Thursday, November 25, 2021

Harga produk Gardenia naik mulai 1 Dis

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-November 25, 2021 12:00 PM

Menurut Gardenia, kenaikan harga bagi produk rotinya disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.

PETALING JAYA: Pengeluar roti tempatan Gardenia Bakeries menyemak semula harga runcit dan pengguna bagi kebanyakan produknya.

Dalam surat yang ditujukan kepada peruncit, syarikat itu berkata, kenaikan harga pelbagai roti dan produk bakeri lain akan berkuat kuasa mulai 1 Dis.

Menurut Gardenia, kenaikan harga itu adalah akibat peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.

Harga baharu pengguna termasuklah RM2.80 bagi sebuku Gardenia Original Classic 400g, iaitu naik daripada RM2.50.

Gardenia Original Classic Jumbo 600g pula kini berharga RM4, naik daripada RM3.55, manakala harga roti Gardenia Bran & WheatGerm 400g, yang kini RM2.50 akan dinaikkan kepada RM2.90.

Produk lain yang terbabit termasuk Gardenia Fluffy Buns (RM3.70) dan Gardenia Puazz Buns (RM1.30).

Ketika dihubungi bagi mendapatkan komen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, ia masih belum menghubungi Gardenia dan pihaknya akan bertemu pengurusan syarikat itu esok sebelum mengeluarkan kenyataan.

Gardenia bukanlah satu-satunya pembekal hasil makanan yang menyemak atau menaikkan harganya, dengan harga sayur-sayuran turut meningkat baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-