Saturday, October 30, 2021

Terpulanglah kepada PAS untuk putuskan persefahaman dengan Umno, kata Muhyiddin

freemalaysiatoday.com
Bernama
-October 30, 2021 10:00 PM

Perikatan Nasional menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS berhubung keputusan Majlis Tertinggi Umno meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, kata Muhyiddin Yassin.
(Gambar Bernama)

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS berhubung keputusan Majlis Tertinggi Umno meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang serta bersedia untuk pertembungan tiga penjuru.

“Umno di Perhimpunan Agung telah buat keputusan tak nak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi kita tak akan tunggu dan teruskan persiapan kita untuk pilihan raya negeri ini.

“Sama ada tiga penjuru ke, empat penjuru ke, kerana bagi saya ini adalah cabaran dan kita berusaha untuk menawarkan pilihan yang terbaik untuk negeri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama profesional Melaka di sini hari ini.

Khamis lepas, Umno memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-