Thursday, October 21, 2021

Bertanding solo, UMNO boleh menempah kekalahan: Shahidan

agendaily.com
21/10/2021

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyanggah pendapat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan UMNO dan BN bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri Melaka.

UMNO hanya akan menempah kekalahan sekiranya enggan bekerjasama dan mahu bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis itu berkata hanya dengan kerjasama dengan Bersatu dan PAS baharu kemenangan lebih akan terjamin, bukan dengan mengambil langkah bersendirian yang sebaliknya akan merugikan parti dan juga orang Melayu akan berpecah.

“Berhubung PRN Melaka ini, UMNO Arau memutuskan supaya BN bekerjasama dengan Bersatu dan PAS. UMNO harus memulakan sifatnya sebagai pencetus kepada perpaduan Melayu yang menjamin kemenangan pada PRN kali ini.

“Pergi secara solo adalah tidak wajar dan boleh menempah kekalahan, pandangan UMNO Arau ini disokong UMNO Padang Besar dan banyak lagi,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Untuk rekod, krisis politik Melaka dicetuskan oleh pemimpin UMNO sendiri yang berebut kuasa dan projek, gerakan tersebut juga diketuai Datuk Seri Idris Haron, tokoh pemimpin lama UMNO di Melaka bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Berhubung keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu bertanding secara solo, Shahidan mengkritik pendirian tersebut kerana tidak wajar memandangkan UMNO adalah parti bumiputera dan pelu menjalinkan kerjasama dengan parti yang sealiran.

“Kita boleh minta kerusi yang banyak untuk bertanding dan atas bentuk kerjasama, kita perlu bekerjasama, bukan solo.

“Ini sesuatu yang tidak wajar kerana UMNO adalah parti bumiputera,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Zahid dalam satu wawancara berkata, UMNO dan BN akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS.

Zahid dengan angkuhnya berkata ‘no way’ terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu sama ada dalam PRN Melaka mahupun pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun pendirian Zahid tersebut disanggah seorang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mendedahkan hanya Zahid mahu UMNO bertanding secara solo pada PRN Melaka, tetapi setakat ini parti masih belum ada keputusan muktamad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-