Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, June 24, 2021

Saya tak nak komen

bharian.com
Saiful Haizan Hasam
saiful.haizan@bh.com.my
 - Jun 24, 2021 @ 4:11pm

Ahmad Zahid anggap sudah lali dengan serangan politik dari dalam UMNO.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap serangan dan kritikan yang dihadapinya dari dalam parti sendiri didalangi kumpulan mempunyai kepentingan politik peribadi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menyifatkan 'serangan politik' yang sedang diharungi bukan perkara baharu, justeru berpendirian untuk tidak mempedulikannya.

"(Serangan) kebelakangan ini? Daripada dulu. Peduli apa perkara macam ini. Orang berkepentingan. Saya tak nak ulas apa-apa. Awak tanya (Datuk Seri) Ahmad Maslan, Setiausaha Agung (UMNO)," katanya ringkas kepada BH, hari ini.

Beliau diminta mengulas serangan politik dari dalam UMNO terhadapnya beberapa hari lalu antaranya daripada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mohamed Nazri dilaporkan menggesa jawatan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO digantung atas dakwaan melakukan tiga kesalahan seperti memberi kata dua supaya Parlimen bersidang dalam masa 14 hari tanpa merujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ahli Parlimen UMNO terlebih dulu.

Dakwanya, dua lagi bukti pelanggaran ketetapan parti ialah mengutus surat menyatakan sokongan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memilih Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kesahihan rakaman audio perbualan Ahmad Zahid bersama Anwar berkait Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Mohamed Nazri turut mengaku menggerakkan usaha mengumpul surat aku (SD) sokongan 25 Ahli Parlimen UMNO kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi memberi mandat kepada Menteri Luar itu mewakili mereka sekiranya dipanggil menghadap Al-Sultan Abdullah.

Shahidan juga senada apabila mendesak Lembaga Disiplin bertindak terhadap Ahmad Zahid yang didakwa membelakangkan keputusan parti.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) turut mendakwa, Ahmad Zahid masih meneruskan usaha mendapatkan sokongan Ahli Parlimen dari parti itu bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-