mykmu.net
August 6, 2021
Sebaran :
Kadir kata Anwar buktikan dulu ada sokongan majoriti jika mahu jadi PM.
“Seandainya Muhyiddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan, tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi perdana menteri.
“Anwar kena buktikan secara sahih yang dia mempunyai sokongan majoriti ahli dewan. (Ahli parlimen yang) tidak sokong Muhyiddin tidak bermakna menyokong Anwar,” katanya.
Ketika kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri terus dipersoalkan, Pakatan Harapan (PH) “wajib” membuktikan secara tuntas bahawa Anwar Ibrahim adalah tokoh paling layak menjadi perdana menteri.
Wartawan veteran dan bekas penasihat media perdana menteri A Kadir Jasin berkata ketika ini isu yang sedang menjadi perhatian ialah usaha mengetepikan Muhyiddin daripada jawatan perdana menteri.
Pada masa sama wujud pula “kluster mahkamah” dari Umno yang campur tangan dalam urusan kerajaan Perikatan Nasional.
Kedua-dua keadaan itu katanya membuka jalan kepada penyusunan semula politik negara.
“Serentak itu PH wajib berusaha sekeras-kerasnya bagi membuktikan once and for all yang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, adalah orang paling layak menjadi Perdana Menteri.
“Kalau masih tidak berjaya berhentilah daripada menyalahkan orang lain,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Sebilangan ahli parlimen Umno – termasuk presidennya Ahmad Zahid Hamidi – kini sedang gigih membuktikan bahawa Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di parlimen dan mesti berundur.
Bagaimanapun Muhyiddin bertegas dan menyatakan sebaliknya. Muhyiddin juga mendakwa wujud pihak tertentu yang mahu dia campur tangan dalam kes-kes mahkamah melibatkan ahli politik.
Tak semestinya sokong Anwar
Untuk rekod, dalam keadaan tidak semua ahli parlimen memihat kepada Ahmad Zahid, Umno tidak mungkin dapat menguasai majoriti di parlimen dan membentuk kerajaan.
Pemerhati berpendapat ia membuka kepada kemungkinan wujud kerjasama Umno dengan parti tertentu.
Kata A Kadir tanpa Muhyiddin dan gangguan kluster mahkamah, wujud peluang merombak penjajaran PN agar menjadi kerjasama yang lebih besar melalui penyertaan parti-parti yang selama ini berkecuali seperti Warisan, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
Pilihan yang terbaik kini, menurut A Kadir, ialah meredakan ketegangan politik sejak rampasan PN merampas kuasa daripada PH pada 17 bulan lalu dan mengembalikan kestabilan pemerintahan negara sehingga pilihan raya umum boleh diadakan.
“Kita akui sajalah yang dalam tempoh 17 bulan pemerintahannya, hatta dengan dibantu perisytiharan darurat dan belanja yang besar, kerajaan PN gagal menangani Covid-19 seperti yang dijanjikan dan memulihkan keyakinan terhadap ekonomi negara.
“Mana-mana pun kerajaan yang wujud selepas undi percaya terhadap Muhyiddin nanti tidak boleh dibenarkan memboros duit pembayar cukai ke atas bilangan menteri, timbalan menteri dan penasihat khas bertaraf menteri yang sangat ramai seperti sekarang,” katanya.
Kadir kata Anwar buktikan dulu ada sokongan majoriti jika mahu jadi PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
Petang tadi selepas asar wak singgah kat kedai repair motor dihijing kampung. Kedai moto ini memang sentiasa di buka walau cuti umnm dan har...
-
freemalaysiatoday.com Mohamad Fadli -September 17, 2020 11:49 AM Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen S...
-
Pak Lah: Kit Siang bimbang ditolak di tempat sendiri 11:11AM Apr 6 2013 Tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP ...
-
Oleh Wartawan BO 27/12/2017 Pemuda PAS bergotong royong membersihkan markaz baharu mereka KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu be...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 22, 2023 6:22 PM Privacy Club Tun Razak memohon maaf kepada orang ramai susulan kontroversi melibatkan ac...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Sep 2, 2022 3:15 PM Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Ahli Parlimen ...
-
Anne Muhammad Diterbitkan 27 Sep 2018, 4:03 petang Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tida...
-
Bernama May 6, 2017 Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini. ...
-
ULASAN Al-Abror Mohd Yusuf | Diterbitkan 17 Sep 2018, 12:15 tengah hari PULASAN | Jika kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadang...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.