Tuesday, June 29, 2021

Panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM, kata Rashid selepas hadap Agong

FMT Reporters
-June 29, 2021 1:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Rashid Hasnon.

KUALA LUMPUR: Kuasa Yang di-Pertuan Agong semasa darurat untuk memanggil Parlimen bersidang mestilah melalui nasihat Perdana Menteri, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Abdul Rashid Hasnon.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadap Agong selama lebih satu jam di Istana Negara sebentar tadi.

“Insyaallah kita akan buka Parlimen sama ada menerusi sidang hibrid atau seperti biasa,” tambahnya.

Turut menghadap Agong pagi tadi adalah Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara, Rais Yatim.

Selain Rashid, Agong juga menerima Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, serta Timbalan Presiden Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad untuk menghadap.

Sesi sembah maklum kepada Agong yang bermula pada 11 pagi tadi rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-