8/8/2021
DAP akan berpeluang mentadbir semula negara akibat perbuatan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang membawa parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.
Persetujuan DAP untuk menerima dua pemimpin utama UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan kes mahkamah ke dalam kerjasama politik berjaya diyakinkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi orang tengah dalam rundingan tersebut.
Ia bukan satu rundingan yang mudah untuk mendapatkan persetujuan DAP bagi menerima Zahid dan Najib, bagaimanapun sumber Agenda Daily mendedahkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga sedang berdepan kes rasuah terowong berjaya dipujuk Anwar untuk menerima tokoh UMNO tersebut.
Jelas sumber, selepas kejayaan rundingan tersebut baharu Zahid dan Najib bersungguh-sungguh dan bekerja keras bagi mendapatkan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang lain untuk menyeberang bersama blok Pakatan Harapan, ia walaupun nampak mustahil sebelum ini tetapi sudah menampakkan sinar di hujung terowong.
Anwar menjadi pendamai antara DAP dengan Zahid dan Najib, oleh sebab itu walaupun suatu masa dahulu berseteru kini mereka sudah bertaut menjadi rakan baik demi satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
DAP menjadi kunci dalam memastikan kerjasama tersebut berjaya kerana jumlah kerusi Parlimen terbanyak dimiliki mereka dalam Dewan Rakyat, apabila DAP memberi komitmen untuk menerima Zahid dan Najib ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan Anwar.
Kini tinggal masa yang sesuai untuk memerterai perjanjian tersebut di Dewan Rakyat kelak apabila tiba masa usul undi percaya dibawa ke Parlimen pada September nanti.
“Anwar sudah berjaya memujuk DAP untuk bekerjasama dengan Zahid dan Najib, jika tidak mana datang kepercayaan kedua-dua orang kuat UMNO itu untuk bekerjasama dengan DAP.
“Saya tidak tolak perjanjian tersebut sudah ada hitam putihnya kerana itu antara syarat yang diletak Zahid dan Najib, mereka tidak mahu lagi episod sama berulang semasa menjalinkan kerjasama dengan Muhyiddin… Ia kerana Muhyiddin tidak membantu mereka berdua (Zahid dan Najib) untuk menyelamatkan mereka dalam kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi,” kata sumber.
Pendedahan sumber tersebut dilihat selari dengan kenyataan Muhyiddin dalam sidang media sebelum ini yang mendakwa ditekan oleh beberapa individu kerana tidak tunduk kepada desakan mereka untuk campur tangan dalam kes mahkamah.
Jelas sumber, Guan Eng yang juga sedang berdepan kes mahkamah tidak mempunyai pilihan dan Anwar menggunakan kesempatan tersebut untuk menyakinkan pemimpin nombor satu DAP itu untuk bersetuju bekerjasama dengan Zahid dan Najib.
Bagaimanapun, Zahid dan Najib kini sedang berdepan halangan apabila tidak semua Ahli-ahli Parlimen UMNO yang sedia mengikut mereka menyeberang, ia berbeza dengan Ahli-ahli Parlimen DAP yang setia bersama Anwar dan sanggup mengikut apa sahaja arahan Presiden PKR itu.
“Masalahnya sekarang, hanya beberapa orang sahaja yang mengikut cakap Zahid dan Najib, tidak semua Ahli-ahli Parlimen UMNO yang bodoh dan terikut-ikut dengan rentak Zahid dan Najib.
“Guan Eng berjaya yakinkan pemimpin dalam DAP yang Anwar akan dapat mengawal semua Ahli-ahli Parlimen UMNO, ia termasuk Zahid dan Najib… mereka ini tidak akan berani melawan Anwar kerana kuasa yang dipegangnya sebagai bakal Perdana Menteri, mustahil kedua-dua pemimpin UMNO itu berani melawannya,” kata sumber.
Sekiranya kerjasama ini berjaya direalisasikan, ia kali pertama dalam sejarah politik negara apabila seteru selama berdekad-dekad akan menjadi rakan gabungan politik bersama.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.