by Berita Gerak Malaysia
August 12, 2021
KUALA LUMPUR, Ogos 12 – Parti MIC mengesahkan telah memohon satu mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan parti itu mendapatkan penjelasan terperinci berhubung pendirian terkini UMNO.
Presiden, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, mesyuarat itu perlu diadakan segera bagi membolehkan cadangan UMNO untuk membawa dahulu pendirian parti itu menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, dapat direalisasikan.
Jelas beliau lagi, MIC akan bertanya soalan-soalan sepatutnya kepada Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kesan pendirian terkini UMNO terhadap status ahli-ahli Parlimen BN ketika ini.
Hal ini susulan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sudah menjelaskan keputusan penangguhan pemilihan UMNO selepas 30 Jun lalu tidak sah dengan semua perjawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti termasuk Presiden hanya bersifat ‘caretaker’.
“Cadangan supaya UMNO membawa dahulu ketetapan menarik sokongan daripada kerajaan PN, ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN sudah kita kemukakan lebih awal.
“Kita sudah minta mesyuarat itu diadakan dalam masa terdekat kerana UMNO kini berdepan isu dengan status kepimpinan parti itu.
“Oleh kerana RoS berpandangan kepimpinan UMNO ketika ini bersifat ‘caretaker’, pendirian terkini UMNO perlu dibincangkan dahulu dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN bagi membolehkan kami mengenal pasti implikasinya terhadap status ahli-ahli Parlimen BN termasuk parti itu sendiri,” kata beliau.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim yang mengesahkan MKT UMNO diketuai Ahmad Zahid selaku Presiden parti itu kini hanya bersifat ‘caretaker’ dan sekadar berkuasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran biasa parti setelah tamat tempoh penggal kepimpinan pada 30 Jun lalu.
BN kini dianggotai empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS.
Bercakap kepada sebuah portal berita tempatan, Jasri turut menegaskan UMNO perlu membawa sebarang cadangan pelaksanaan atau keputusan dasar parti ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 terlebih dahulu kerana status terkini kepimpinan MKT parti itu yang lebih kepada ‘caretaker’ sahaja.
Terdahulu, RoS dalam satu surat bertarikh 6 Ogos lalu menjelaskan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu bagi tempoh 18 bulan, dianggap tidak sah.
RoS memberi alasan UMNO hanya menghantar surat keputusan penuh MKT UMNO yang memuktamadkan pendirian menangguhkan pemilihan parti itu selama 18 bulan pada 7 Julai lalu, sedangkan tempoh perjawatan MKT tamat pada 30 Jun.
Terdahulu pada 3 Ogos lalu, UMNO melalui mesyuarat MKT memuktamadkan pendirian untuk menarik sokongan terhadap Perdana Mentri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta-merta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.