bebasnews.my
By Editor
-06/08/2021
SHAH ALAM – Seramai 30 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut.
Menurut laporan Astro Awani, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin berkata, keputusan itu telah disepakati dalam satu mesyuarat yang diadakan di Wisma Pahlawan baru-baru ini.
Katanya, senarai itu melibatkan mereka yang berstatus MENTERI dan TIMBALAN MENTERI.
“Ahmad Zahid mencadangkan Ahli Parlimen UMNO, Menteri, Timbalan MENTERI letak jawatan dan tarik sokongan daripada kerajaan.
“Jadi kita berbincang bersama Ahli Parlimen UMNO, jika kita letak jawatan, parti untung ke? Ahmad Zahid letak jawatan, parti untung.
“Kalau kita letak jawatan, pertama sekali kita tiada peruntukan. Pegawai yang kita lantik berhenti kerja, kita kena menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai pembangkang. UMNO tidak pernah menghadapi PRU sebagai pembangkang, tidak pernah,” katanya pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, sekiranya Ahmad Zahid berjiwa besar melepaskan jawatannya itu, UMNO berpotensi untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat pada PRU akan datang.
Menurutnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu mencontohi pemimpin parti terdahulu yang mengundurkan diri ekoran terlibat dengan kes rasuah di mahkamah.
“Kalau Ahmad Zahid letak jawatan, kita pasti ramai rakyat akan sokong UMNO. Pemimpin UMNO dahulu, siapa ada kes mahkamah, dia akan letak jawatan. Ini bagi memastikan kita mengemukakan pemimpin yang bersih dan dapat sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
“Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, mereka letak jawatan.
“Tiba-tiba Ahmad Zahid TAK letak jawatan? Sudah tentu dalam pilihan raya tiada yang menyokong UMNO, kalau dia letak jawatan sudah tentu rakyat akan kembali sokong UMNO,” ujarnya.
Satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO difahamkan akan diadakan secara maya pada malam ini di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur dipercayai antara lain bagi membuat keputusan sama ada parti itu akan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.