utusantv.com
Oleh Zulkiflee Bakar
-July 5, 2021
AHLI-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet dan GLC menyatakan pendirian dengan tegas mereka rela dipecat daripada parti kerana menentang keputusan pucuk pimpinan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sumber memberitahu, kepemimpinan sudah maklum mengenai ketegasan mereka.
‘’Mereka juga menegaskan adalah tidak masuk akal untuk UMNO bertindak keluar daripada kerajaan pada waktu sekarang ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19, tambahan pula beberapa menteri UMNO memainkan peranan penting dalam menanganinya,’’ kata sumber tersebut kepada UtusanTV malam ini.
Pendirian tegas itu, kata sumber tersebut juga dilakukan kerana ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak mahu arena politik negara menjadi huru-hara, sekaligus akan menggugat usaha kerajaan menangani Covid-19.
‘’Soalnya, Ahmad Zahid sudah beri tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, jika itu tidak dilakukan ia dianggap satu penderhakaan dan UMNO tidak bersekongkol.
‘’Tetapi hari ini kerajaan sudah umumkan Parlimen akan bersidang, jadi mereka bertanya apa lagi yang Ahmad Zahid mahu sebab beliau sudah buat desakan dan sekarang ia sudah dilaksanakan, cukuplah tu, kenapa mahu meneruskan juga tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan kepada politik negara,’’ kata sumber tersebut.
Sumber berkenaan berkata, pendirian untuk terus berada dalam kerajaan bukanlah bermaksud ahli-ahli Parlimen itu mementingkan kedudukan sebagai anggota Kabinet atau Pengerusi GLC sebaliknya ia demi mengelakkan negara terjebak sekali lagi dalam pertelingkahan politik yang akan merugikan rakyat.
‘’Rakyat tengah susah, tak kan kita nak tambah lagi dengan bergaduh soal politik pulak, macam mana dengan perpaduan orang Melayu, dah pasti akan berpecah belah lagi,’’ kata sumber itu.
Difahamkan, ketegasan ahli-ahli Parlimen tersebut dilihat akan menggagalkan usaha kepemimpinan UMNO membawa parti itu keluar daripada kerajaan PN kerana jika kesemua mereka dipecat daripada parti, ia akan memberi kesan kepada kestabilan politik dalaman UMNO.
‘’UMNO akan berpecah belah, macam mana pula masa pilihan raya nanti. Kesemua mereka pasti ada penyokong masing-masing dan ia sudah tentu akan menjejaskan undi kepada UMNO, sekaligus boleh menyebabkan UMNO kalah di kawasan terlibat,’’ sumber berkenaan.
Sementara itu difahamkan, MCA dan MIC turut menyatakan pendirian akan kekal bersama Kerajaan PN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Jamil: Bekalkan senjata pada penguatkuasa agama Bernama 6:42PM Nov 12 ...
-
PRK Sg Limau: Menguji Kematangan Politik Masyarakat Cina Selepas PRU13 JERING Daily | 02:00 | 0 comments Terdapat 1,827 pengund...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.