Thursday, August 12, 2021

(KEMASKINI) Rekod tertinggi 21,668 kes Covid-19, 318 kematian

FMT Reporters
-August 12, 2021 6:54 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 merekodkan kes tertinggi harian dengan 21,668 manakala 318 kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 237,021 aktif dengan 1,059 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 543 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,342,215 manakala, kes sembuh pula sebanyak 17,687 dengan 1,093,503 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 318 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,691 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,278 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,436); Kedah (2,143); Sabah (2,052); Johor (1,706); Pulau Pinang (1,229); Sarawak (1,216); Kelantan (972); Perak (930); Negeri Sembilan (899), Pahang (629); Terengganu (594); Melaka (494); Putrajaya (56); Perlis (23) dan Labuan (11).

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-