Diterbitkan: Oct 7, 2021 9:10 AM
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin juga mengumumkan keputusan biro politik itu memecat wakil rakyat parti itu yang terlibat menarik diri daripada menyokong ketua menteri itu.
“Biro Politik Bersatu juga telah membuat ketetapan bahawa Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad gugur keahliannya secara serta-merta di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.
"Ketetapan ini akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan datang,” katanya pada satu kenyataan semalam.
Hamzah juga berkata Biro Politik Bersatu berpendapat kemelut politik di Melaka berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu.
Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad.
“Ianya bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara pada ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan.“Biro Politik Bersatu berpendirian bahawa kemelut politik di negeri Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambilkira kepentingan rakyat,” katanya lagi.
Dewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 anggota.
Sebelum pembubaran DUN Melaka kelmarin, Umno memegang kerusi terbanyak berbanding parti lain dengan 14 Adun, sementara Bersatu hanya memiliki dua.
Bagaimanapun, Sulaiman hilang majoriti selepas empat Adun, termasuk dua dari Umno dan satu Bersatu, mengumumkan penarikan sokongan mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.