bebasnews.my
By Admin
-06/07/2021
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku suara dalam rakaman telefon yang tular berserta suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.
Sumber Majlis Tertinggi UMNO yang tidak dinamakan dilaporkan Utusan mendakwa, presiden parti itu membuat pengakuan semasa pertemuan bersama ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara, pada semalam.
“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu. Beliau kata Anwar yang hubunginya.
“Ahmad Zahid juga mengaku telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” dakwanya.
Semalam, Ahmad Zahid hadir ke mesyuarat yang diadakan secara tertutup oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Perwira bagi membincangkan isu keluar daripada kerajaan PN.
– BebasNews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.