Oleh UtusanTV
-June 28, 2021
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi Fasa 1 Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas didapati makan di sebuah kafe di kawasannya di Jeli, Kelantan baru-baru ini.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran Mustapa di Alfath Cafe di Jeli semalam, beliau telah dihubungi Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Arifin tengah hari tadi yang memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka mengenai perkara itu.
“Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Cafe, Kampung Kalai, Jeli pada 5.30 petang Sabtu 26 Jun,” menurut kenyataan itu.
“Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath CafĂ©, Kampung Kalai, Jeli pada Sabtu lalu.
“Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, Mustapa telah mengunjungi kafe itu pada pukul 5.30 petang 26 Jun untuk melihat bagaimana pemilik kafe berkenaan berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan Fasa 1 Kawalan Pergerakan PPN.
Pemilik kafe itu kemudian berkongsi gambar lawatan itu dan mengucapkan terima kasih kepada Mustapa kerana mendengar luahan mereka.
Berdasarkan gambar tersebut, Mustapa dilihat menjamu selera di kafe berkenaan bersama beberapa individu lain.
Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menjadi tular kerana perbuatan makan di dalam kedai makan atau restoran tidak dibenarkan sepanjang tempoh Fasa 1 Kawalan Pergerakan PPN.
Kedai makan atau restoran hanya dibenarkan menjual makanan melalui perkhidmatan bawa pulang, penghantaran atau menerusi perkhidmatan pandu lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan se...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Norman Goh | Diterbitkan 26 Jul 2018, 8:49 pagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi ke China bulan depan...
-
agendaily.com 21/11/2022 ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP. Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa berta...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.