Monday, September 13, 2021

PH kekal pembangkang, Parlimen tak dibubar hingga 31 Julai tahun depan

FMT Reporters
-September 13, 2021 6:32 PM

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan PH yang ditandatangani hari ini merangkumi enam bidang utama.

PETALING JAYA: Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman (MoU) termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan, menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Dalam catatan di Twitter, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga berkata, PH akan tetap menjadi pembangkang walaupun MoU itu ditandatangani dengan kerajaan.

“Fokus MOU: bantuan kpd rakyat, tambah baik usaha tangani Covid-19, reformasi Parlimen, MA63, kebebasan kehakiman..

“Dokumen lengkap menyusul,” tambahnya.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan PH yang ditandatangani hari ini merangkumi enam bidang utama.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.

Ia juga akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-