FMT Reporters
-August 3, 2021 1:17 PM
PETALING JAYA: Bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran membuat laporan polis setelah dihalang memasuki pekarangan Parlimen semalam.
Laporan itu menyusuli laporan yang dibuat Ahli Parlimen lain, iaitu Akmal Nasir (Johor Bahru) dan P Prabakaran (Batu) atas dakwaan sama di Balai Polis Dang Wangi.
Kula berkata, tindakan polis menyekat jalan masuk ke Parlimen adalah salah.
“Semalam, ketika negara melihat dengan kecewa dan dunia memperhatikan (kita), polis menyekat jalan-jalan menuju Parlimen,” katanya dalam kenyataan.
“Bagaimanapun, anggota-anggota polis ini, ketika ditanya, tidak dapat memberitahu kami kenapa mereka menyekat (jalan masuk ke) Parlimen di bawah peruntukan undang-undang mana. Jelas sekali, arahan ini datang daripada individu dalam kedudukan yang memegang kuasa.
“Kekecohan itu memalukan kerana Parlimen tidak diprorog, yang bermaksud kami berhak pergi ke Parlimen dan mengurus sebarang perkara yang kita mahu,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan Speaker Dewan Rakyat kerana membisu mengenai perkara ini.
“Di mana Speaker, mengapa beliau diam? Paling tidak, Speaker seharusnya bersuara supaya semua dapat mendengarnya,” kata beliau.
“Polis tidak sepatutnya menjadi pihak yang menyiasat perkara ini,” katanya sambil menambah, “mereka tidak boleh ditugaskan untuk menyiasat salah laku dan kesilapan mereka sendiri”.
“Tentunya mereka tidak boleh menjadi hakim, juri dan pendakwa dalam hal ini,” katanya.
Beliau mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat salah laku yang terjadi semalam dan menyediakan Kertas Putih mengenainya.
“Seruan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) menjadi sangat penting sekali lagi seperti dalam senario ini.
“Isu konflik dan kepentingan diri boleh ditangani. IPCMC juga mengukuhkan keyakinan terhadap pasukan polis dan mendorong kepada siasatan yang lebih bebas dan telus,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen pembangkang berarak ke Parlimen dalam protes meminta peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri.
Bagaimanapun, mereka tidak berjaya memasuki pekarangan Parlimen kerana anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang jalan masuk ke situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 23, 2025 3:49 PM Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara meluas dianggap...
-
suara.tv By Janatul Firdaus Yaacob 21/01/2025 KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyambut cabaran usul undi tidak percaya terhadap Perd...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 23, 2025 11:19 AM Ahli Parlimen Kepala Batas berjaya mengumpul dana sebanyak RM830,034.75 untuk memenuhi ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 22, 2025 12:36 PM Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa dia tidak bermi...
-
Kenapa MP-MP Umno membisu, takut kepada DAP? Pengambilalihan saham MAHB oleh entiti asing January 21, 2025 KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 22, 2025 8:50 PM Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng telah mengingatkan kerajaan bahawa sebarang percubaan untu...
-
malaysiakini.com B Nantha Kumar Diterbitkan: Jan 21, 2025 10:48 PM Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguna jalan raya p...
-
harakahdaily January 23, 2025 Serahan memorandum bantahan pengambilalihan saham MAHB Syed Hassan (tengah) ketika ditemui media di pekarangan...
-
malaysiakini.com By Janatul Firdaus Yaacob 22/01/2025 KUALA LUMPUR – Sekretariat perhimpunan antirasuah bertegas untuk meneruskan demonstras...
-
harakahdaily January 21, 2025 KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia memandang serius kenyataan dikeluarkan pengasas dan penasihat Berjaya Corpor...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.