dimenangi secara tipis oleh parti lawan diubah dengan mengeluarkan penyokong parti lawan ke kawasan lain.

ii. Penyumbatan (packing) – penyokong parti lawan dipindahkan keluar daripada kawasan-kawasan pilihan raya yang dimenangi tipis oleh parti lawan dan dimasukkan ke dalam satu kawasan pilihan raya kubu kuat parti lawan.

Sebagai contoh, PN menang kerusi Kuala Langat dengan majoriti 1,833 undi sahaja. Kaedah ‘cracking’ boleh digunakan dengan mengeluarkan sebahagian pengundi Melayu (yang lebih cenderung untuk mengundi PN) ke Kota Raja yang dimenangi oleh PH dengan majoriti besar, iaitu 71,142 undi.

Dengan cara ini, kerusi Kuala Langat tidak lagi selamat untuk PN. Kerusi Kota Raja pula kekal selamat untuk PH. Kemasukan sebahagian penyokong PN ke Kota Raja tidak menjejaskan kedudukan PH kerana kerusi itu dimenangi dengan majoriti yang besar.

Jikapun kerusi Kuala Langat yang disandang oleh PN dipecah dua, kedua-dua kerusi itu boleh menjadi kerusi selamat PH melalui kaedah “gerrymandering”. Ini bermakna dalam PRU-16 nanti, PH akan menambah dua kerusi selamat, manakala PN kehilangan satu kerusi ‘incumbent’.

Satu lagi contoh ialah Pontian. Kerusi ini dimenangi oleh UMNO/BN dengan majoriti 5,578 undi. Kerusi Pontian yang mempunyai 68 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina, 1 peratus India dan 1 peratus lain-lain mungkin tidak selamat untuk UMNO/BN jika parti itu menjadi sekutu PH dalam PRU-16.

Jika trend sentimen pengundi Melayu pasca PRU-15 berterusan, undi Melayu berkemungkinan beralih dengan lebih signifikan kepada PN.

Untuk menjadikan Pontian lebih selamat bagi PH atau sekutunya, sebahagian daripada pengundi Melayu yang cenderung untuk mengundi PN di Pontian boleh dipindah keluar ke Kulai, iaitu kawasan majoriti pengundi Cina yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti 36,023 undi.

Apabila ini dilakukan, peratusan pengundi Melayu akan berkurang dan peratusan pengundi Cina akan bertambah di Pontian. Jika UMNO bertanding sebagai sekutu PH di Pontian dalam PRU-16, parti itu akan bergantung kepada undi Cina (yang mana lebih 90% cenderung untuk mengundi PH atau sekutunya) untuk menang, sepertimana MCA sebelum ini bergantung kepada undi Melayu untuk menang. Itulah juga yang berlaku kepada Bersatu semasa parti itu berada di dalam PH.

Jika hal ini berlaku, landskap politik Malaysia mungkin akan berubah untuk suatu tempoh yang lama. Jika tidakpun, ia mungkin akan berubah buat selama-lamanya. Kuasa politik Melayu yang selama ini diwakili oleh parti-parti Melayu akan beransur hilang.

Pertembungan politik pada masa hadapan adalah antara PN yang mendominasi di kawasan majoriti Melayu luar bandar dan separa bandar, dan PH yang mendominasi kawasan majoriti bukan Melayu dan bandar. UMNO akan menjadi komponen kecil dalam sebuah gabungan politik yang didominasi oleh parti bukan Melayu dan pelbagai kaum.

Dengan proses urbanisasi yang lebih pesat dan pendaftaran pengundi secara automatik, jumlah pengundi akan bertambah dengan lebih banyak di kawasan-kawasan bandar. Berkemungkinan lebih banyak kerusi campuran (ethnically mixed seats) akan diwujudkan di kawasan bandar di mana pengundi Melayu walaupun jumlah mereka akan bertambah di kawasan ini, tetapi tidak menjadi pengundi majoriti bagi sesuatu kawasan Parlimen.

Ini boleh dilakukan melalui kaedah “gerrymandering”. Jadi setinggi mana pun peratus keluar mengundi orang Melayu, tidak akan mengembalikan kuasa politik Melayu.

Pemenang yang paling besar dalam permainan politik ini ialah PH. Kerana itu parti-parti di dalam PH rela untuk tidak mengaut untung jangka masa singkat pada masa ini, asalkan mereka dapat meraih laba politik jangka panjang.

DAP walaupun menang 40 kerusi, rela menerima empat jawatan Menteri sahaja di dalam Kabinet. Berbeza dengan UMNO yang hanya menang 26 kerusi, tetapi mendapat enam jawatan Menteri. DAP tahu dalam tempoh tidak berapa lama lagi, UMNO mungkin akan datang kepada parti itu untuk meminta kerusi selamat.

Bagi DAP, memperbetulkan “malapportionment” adalah sesuatu yang telah lama diperjuangkan oleh parti itu. Semasa kerajaan PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini, harapan untuk merealisasikan perjuangan tersebut tidak kesampaian kerana PH tidak mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Tanpa majoriti 2/3, pindaan Perlembagaan untuk menambah jumlah kerusi Parlimen tidak boleh dibuat.

Peluang keemasan tiba-tiba muncul dalam kerajaan campuran PH-BN apabila kerajaan ini mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Peluang ini tidak boleh dilepaskan “at all cost”, sekalipun mereka terpaksa menerima pelbagai gelaran tidak enak apabila dituduh berbohong, tidak konsisten dalam perjuangan menolak kleptokrasi dan lain-lain.

Ini tidak menjadi masalah besar. Lagu “hoi ya hoi” itu pun tak lama lagi akan dilupakan orang.

Bagi DAP dan parti-parti lain dalam PH, biarlah rugi secupak sekarang asalkan untung segantang kemudian.


Saya coretkan senario ini berdasarkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika semua faktor kekal sama. Kecualilah berlaku perubahan besar dalam pola mengundi. Apapun, saya dan anda semua tidak boleh meramal masa hadapan.

Datuk Dr Marzuki Mohamad
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan.


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Monday, December 19, 2022

Anwar ketuai 222 Ahli Parlimen angkat sumpah

hmetro.com.my
BERNAMA
19/12/2022
ANWAR hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini.

Upacara mengangkat sumpah itu diikuti kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (GRS-Petra Jaya).

Ia kemudian diteruskan dengan barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, ahli Parlimen kerajaan, dan anggota Parlimen pembangkang.
AHMAD Zahid menandatangani watikah pelantikan selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO Bernama
Uniknya pada upacara itu, dua Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin (PH-Port Dickson) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan).

Persidangan Dewan Rakyat kali ini menjadi tumpuan selepas genap sebulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada 19 November lalu, yang menyaksikan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Sidang Dewan Rakyat itu diadakan bagi membentang dan meluluskan peruntukan khas atau bajet mini bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam mulai Januari.

Selain itu, tumpuan sidang Parlimen juga terarah kepada pembentangan usul undi percaya bagi menentukan keabsahan pelantikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November.
ANWAR pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Ahmad Zahid (kiri). FOTO Bernama
Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul telah dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu selepas memperoleh undi sokongan tertinggi daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Johari meraih 147 undian manakala Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang dicalonkan oleh Perikatan Nasional, hanya memperoleh 74 undi.

Johari tidak bertanding pada PRU-15 sebaliknya digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq, 26, yang memenangi kerusi berkenaan sekali gus menyaksikan dua beranak itu kini bergandingan di Dewan Rakyat.

PRU-15 pada November lalu yang disifatkan paling sengit pernah dihadapi negara, berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Pada pilihan raya itu, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, Perikatan Nasional (BN) (73), Barisan Nasional (BN) (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam) dan Warisan (tiga).

Kerajaan Perpaduan dibentuk hasil gabungan parti politik termasuk PH, BN, GRS, GPS, dan Warisan.

Dewan Rakyat akan bersidang selama dua hari hingga esok, manakala Dewan Negara pula akan bersidang selama sehari pada Rabu ini.

Disiarkan pada: Disember 19, 2022 @ 2:51pm

Undi percaya Anwar, pilih Speaker baharu jadi tumpuan

freemalaysiatoday.com
Danial Azhar
-December 19, 2022 8:05 AM
Pada sidang media pertama sebagai perdana menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan perkara pertama adalah menguji majoritinya di Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dewan Rakyat bersidang buat kali pertamanya hari ini, sejak PRU15 yang membawa Parlimen tergantung pertama susulan tiada satu gabungan mahupun parti berjaya memperoleh majoriti mudah bagi pembentukan kerajaan.

Sebulan kemudian, ketidaktentuan itu semakin reda menjadikan situasi bertambah baik.

Selepas hari mengundi pada 19 Nov, Anwar Ibrahim, yang mana gabungannya Pakatan Harapan (PH) memenangi paling banyak kerusi, dilantik sebagai perdana menteri.

Dalam sidang media pertamanya, Anwar mengumumkan usul yang diutamakan dalam sidang Parlimen adalah bagi menguji sokongan majoritinya, yang dibentuk menerusi dokongan beberapa gabungan, parti kecil dan bebas.

Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih, mengalu-alukan tindakan Anwar mahu membuktikan majoritinya di Dewan Rakyat sebagai duluan susulan Langkah Sheraton, pada 2020, di mana kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan berkuasa di Putrajaya.

Pengerusi Bersih Thomas Fann, berkata undi percaya merupakan penentu demi menghapuskan sebarang keraguan berhubung keabsahan Anwar menerajui kerajaan baharu.

Penganalisis politik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM), berkata perdana menteri dijangka tidak berdepan masalah menang usul undi percaya memandangkan pelantikannya sudah diputuskan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Katanya, Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan juga tidak mungkin akan bertindak bertentangan dengan keputusan Agong itu.

Terdahulu, Anwar menegaskan mendapat sokongan mencapai dua pertiga di Dewan Rakyat dan beliau pada Jumaat kelihatan sudah mengesahkan sokongan terhadapnya menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara parti dalam kerajaan.

Antara agenda penting lain dalam sidang Parlimen ini berhubung pemilihan speaker Dewan Rakyat baharu, yang menjadi agenda pertama persidangan dan mengundi bagi memilih timbalan speaker.

Ia kemudian disusuli usul berbentuk prosedur supaya ketua polis negara memastikan Ahli Parlimen tidak berdepan apa-apa halangan keluar masuk Parlimen, selain pembentangan rang undang-undang kerajaan.

Pembentangan semula belanjawan oleh kerajaan baharu diterajui Anwar yang juga menteri kewangan, pastinya ditunggu-tunggu.

Pada Oktober, menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz, membentangkan belanjawan berjumlah RM372.3 bilion bagi 2032, namun Parlimen dibubarkan sebelum sempat diluluskan.

Pusat Penyelidikan Pasaran berkata terlalu banyak ‘gula-gula’ ad-hoc dalam belanjawan itu, sambil membangkitkan persoalan bagaimana Putrajaya menangani perbelanjaan mengurus yang tinggi.

Kerajaan akan membentangkan belanjawan emolumen dalam sidang Parlimen bermula hari ini, sebelum belanjawan penuh dibentangkan pada awal tahun depan.

Dewan Rakyat akan bersidang selama dua hari bermula hari ini.

Saturday, December 17, 2022

MoU paksa sokong Anwar, kerajaan langgar Perlembagaan Negara

agendaily.com
17/12/2022
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata jika ada aduan oleh ahli Parlimen yang berkenaan di bawah Seksyen 124 (Kanun Keseksaan), maka pihak polis wajar membuka kertas siasatan.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pemimpin-pemimpin parti bagi memastikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal berkuasa semalam (16 Disember 2022) disifatkan sebagai melanggar undang-undang dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Susulan itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberi amaran pemimpin parti yang menandatangani MoU itu boleh disiasat terkait kes jenayah kerana memaksa ahli Parlimen (MP) membuat undi menyokong di Dewan Rakyat.

Menurutnya klausa dalam MoU itu yang mengatakan seseorang MP boleh hilang kelayakan jika tidak mengundi usul kerajaan, bukan sahaja bercanggah dengan pindaan Perlembagaan baru-baru ini berhubung lompat parti, bahkan ia juga tidak selari dengan perlembagaan pelbagai parti politik yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Katanya walaupun selepas Perkara 49A Perlembagaan melarang MP bertukar parti, namun tiada mana-mana parti politik meminda perlembagaan dalam memperincikan apa yang dibolehkan dan larangan yang boleh menjejaskan status mereka sebagai wakil rakyat.

“Sama ada perkara itu disukai atau tidak oleh parti, menjadi tanggungjawab parti untuk memasukkannya dalam perlembagaan atau peraturan-peraturan mereka jika mereka mahu. Tetapi tidak dilakukan pada masa itu secara khusus oleh mana-mana parti.

“Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan parti masing-masing yang mengatakan seandainya ahli parti yang menjadi ahli Dewan Rakyat melakukan A, B atau C, atau tidak melakukan X, Y atau Z, akan dipecat daripada parti,” katanya.

Haniff berkata demikian dalam sebuah program dalam talian malam tadi, di samping turut menambah peruntukan akta antilompat parti yang dipinda dalam Perlembagaan baru-baru ini jelas menyatakan bahawa MP yang dipecat daripada partinya tidak akan kehilangan kerusi.

Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan antara lain menyatakan seorang MP akan kekal sebagai anggota Dewan Rakyat jika dia dipecat daripada partinya.

Oleh itu, Haniff berkata walaupun MoU ditandatangani, seorang MP tidak akan kehilangan kerusinya walaupun pengundiannya bercanggah dengan arahan parti kerana ia sudah dijamin Perlembagaan Negara.

Beliau juga memberi amaran disebabkan wujud konflik dengan Perlembagaan Negara, MP yang terjejas boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Semalam, Anwar mengetuai Pakatan Harapan (PH) menandatangani MoU dengan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan WARISAN, bagi memastikan kerajaan campurannya kekal berkuasa, di mana ia turut memasukkan klausa kontroversi mengatakan mana-mana MP daripada parti yang tidak menyokong usul kerajaan akan dianggap hilang kelayakan dan kerusi mereka akan dikosongkan bagi memberi laluan pilihan raya kecil.

MoU yang dimeterai menjelang usul undi percaya terhadap Anwar minggu depan, turut menyatakan setiap parti bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap MP masing-masing yang mengundi bercanggah dengan keputusan parti.

Pemimpin parti mendakwa MoU itu akan memastikan kestabilan dan perpaduan kerajaan gabungan dalam tempoh lima tahun akan datang, berikutan Parlimen yang tergantung akibat kemelut pelantikan perdana menteri selepas pilihan raya umum November lalu di mana Anwar terpaksa membentuk kerajaan gabungan yang rapuh bersama parti-parti pesaingnya.

Haniff berkata kestabilan Parlimen harus berdasarkan kematangan dan kesedaran wakil rakyat.

“Ianya tidak boleh dipaksa, dipengaruhi atau menjadi satu tekanan untuk membuang kerusi selagi itu tidak dinyatakan dalam Perlembagaan,” katanya lagi.

Terdahulu, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Mas Ermieyati Samsudin memberi amaran bahawa MoU yang dimeterai semalam bakal membawa negara kepada pemerintahan diktator kerana memaksa MP menyokong kerajaan.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata Perlembagaan Negara memberikan kebebasan mutlak kepada MP untuk mengundi mengikut kesedaran sendiri.

Beliau memetik keputusan Mahkamah Agung pada 1983 yang mengisytiharkan sebarang perjanjian yang menghalang MP daripada mengundi berbeza daripada keputusan parti sebagai tidak sah.

“Ugutan serta intimidasi yang dibuat melalui perjanjian MoU terhadap MP daripada parti-parti kerajaan ini adalah satu permulaan kepada pemerintahan ala diktator,” katanya.

“Despotisme (pemerintahan kuku besi) jenis baharu ini tidak pernah disaksikan sebelum ini didalam sejarah politik atau Parlimen Malaysia. Pemaksaan ahli Parlimen untuk mengundi menurut arahan adalah sama seperti dalam system di Korea Utara, atau China.

“Ianya tiada tempat dalam sistem demokratik Malaysia. MoU yang dijana oleh Anwar dan PH-BN ini akan disemadikan selamanya sebagai titik hitam di dalam sejarah negara dan tindakan subversif terhadap demokorasi berparlimen serta struktur asas Perlembagaan,” kata Mas Ermieyati.

Sementara itu, Haniff memberi amaran pemimpin parti boleh disiasat dalam ruang lingkup jenayah, memetik peruntukan dalam Kanun Keseksaan terhadap tindakan memaksa MP mengenai pengundiannya di Dewan Rakyat.

Seksyen 124 Kanun Keseksaan menjenayahkan perbuatan “memujuk atau memaksa atau cuba untuk mendorong atau memaksa ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri atau mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menjalankan atau menahan diri daripada menjalankan kuasa yang sah dalam apa jua cara”.

Haniff berkata unsur jenayah itu adalah terpulang kepada mahkamah dalam membuat keputusannya.

“Sekiranya ada aduan dibuat oleh ahli Parlimen yang berkenaan di bawah Seksyen 124 (Kanun Keseksaan), maka pihak polis wajar membuka kertas siasatan.

“Sekiranya ahli Dewan Rakyat tidak boleh dipaksa untuk mengikut perkara yang belum dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan parti, ianya mungkin mendedahkan ketua-ketua parti kepada siasatan jenayah.”

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-