Saturday, September 25, 2021

Selepas gagal jadi PM, PKR Perak buat tawaran kepada Anwar

agendadaily.com
25/9/2021

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKR Perak menawarkan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi negeri tersebut pada pilihan raya umum depan dengan harapan dapat menjadi Perdana Menteri (PM) Ke-10.

Ketua Pembangkang tersebut yang juga Ahli Parlimen (MP) Port Dickson gagal dalam cubaan menjadi PM Kesembilan diharapkan dengan menukar kerusi bertanding di Perak akan dapat mencapai cita-citanya itu selepas gagal berkali-kali.

Tawaran untuk bertanding di Perak itu dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang berharap idolanya itu dapat menerima tawaran tersebut bagi mencapai cita-citanya.

“Presiden sangat responsif dan positif dengan pelawaan itu. Insya-Allah kita tengok nanti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Jelasnya, kedudukan PKR di Negeri Sembilan sudah kukuh dan kehadiran Anwar di Perak dilihat mampu mengukuhkan lagi penguasaan parti itu sekaligus memenangi pilihan raya nanti.

Anwar baru-baru ini gagal dalam cubaannya sekali lagi untuk menjadi PM selepas ditipu anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada mulanya menyokongnya sebagai calon.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu menukar sokongan apabila memberi sokongan kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi PM Kesembilan.

Anwar kempunan lagi apabila rancangan dan komplotnya dengan Zahid gagal susulan keputusan UMNO yang mengekalkan pendirian ‘No Anwar’ dan ‘No DAP’.

Selain itu, Anwar juga dikatakan punca utama UMNO kembali berkuasa di Putrajaya walaupun mereka menolak kumpulan kleptokrat sebelum ini tetapi kini sanggup menjalinkan kerjasama dengan mereka.

Malah, Anwar mengetuai blok pembangkang dalam memerterai memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan Ismail Sabri dengan beberapa syarat yang diletak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-