Showing posts with label Hamzah Zainuddin. Show all posts
Showing posts with label Hamzah Zainuddin. Show all posts

Thursday, January 11, 2024

‘Bila urusan dicampuri, orang Islam akan bangkit tanpa perlu diapi-apikan’

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 11, 2024 1:06 PM
Bersatu menyifatkan wakil rakyat Ngeh Koo Ham tidak bertanggungjawab kerana mendakwa parti itu dan PAS mengapi-apikan isu yang membawa kepada serangan bom botol terhadap rumahnya.

Setiausaha agungnya Hamzah Zainudin berkata dalam isu agama, orang Islam akan bangkit sendiri tanpa perlu diapi-apikan apabila urusan Islam dicampuri pihak luar.

“Sayugia diingatkan dalam urusan agama Islam ini tak perlu dicampuri oleh pihak luar yang tidak berkaitan, kerana apabila dicampuri, orang Islam akan bangkit tanpa perlu diapi-apikan.

“Sebab itu daripada menuduh, sepatutnya beliau memohon maaf dan insaf tanpa menuduh orang lain,” katanya.

Hamzah justeru berkata semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kejadian sebegini agar berhati hati melontarkan pandangan, apatah lagi jika menyentuh hal-hal sensitif.

Katanya, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga, “sedangkan nikmat keamanan yang dikecapi ini tidak dibina dalam tempoh semalaman”.
Kereta Mercedes Benz yang rentung akibat serangan itu.
Ngeh semalam menuding jari terhadap PAS dan Bersatu susulan serangan awal pagi semalam yang merosakkan tiga buah kereta dan sebahagian rumahnya.

Dia mendakwa parti pembangkang itu bertanggungjawab mengapi-apikan kenyataannya sehingga orang membencinya.

Ngeh mengesyaki serangan itu mempunyai kaitan dengan kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan supaya pakar bukan Islam menganggotai jawatankuasa mengkaji perundangan syariah.

Dia bagaimanapun telah memohon maaf dan menarik balik cadangannya itu selepas mendapat bantahan pembangkang dan kumpulan pendesak Melayu.

Sementara itu, dalam kenyataan sebenar tadi, Hamzah yang juga ketua pembangkang bagaimanapun berkata serangan sebegitu tidak boleh diterima sama sekali dan perlu diadili melalui tindakan undang-undang.

“Polis perlu segera memburu dalang sebenar di sebalik kejadian khianat itu kerana perbuatan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang, tetapi juga mencabuli prinsip kehidupan bermasyarakat di negara ini yang sememangnya terkenal dengan suasana aman dan harmoni,” katanya.

Friday, June 16, 2023

Saifuddin: Serbuan LHDN di rumah Hamzah langkah politik terdesak

satuberita.my
By Admin
-June 16, 2023
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah

SERBUAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas kediaman Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, malam semalam adalah tindakan terdesak kerajaan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Saifuddin Abdullah, turut menganggap langkah tersebut hanyalah strategi politik murahan bagi memburukkan pimpinan kanan dalam parti itu.

“Ketika dia (pemimpin kerajaan) tak berkesan sebagai kerajaan, dia harus memburuk-burukkan pimpinan kanan dalam Bersatu dan dalam PN, dan inilah yang sedang berlaku.

“Saya menganggap ia helah politik murahan ketika PH-BN terdesak untuk berhadapan dengan pilihan raya negeri,” katanya dalam sidang media di Kuantan hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas berita mengenai serbuan pegawai LHDN terhadap rumah bekas menteri dalam negeri kerajaan PN semalam.

Kediaman itu terletak di Damansara, Kuala Lumpur semalam.

Media melaporkan, dalam serbuan dan penggeledahan malam semalam itu, beberapa dokumen turut dirampas.

“Saya sendiri menghubungi Datuk Hamzah semalam bagi mendapatkan cerita sebenar tentang apa yang berlaku.

“(Menurut Hamzah) Yang dikatakan nak disiasat itu ialah perkara yang sama sebelum ini kononnya telah disiasat.

“Apa niat di sebalik siasatan tersebut dan kenapa dia keluar di media, dari mana punca cerita itu kepada media, betulkah dari LHDN atau dari pejabat orang lain?” katanya, lapor Malaysiakini.

Nama dikaitkan kes rasuah

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa mendapat tahu maklumat mengenai serbuan tersebut bukan datang dari sumber LHDN sebaliknya pihak lain.

Media semalam melaporkan rumah ketua pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.

Pada Februari lalu, Ahli Parlimen Larut itu menuduh kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik selepas agensi terbabit membekukan akaun Bersatu.

Beliau kemudian menafikan terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kertas pertuduhan terhadap ahli perniagaan, Sim Choo Thiam.

Sim didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta suapan RM15 juta daripada seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021.

Pendakwa raya berkata wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn. Bhd. mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri.

Sim juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada kementerian sama.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan itu.


‘Saya tak dimaklumkan’, PMX ulas serbuan LHDN ke rumah Hamzah

agendaily.com
16/06/2023
Anwar tidak mengetahui berhubung serbuan LHDN ke rumah Hamzah seperti dilaporkan media.

Serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak diketahui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata tiada makluman daripada LHDN dan menyifatkan ia adalah urusan mereka dalam melakukan siasatan terhadap mana-mana individu.

“Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar ditanya mengenai serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di kediaman Setiasaha Agung Bersatu yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu di Damansara pada Selasa lalu.

Difahamkan, ketika serbuan jam 11 pagi dipercayai berkait isu cukai yang tidak dilaporkan itu, Hamzah berada di kediaman berkenaan.

Terdahulu, LHDN buat masa ini tidak boleh mendedahkan apa juga maklumat berkait kes yang membabitkan cukai.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak tahu timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan mengambil cuti dua minggu.

“Tak ada pula (dimaklumkan Ahmad Zahid bercuti),” katanya lagi.yang lengkap berbaju Melayu warna biru.

Friday, May 26, 2023

Dana judi: Bersatu bidas PMX seorang pembohong, mahu ambil tindakan saman

agendaily.com
26/05/2023
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Susulan pengesahan tiada bukti mengaitkan dana judi dengan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen semalam, Bersatu membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pembohong dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jawapan rasmi di Parlimen adalah bukti selama ini Perdana Menteri (PMX) membuat tuduhan yang tidak berasas dan satu rekaan semata-mata untuk memburukkan lawan politiknya.

“Jawapan bertulis Datuk Sri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat, bertarikh 25 Mei 2023 itu juga secara terang lagi bersuluh mengesahkan bahawa tuduhan Anwar Ibrahim ke atas Perikatan Nasional pada 5 Disember 2022 dan diulanginya pada 6 Disember 2022 adalah rekaan serta pembohongan semata-mata.

“Sama sebagaimana beliau tanpa rasa bersalah membohongi rakyat dengan pelbagai janji yang tidak ditunaikan seperti janji turun harga minyak, janji selesaikan kos sara hidup, janji menentang nepotisme, dan janji perangi rasuah tetapi melantik Timbalan Perdana Menteri yang terbukti terdapat prima facie dan sedang membela diri terhadap 47 pertuduhan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata rakyat perlu mengajar kerajaan campuran semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti kerana berbohong dan mengesahkan Bersatu sedang menimbang tindakan undang-undang terhadap Anwar.

“Kezaliman Anwar Ibrahim ini perlu dihukum secara total oleh rakyat terutamanya dalam pilihan raya di enam buah negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi dan kami di Perikatan Nasional sebagaimana telah dijelaskan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, sedang menimbangkan tindakan undang-undang ke atas Anwar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hamzah juga berkata pendakwaan yang dilakukan terhadap pemimpin Bersatu dan PN juga adalah siri pembohongan yang dibuat oleh kerajaan campuran diterajui Anwar.

“Makanya, pendakwaan ke atas pemimpin Bersatu dan Perikatan Nasional khususnya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan kesinambungan kepada siri pembohongan, fitnah serta konspirasi jahat kerajaan campuran PH-BN dengan menyalahgunakan agensi penguatkuasa dan sistem mahkamah,” katanya lagi.

Semalam, Dewan Rakyat diberitahu tiada sebarang bukti ditemui bagi mengaitkan dana judi yang diterima PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dalam jawapan secara bertulis itu Azalina mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang maklumat atau bukti berhubung dana judi seperti yang pernah didakwa oleh Anwar sebelum ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya dalam jawapan bertulis tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen PRU yang lepas.

Pada Disember tahun lalu, beberapa media melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Sunday, March 19, 2023

'Dia beranggapan orang miskin boleh diupah buat demonstrasi'

bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi 
bhnews@bh.com.my
Mac 18, 2023 @ 10:36pm
Gambar fail - Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa orang miskin boleh dipergunakan pihak terdesak dan diupah untuk melakukan demonstrasi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), menjelaskan Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang dilihatnya satu bentuk penghinaan kepada rakyat miskin negara ini.

"Kenapa mesti dia bawa hal orang miskin yang diupah. Saya rasa ini menjadi masalah besar dalam negara ini, bila pemimpin yang mula berkecamuk fikirannya dengan membuat cerita yang bukan-bukan. Dia beranggapan orang miskin ini boleh diupah untuk buat apa saja, untuk buat demonstrasi.

"Saya rasa ini merupakan pemikiran Perdana Menteri yang tak sepatutnya wujud dalam negara kita," katanya dalam satu video yang dikongsi di Facebook beliau malam ini.

Anwar dalam sidang media semalam mendakwa sudah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk waspada kerana orang yang 'desperate' (terdesak) dan rasa tercabar akan menggunakan rakyat yang miskin untuk diupah bagi menimbulkan apa-apa kekacauan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Anwar sepatutnya mencari jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan miskin menerusi bantuan yang perlu disalur kerajaan.

"Cari jalanlah untuk selesaikan masalah, bukan menuduh perkara yang bukan-bukan dengan menuduh perkara yang bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan anak muda menjadi lagi marah.

"Dengan menuduh orang miskin boleh diupah untuk membuat demonstrasi jalanan juga boleh menyebabkan mereka lagi marah. Mereka sekarang makan pun susah, lagi nak suruh dia (demonstrasi). Perdana Menteri jangan fikir yang bukan-bukan," katanya.

Monday, December 19, 2022

PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali

agendaily.com
19/12/2022
Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah. - Gambar fail

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman media Itali, yang menerbitkan laporan menyatakan Perdana Menteri Malaysia adalah pengamal homoseksual sepenuhnya.

Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan Perdana Menteri mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap media, agenzianova, terbabit.

Beliau berkata demikian ketika membahasakan usul undi percaya terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini (19 Disember 2022).

Ucapan beliau pada awalnya diganggu oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer – yang masih membawa perangai pembangkang di Dewan Rakyat walaupun kini menjadi kerajaan.

Rayer bangun meminta Hamzah menarik balik kenyataan itu, namun bekas Menteri Dalam Negeri Kerajaan Perikatan Nasional itu menjelaskan beliau memetik laporan media Itali yang membuat laporan itu.

Hamzah berkata Anwar sebelum ini telah disabitkan mengenai perkara itu (homosek), merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Pada 24 November 2022 sebaik sahaja YAB Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sebuah agensi berita dari Itali menerbitkan artikel bertajuk ‘“first full-blown homosexual elected prime minister in an Islamic country’.

“Laporan ini menghina YAB Tambun. Dia (laporan media itu) menghina YAB Perdana Menteri. Tindakan tegas harus kita ambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa YAB Tambun sudah pun diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“YAB Tambun wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar. Jangan hanya mengambil tindakan terhadap mereka dalam negara sahaja. Kita tidak mahu dilihat sebagai jaguh kampung semata-mata.

“Betul… betul… dahulu YAB Tambun telah pun dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan tersebut… tetapi sekarang sudah bebas kerana telah diberikan pengampunan,” kata Hamzah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan PH-UMNO tidak membiarkan dunia terus percaya bahawa Perdana Menteri Malaysia sekarang ini adalah pengamal homoseksual tegar.

“Jangan dibiarkan sehingga dunia percaya seolah-oleh Perdana Menteri Malaysia pengamal homoseksual tegar… ini cerita lama… kita harus bangkang… Saya minta YAB (Anwar) saman agensi agenzianova.com.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini menghadapi dua tuduhan meliwat pembantunya Azizan Abu Bakar dan Saiful Bukhari Azlan iaitu pada 1998 dan 2008. Namun, kali pertama Anwar dipenjarakan adalah atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, pada 2015 Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat Saiful Bukhari.

Pada 2018, ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dibebaskan dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra.

Undi percaya PM10 hanya gimik, kata Ketua Pembangkang

bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Mohd Nasaruddin Parzi dan 
Muhammad Yusri Muzamir 
bhnews@bh.com.my
- Disember 19, 2022 @ 4:00pm
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berbahas pada Mesyuarat Pertama Penggal Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
- Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah gimik semata-mata terutama selepas perjanjian dimeterai antara kerajaan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, usul yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof itu mewujudkan pelbagai persoalan.

"Apakah usul ini mempersoalkan kuasa dan keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong atau kerana kerajaan dibentuk ini adalah kerajaan minoriti walaupun seperti kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun bahawa Yang Berhormat Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah pun dalam pusingan pertama memperoleh sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Kami sedar bahawa usul ini adalah gimik semata-mata apatah lagi dilakukan selepas satu perjanjian kerjasama ditandatangani semua pemimpin untuk menyokong Pakatan Harapan (PH)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas pada usul percaya Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu itu, Hamzah menyifatkannya sebagai satu perjanjian yang menyekat dan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Katanya, kesan kumulatif peruntukan daripada perjanjian terbabit menyebabkan semua Ahli Parlimen daripada PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN) untuk mengundi hanya dengan cara yang dikehendaki oleh Anwar.

"Ini bercanggah dengan prinsip asas berparlimen yang dijamin Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar awam, tidak sah serta tidak dibenarkan undang-undang.

"Adakah ini demokrasi yang dilaungkan Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup melanggar prinsip perjuangan sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah meminta Anwar menyaman media Eropah, yang menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri dengan menggelarnya sebagai 'homoseksual sepenuhnya' (full-blown homosexual).

Beliau menegaskan, ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan Perdana Menteri mesti mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

"Dia (media Eropah) berkata Anwar sebelum ini disabitkan mengenai perkara itu, merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Tuesday, December 6, 2022

Hamzah: Kalau betul ada duit judi, kerusi BN pun PN sapu habis

malaysiakini.com
N S Ramli
Diterbitkan: Dec 6, 2022 9:38 AM

PN semalam mengakui mereka ada memberikan wang kepada calon yang dipilih untuk bertanding mewakili gabungan terbabit dalam PRU lalu, namun ia bukanlah sumbangan syarikat judi.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, berkata tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mendakwa mereka menerima wang daripada syarikat judi menunjukkan ketakutan kerajaan.

"Mereka takut dengan peristiwa yang telah menempuhi (dialami) dalam pilihan raya baru-baru ini, maka Anwar keluarkan (kenyataan) seolah-olah mengatakan bahawa dalam kempen kita (PN) jutaan ringgit dikeluarkan PN dan duit datang daripada tauke judi.

"[...] ya betul kita bagi duit. Saya nak maklumkan, betul, saya ini setiausaha agung PN, ini banyak calon yang ada di hadapan saya.

"Kita bagi RM50,000 saja, seorang calon RM50,000.

"Kalaulah saya ada duit daripada tauke judi ni, saya ingat bukan hanya menang 73 (kerusi) hak (yang) BN 30 (kerusi) hak (yang) ada itu pun kita sapu habis," katanya ketika berucap dalam ceramah sempena PRK Tioman di bandar Rompin, malam tadi.

Semalam, Anwar dalam sidang media di Putrajaya membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.

Hamzah turut menjelaskan hal berkaitan jumlah cabutan khas judi ketika era pemerintahan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kuasa untuk menentukan dan meluluskan jumlah cabutan adalah di bawah bidang kuasa menteri kewangan dan tidak perlu melalui kabinet.

"Dia (Anwar) dok kata dalam kerajaan itu (ada) 22 kali cabutan judi, siapa menteri kewangan? Tengku Zafrul Tengku Aziz... Kau tanyalah yang berhormat Tengku Zafrul.

"Kabinet mesti tahu? Kepala hotak engkau! Hari ini (semalam) ada mesyuarat kabinet? Tak ada pun tetapi dia (Anwar) umumkan 22 (cabutan khas judi) turun jadi lapan, maknanya apa? Maknanya hanya menteri kewangan berkuasa," katanya.

Anwar dalam sidang media semalam turut menegur pentadbiran PN yang diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun.

Langkah itu dibuat pada akhir 2020.

Kata Anwar, selaku menteri kewangan, dia telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan.

Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut di Perak turut berkata kerajaan diterajui Anwar ketika ini hanya menyebarkan propaganda tertentu untuk mengalihkan tumpuan kepada isu asas yang lebih penting.

"Apa saja dibangkitkan mereka adalah propaganda, nak lari daripada isu asal.

"Isunya apa? Isunya dunia kata engkau adalah pemimpin ho...... (tidak dihabiskan), kemudian dunia kata kau mengambil timbalan perdana menteri yang turun naik turun naik (mahkamah).

"Ini menunjukkan kerajaan ini kerajaan yang kalut, kerajaan luar tabii," katanya.

Wednesday, November 16, 2022

PRU-15: Hamzah ada peluang menang lagi di Larut

satuberita.my
By SatuBerita
-November 16, 2022

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Larut buat penggal keempat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Pencapaian serta rekod perkhidmatan di kawasan yang diterima baik oleh pengundi, membuka ruang kepada Menteri Dalam Negeri itu mengekalkan kemenangan meskipun bertanding atas tiket berbeza.

Muhammad Isham Mohammad Noor, 21, yang akan mengundi kali pertama meyakini pengalaman pemimpin itu.

Katanya, Hamzah telah menganggotai Kabinet untuk tempoh yang lama dan sudah pasti kepimpinannya lebih dipercayai berbanding calon lain.

“Bagi saya pengundi lebih menilai pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab kepada rakyat untuk mewakili mereka.

“Lagipun rekod perkhidmatan Datuk Seri (Hamzah) sudah terbukti, dari dahulu kawasan ini tidak pernah sunyi daripada aktiviti belia antaranya pertandingan rakit, dan bola sepak,” katanya lapor Sinar Harian.

Peniaga, Wong Shu Hin, 57, berkata, meskipun berada dalam kawasan luar bandar, perkembangan ekonomi di kawasan itu masih di tahap yang baik.

“Semasa kita berdepan masalah ekonomi, wakil rakyat di sini membantu dengan menyediakan jualan murah, bantuan kepada peniaga dan bekalan makanan ketika PKP (perintah kawalan tetap) pun banyak disumbangkan.

“Kita sebolehnya mahu pemimpin yang ada bersama rakyat ketika susah dan senang,” katanya.

Kakitangan swasta, K Kunabalan, 39, berpuas hati dengan kemudahan infrastruktur yang disediakan di kawasan itu, hanya memerlukan penambah baikan beberapa perkara.

“Keadaan jalan di sini lebih baik berbanding kawasan luar bandar yang lain, cuma kalau elok perbanyakkan lampu jalan kerana di sesetangah kawasan terutama laluan Bagan Serai ke Selama sangat gelap.

“Bahaya untuk penunggang motosikal yang berulang alik ke tempat kerja seperti saya,” katanya.

Suri rumah, Norhafiza Abd Kader, 55, berkata, Setiausaha Agung Bersatu itu kerap turun padang meninjau keadaan sekolah-sekolah di kawasan itu.

Selaku seorang ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dia mengakui banyak bantuan dan dana yang diluluskan Hamzah bagi kegunaan pembangunan sekolah dan pelajar.

“Dalam sibuk dengan tugas menteri, beliau masih ada masa turun padang mendengar keluhan penduduk dan menyantuni setiap lapisan masyarakat,”katanya.

Sementara itu, Hamzah menegaskan, situasi politik kini memperlihatkan gelombang rakyat yang mahukan calon bersih, berintegriti dan mampu menjaga kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara.

Katanya, rakyat sudah muak dengan politik tidak sihat dan semakin sedar bahawa perjuangan sebenar bukan semata-mata untuk parti, tetapi masa depan rakyat.

“Kalau dulu ramai yang menentang dan melawan saya (atas faktor lompat parti), sekarang sudah bersama membantu perjuangan saya,” katanya.

Beliau yang kali ini mempertahankan kerusi tersebut atas tiket PN dicabar Ketua Penerangan Pemuda Umno Larut Shafiq Fhadly Mahmud (BN), Zolkarnain Abidin (Pakatan Harapan) serta calon Pejuang, Auzaie Fadzlan Shahidi.

Pada PRU14, Hamzah yang ketika itu mewakili BN menang kerusi Parlimen Larut selepas mengalahkan calon Pas, Abu Husin Mohamad dan calon PKR, Khairil Anuar dengan majoriti 4,486 undi.

Beliau kemudiannya umum keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2019.

Sepanjang tempoh tiga penggal ini, Hamzah dilantik menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2008), Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (2009), Timbalan Menteri Luar Negeri (2013), Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2015) dan Menteri Dalam Negeri.

Thursday, October 7, 2021

Krisis Melaka: Bersatu pecat Adun Telok Mas

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 7, 2021 9:10 AM

Biro Politik Bersatu kesal dengan tindakan empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada pembubaran DUN Melaka ketika rakyat sedang berhadapan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin juga mengumumkan keputusan biro politik itu memecat wakil rakyat parti itu yang terlibat menarik diri daripada menyokong ketua menteri itu.

“Biro Politik Bersatu juga telah membuat ketetapan bahawa Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad gugur keahliannya secara serta-merta di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.

"Ketetapan ini akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan datang,” katanya pada satu kenyataan semalam.

Hamzah juga berkata Biro Politik Bersatu berpendapat kemelut politik di Melaka berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu.
Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad.
“Ianya bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara pada ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan.

“Biro Politik Bersatu berpendirian bahawa kemelut politik di negeri Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambilkira kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Dewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 anggota.

Sebelum pembubaran DUN Melaka kelmarin, Umno memegang kerusi terbanyak berbanding parti lain dengan 14 Adun, sementara Bersatu hanya memiliki dua.

Bagaimanapun, Sulaiman hilang majoriti selepas empat Adun, termasuk dua dari Umno dan satu Bersatu, mengumumkan penarikan sokongan mereka.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-